Wednesday, December 31, 2008

bolehlah

emm..turkı??best lah jugak...boleh tengok sendırı BLUE MOSQUE, ISTANBUL dan segala ısınya..tapı ada lah jugak bende yang tak best dı sını..nantı saya cerıta panjang lebar..merasalah korang muntah2 tengok gambar Turkı nantı..sungguh banyak tak terkıra..hak3!!

emm, terdılema pulak..mahu teruskan mısı ke mesır ke tıdak??kak reym macam mane??teruskan ker??haha..sungguh banyak bershoppıng ole2 buat famıly..gıler rındu nak balek kuchıng bıle naek flıght tu..huwaaa!!

balek pasnı akan gıler study dengan ulat buku..blog2 anda mungkın akan terbıar lagı!!jatuh wajıb untukku study setelah lamer menınggalkan alam buku..hue3!!!ok2, esok last saya akan berjalan-jalan dı bumı turkı ını..

tahun depan akan fly ke amsterdam dahulu dan baru ke dublın..jauh perjalanan nı..dublın-belfast pon dah nak 2 jam setengah nak sampaınye..fuh3!!okıess..sıap sedıa untuk muntah tengok gambar okıes!!salam hıjrah dan selamat tahun baru..akhır kata, nak balek kuchıng sungguh2!!haha..

salam darı ıstanbul..

Tuesday, December 30, 2008

rındu

rındu mengupdate..bakal pulang ke belfast khamıs ını..nantıkan kemunculanku dı alam maya..ngeh3!!





salam darı bumı turkı!!

Monday, December 22, 2008

.:OFF:.


..I'm OFF for 10 days..

[kalau ade kartun tak pun kak reym kat alam maya ni pasti akan kuarahkan mereka memegang mandat menjaga perilaku-perilaku readers sama ada di shoutbox mahupun komen..ngeh3!!k.reym, lepas FUIYO jage blog saya..haha~]

sebarang puas, tak puas, kurang puas boleh emel saya..sila lihat email di sebelah..terimas!!

Saturday, December 20, 2008

.:PUISI..jeng3:.

lalala..mari saya update lagi!!2 hari lagi nak pergi PUISI..saat ini pon, ajah, min, dayang, hanisah ade di rumah kami, 27 tates avenue..semalam dengan jayanya kami menganjurkan Sehari Bersama Melrose + Tates..memang meriahlah!!Melrose, nanti kite cari lagi masa untuk buat 'usrah gabungan' itu..padahal makan talam aje kot..kui3~

disebabkan nak pergi PUISI, mari kita berPUISI sikit2 nak??hahahha!!maaf, post kali ini saya copy paste dari satu link, tapi banyak gak link2 laen yang ade PUISI ini..ngeh3~kat anjungmuslimat (yahoogroup wanita-wanita belfast) pon ade diemailkan PUISI ini..saya rasakan PUISI ini agak sempoi dan padat..hahaha!!hayatilah..sebelum tu tarik nafas panjang-panjang..kang terbatuk, tak tahu ok!!

~selingan dahulu..he3!!tiada kaitan dengan post~


Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain. [sangat direct tau!!]

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangannn...!!


hah, amacam??saya taknak cakap pape dah..nilailah sendiri..saje seronok2 post kat sini..tergelak ade jugak bacenye..namun, ambillah sikit2 pengajaran di sebalik nye kan??harus gittew!!rasenye si isteri garang sangat kot..chill la, kak!!hahaha..(huh, boleh chill ker??)

ok sudah!!mahu tidur lah..sekali lagi, dengan kedegilan yang menggila, kuteruskan jua makan daging kambing walaupun dalam kadar yang sedikit dengan alasan, alahai, kalau sedikit takde pape kot kan??namun, pengsan jua akhirnya..alahai kambing!!

first time makan Chicken Pakora with ape entah(beli di Jaipur) anjuran Farahin, begini pula nasibnya..reject ajelah Jaipur ni..tapi sedihla pulak..ade jual ayam sahaja ke tak yer??nanti kita siasat!!Melrose, any info about Jaipur (penggemar Jaipur ni..ngeh3!!)

tapi fokus utama entri ini bukanlah kambing atau Jaipur, namun PUISI itu..ngeh3~

Thursday, December 18, 2008

:dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi:

nak cakap dulu, first time tajuk entri panjang..ok, itu sahaja..sambung~

bakal menghibernasikan blog buat beberapa ketika selepas ini..saya tahu ramai yang akan membuat protes atas ketidakupdatean blog ini atas alasan,

"eh, blogspot kan ade perkhidmatan untuk update ikut tarikh tu??updatelah, updatelah.."
dialog ikhlas mungkin nanti salah seorang pengunjung setia blog saya..(anda bajet ya penulis??)

jika suka, saya update before isnin ini..update pasal ajah ke belfast nak??ajah mesti nak jer..naseblah ade kawan macam ni..redha je lah~



ISNIN, 22 Disember 2008:
bakal ke PUISI untuk bersajak (ah, rindu bersajak!!)..jadi kerana PUISI ada kaitan dengan sajak, kupilih destinasi ke Killarney dari ke Scotland for PMS ataupun FUIYO di tutss, alamak tak tahu!!ini keputusan muktamad saya untuk winter break, PUISI!!Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland..yeah, tak sabar nak tambah ilmu!!(erks??)


JUMAAT, 26 Disember 2008:
akan terus melangkah dan berjaulah ke Turki dari dublin punya airport..Turki, Turki!!tunggu iya!!bakal mempotretkan banyak 'lukisan-lukisan' Sang Pencipta Alam..insyaALLAH balek nanti akan diberitahukan akan pengembaraan ini..maka, setialah menunggu diriku balek dengan selamat!!doakan perjalanan kami selamat ya kalian semua!!=)

amaran lembut: jangan pesan apa2 tau!!ha3~


~sekadar hiasan..diletakkan kerana menyambut setahun berakhir Bakti Kenyalang 07..trimas buat keluarga pakcik Hashim..alahai, lama sudah tak ku kontek family ini..hu3!!sekeluarga angkat dengan afiqah, anas dan nurman~


bakal balek semula ke Belfast tahun hadapan, iaitu pada 1 Januari 2009..lama juga ni, kan??tahun hadapan gitu!!emm, tapi nak buat macam mane, saya malaz nak otomatikkan ke'publish'an saved entries..sungguh ironi (lalalala, nak guna jugak!!maaf, econslover!!)~

selepas berjaulah pun saya bakal sibuk menelaah untuk exam yang bakal tibe on 14, 16 dan 17 Januari nanti..maka, memang sangat horror ketidakupdatean saya nanti..hilang peminat ni..haha..ade sesape nak tolong saya update??kalau ade yang nak tolong, boleh request by email..email saya ada di sebelah atas tin jerit..serius ni!!ngeh3~

merasalah blogku tidur sebentar tanpa cik rumahnya..rehatlah blog, rehatlah..nanti on 5 januari saya pasti akan terjah anda!!erks, 5 jan??emm, canteq!!cari-cari, kenapa mesti 5 januari sebagai tarikh wajib mengeblog??tahu??

sape tahu boleh request ole-ole dari Turki!!!jangan pesan jasad Kamal Antarturk (ejaan betol ke??) sudahlah..tarikh tutup:22 Disember 2008 untuk menyatakan jawapan..


~gambar tutup tirai..disebabkan post-post sebelum ini "lebat" dengan gambar-gambar budak kecik, inilah gambar yang terpilih dari file picture saya, juga budak kecik untuk cukupkan syarat: entri mesti berpicturekan budak kecik..heh??~

esok tiada kelas..tapi sebab tak pandai maka saya nak mengadakan kelas itu..harap-harap minah-minah salleh dan mat-mat salleh kurang di Emeleus Lecture Theatre esok atas ketidaksabaran mereka menyambut Kerismas..nak hujankan soalan pada Professor Hibbert..hue3~
[edited on 20 disember 2008: tidak juga ke emeleus kerana tido terlajak!!kah3..rasekan~]

sekalung trimas buat rakan-rakan yang sudi menyinggah di teratak buruk kami..mode sekarang, penat layan tetamu mainland..terimas, terimas!!


Wednesday, December 17, 2008

:cahaya indah semalam:

~puteri~

maaf kurang mengupdate lewat-lewat ini..hehe!!aktiviti diri yang tidaklah sesibuk mane pon tapi entahla, tak dapat mencari idea untuk mengepos apa-apa di blog ini..maaf buat peminatku (rujuk blog kak zaff), andai ada yang kecewa melawati namun tiada jua post baru yang muncul terpena..(aiyoh, anda bajet ya penulis??)

alhamdulillah, mami usrah kami sudah selamat melahirkan anak perempuan pertamanya selepas kelahiran azzam fawwaz lebih kurang 2 tahun yang lalu..berpeluang melawat kak linda serta keluarga di Hospital Royal semalam bersama keluarga ustaz nabir (suami kak hani)..comel2!!sampaikan kak hani (ibu adam), sangat teruja melihat sang puteri yang masih lagi belum diberi nama ittew..=)



~sang puteri di dukungan atiqah serta yang tersenyum gembira, syifa'~


jangan tak tahu, kami bertiga wan, atiqah dan saya malah kak hani dan syifa' (anak sulung kak hani) juga turut teruja untuk mencadangkan beberapa nama..kalau digabungkan semuanya, memang panjang benar nama yang bakal diberikan kepada adik azzam itu..tapi, ayah sang puteri suke nama yang syifa' bagi..waaa, terbuang lagi kami!!haha~


cadangan nama


penulis = Nur Anis Firyal
atiqah =
Nur Auni Fathiyyah (kot eja nye gitu..ishh, x habes2 nurauni nye..ngee!!)
wansyaz =
Nur Amna Fakhirah (naseb bukan ensyirah..)
kak hani =
Anis Humaira
syifa' =
Hanisah Hani


~take the picture!!comel sangat adam!!hensem kan??hehe..light, adam dah sayang saya sikit2..=)~

apa-apa pun keputusan kak linda dan abang azman selepas ini dalam pemilihan nama itu, kita semua perlu berlapang dada..jangan ada yang kecewa jika mereka memilih nama yang bukan dari cadangan kita ok!!ceyh, apakah berkata begini??keh3~namun insyaALLAH, maksud nama-nama yang kami berikan sangat indah..emm, nur anis firyal (kak linda tak mahu, saya nak!!hehe~)

now, off to class..bye3!!nways, kami tidak sabar untuk menyambut para tetamu ni..he3!!ajah, kak dayang, kite buat kerepek kapal terbang ok!!sodap!!orang bangor datang hari ni..orang l**** balik hari ni..juga tidak sabar bertemu hanisah gediks..=)


~alahai comelnya akiff~

Firman ALLAH:
"Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.."
[Al Furqan 25:74]

.:tahniah kak linda dan abang azman serta azzam:.



Monday, December 15, 2008

:SEHARI BERSAMA:

asalamualaikum..
setelah NICE menjadi perbualan warga Belfast[ walaupun belum starts lagi] saya sudah dapat
lihat kesan2 NICE..setiap kali saya join makan2 ada saja resipi2 terbaru yang sifu2 ajarkan..
melalui intipan secara terang2an, Rumah Tates telah ke rumah Kak Neri untuk belajar wat coklat kek! (advance guru2 kita ini)..justeru, saya dan ahli rumah Melrose 24 telah bersetuju untuk berkonfrontasi bersama guru2 Tates..nantikannya

[dipetik dari entri di sebuah blog biarlah rahsia..ngeh3!!]


fuh3..gempak sungguh announcement ini!!konfrontasi apakah agaknya mereka2 ini ya??any idea para pembaca sekalian??owh3, setelah membaca lebih lanjut entri beliau nampaknya di bawah ini terdapat sedikit info berkenaan konfrontasi itu!!emm, menarik~

Sehari bersama
MELROSE & TATES


sebuah pertemuan antara bakal guru2 dan juga doktor2 Belfast

Tarikh : 19 December 2008
Hari : Jumaat
Masa : Dinner tyme
Agenda : Makan Talam~
Menu : bakal ditentukan
Venue : Tates yang indah

owh3, indahnya konfrontasi ini!!mari sama-sama raikan pertemuan yang sekian kalinya ini..sungguh ini bakal menjadi pertemuan yang indah dalam hidup MELROSE dan TATES (sangat exaggerate tau!!hahha!!)


[barisan bakal-bakal doktor]
ili hanis, sya, farahin hashim, farahin rahim (lightofhappiness)


[barisan bakal-bakal pendidik]
walhanna, che' nad, akma(penulis), atiqah, che' wan
speku giler pic wan dan wal..ngeh3!!


saya juga membuat intipan secara biarlah rahsia selama ini..nampaknya doktor2 MELROSE gemar bekerjasama dengan pihak Jaipur..MELROSE, sile mintak resepi dari abang-abang Jaipur bagaimana membuat ayam goreng dengan sedapnya, boleh ke??hehe~

dimaklumkan juga, berkemungkinan akan ada seorang tetamu yang diundang untuk majlis konfrontasi ini..kita mintak dia buat ucapan sikit2 nanti ye..erks, siapakah tetamu ittew??sekali lagi, biarlah rahsia..nantikan seorang tetamu yang diundang ini yang hidup sorang-sorang di kawasan Bangor (bukan nama sebenar)..bos, perlu tentatif aktiviti, ke tak payah??=)



NASI TALAM 2 SIAP!!


Firman ALLAH:
"Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa.."
[Asy-Syura 42:19]


Saturday, December 13, 2008

:random pictures:

hari ini hari sabtu..pergi open house aidiladha bersama warga-warga belfast yang laen di MORTON (ala-ala hall) untuk menyambut nya..malaz nak bercerita, tapi marilah tengok-tengok picture sikit yang terpilih..hehe~


akiff di pangkuan ibunya..besar botol susu budak ni..first tym jumpe..ngeh3~


kak lyda dan akiff..lihat dibelakang picture ini..sungguh ironi ade lampu liplap jugak..hahah!!hiasan untuk krismas sbenarnye..pinjam sikit pakcik-makcik MORTON!!


azam yang statik..saya pon tak tahu boleh dia berdiri di tempat yang sama without kaki bergerak ke ape dalam masa yang lama..fuh3~tahniah azam!!anda ada magic..


dari belah mane tak tahu (memang fail kiri kanan), wal dan anak kak jaja (bukan anak wal tau!!), penulis dan azam, dan mami usrah kami kak linda, ummi azam..azam memang gemar barang-barang elektronik ni..seminggu lagi due date buat kandungan kak linda..semoga dipermudahkan urusan..azam, dapat adik baru!!acik2 pon dapat..hehe~


athirah dan umminya, kak hajar..comel kan??memang, memang..macam kechumelan penulis..kalau die malu lagi chumel!!hehe..jangan tak tau, athirah ni pandai buat muka malu-malu jugak..=)


dari suatu sudut itu..eh, akiff??selesa ke di pangkuan acik wan tu??hahahahhaha~


bergambar bersama kak neri (kakak kek coklat dulu tu..), atiqah, kak linda lagi (mami usrah) dan penulis..eh, makcik!!tak buhsan ke purple aje..aiyoh!!


kak lyda dan akiff, anaknya..atiqah dan athirah, bukan anaknya..amboi tiqah, sibuk nampak??ngeh3~

makan banyak waktu ni..aduih, daging kambing!!anda mendugaku..balek, pengsan tak sedar diri sebab pening-pening lalat makan daging kambing..waaa, kambing maafkanku..nanti anda saya tak makan lagi..(semoga)

habes gambaq..maaf, saya berminat ambik pic budak-budak kecik jer..hehe!!

Firman ALLAH:
"Dan diantara tanda-tanda kebesarannya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang berkembang-biak.."
[Ar Rum 30:20]


:baca dengan tenang:


telah ditag oleh OB..soalan macam nak kasi saya pengsan 2-3 hari baru nak sedar ja..alahai..
penat membuat "urusan bahasa" saya beralih untuk membuat tag OB ini dengan bahasa yang simple..penat jugak memikirkan ayat, sudahlah penulis kurang pandai Bahasa Melayu..huhu~

ok2, here it goes~


5 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda

serius!!saya kelu menjawab soalan ini..perlu merenung pada diri..terasa tidak layak dicoretkan apa2 ciri untuk l***** i***** saya..saya juga kurang sempurna, terasa kejam untuk mengidami.. tak ker?namun saya listkan sahaja sebagai guideline bagi saya sendiri untuk menjadi sepertinya..ah, janggal bercakap pasal ini..huhu atau hehe??

· hatinya memahami islam
·
pandai masak, kot
· menjadikanku sayap kiri perjuangannya
· menuntunku ke jannah Kekasih kami (terasa diri hina)
· menyayangi keluargaku


5 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup

· Perokok
· Peminum arak
· Mat rempit
· Kaki judi
· Munafik

Saya yakin. Semua tidak mahu lelaki begini.


5 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati

tangguh soalan ini di suatu masa nanti boleh, OB??yup, suatu masa nanti..=)


5 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda

OB, sampai soalan ini, termasalah hati pulak jawab soalan-soalan anda..hu3!!ok2, saya jawab sikit..

*Al-Hambra
*Makkah
*Musolla As-Saad

(maaf ini memang tempat indah buat saya..hu3~)

bakinya, nanti fikir lagi..tangguh juga soalan ini di suatu masa nanti boleh, OB??


5 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia

OB, sakit kepala fikirin jawapan untuk soalan-soalan OB ni.. kalau biarlah rahsia boleh??ha3!!kerana sesuatu yang ISTIMEWA itu payah sekali untuk dicerita dan dikongsi bersama..ngeh3~


Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda

Menjadi Diriku – EdCoustic

lagu

lirik

Namun, kubiarkan laptop yang mendendangkan lagu itu..erks??tetibe peliks pada diri sendiri apabila berbicara perihal ini secara eksklusif..hohoho!!


Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat 5 PERIHAL Ini. Wajib!!!! Mereka Perlu Diberitahu Akan Hal Ini..

Tidak mentag sesiapa.


~biarkan rama-rama itu terbang~


akhir kata, jangan speku cik rumah ini..=)


Friday, December 12, 2008

:sahabat:

mode:
kurang berjaya menjawab soalan statistic..sungguh, operational research!!waa..I'm not an economist!!tapi, macam mane nak buat??redha2..

lupakan sekejap statistic..
kali ini penulis mahu kalian menyingkap maksud lagu terpilih kali ini, Menangislah Di bahuku dari kumpulan Firdaus..diperkenalkan oleh Walhanna tatkala habes menjamu 'makan talam' kali kedua..budak melrose, aiyo bile nak makan talam sama-sama ni??bos (light), tentukan hari yang sesuwai!!hehe~


Menangislah Di Bahuku - Firdaus

tak paham kenapa imeem begini

klik Play untuk hayati



Menangislah Di bahuku

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)


wanita,
airmata memang seiring dengan dirimu..
tidak hairan sudah..
malah penulis sendiri sekalipun


lelaki,

jangan dipersoalkan kerana mereka jua diciptakan airmata..
cakap pada saya lelaki mana yang tak pernah menangis??

lelaki menangis tak macho??saya tak setuju..!!
habes tu, wanita menangis itu macho??aiyoh~


sahabat,

terima kasih buat mereka yang bergelar sahabat saya,
yang masih mempercayai diriku dalam penyimpanan rahsia,
yang masih berusaha menyimpan rahsia terbesar diriku,
kerana kalian menghargaiku, maka diriku jua menghargai kalian..
ajah, simpan rahsia hati saya..=)


~terimas pada sahabat~


Thursday, December 11, 2008

.:tetamu ittew:.

hari ini hari khamis..cuaca hari ini mendung2 salji..fuh3!!berangan ajelah mahu bersalji..hoho, khamis yang indah!!seperti teriakan-teriakan saya di post-post yang dahulu, khamis merupakan hari busy saya...yes, busy!!busy la sangat


petang:
MASAK!!

malam:

SIAPKAN BAKI-BAKI HOMEWORK TERKUMPUL!!



nextweek adalah minggu yang dinanti-nanti..kedatangan sahabat handai ke belfast..yeye!!pacatkurangcomel nak datang..suke3!!ajah, nak makan ape??request cepat..nanti saya buatkan..haha!!maaf, itu hanya tipu helah semata-mata..kalian telan aje ape yang ade nanti okies!!

jangan mimpi boleh request2..tapi request biskut RICH TEA TESCO (nama sebenar-benar) kesukaan wan dan tiqah itu boleh..hak3!!kak dayang, datang belfast jugakkan??hoho, mari2!!owh3, tak sabarnya menyambut tetamu..hahha!!

naseblah PUISI di kawasan IRELAND..kalau tak, jenuhku menunggu tetamu-tetamu mainland seperti jenuhnya orang-orang mainland menunggu ketibaan kami ke sana..ha3!!terimas PUISI...semoga ALLAH memberkati pertemuan ini..=)




Tuesday, December 09, 2008

.:aktiviti diri:.

7 Disember 2008
ke rumah kak neri untuk 'study' cara membuat kek coklat..mudah2!!boleh buat pasni..ha3!!owh, najwa sayang (anak kak neri), terus terangan juga tak suka acik ini..adush!!memang tidak children friendly saya ni, bak kata wan..terbuangkan, penulis??lagi konklusi, tunggu anak sendiri..alahai~

persoalan:

mengapa kanak-kanak tidak suka saya??fuh, sadis giler!!erks, pali ingat lagi pasal 'sadis' dahulu??terkenang pulak ko kenal aku melalui word sadis tym sem 1 junior dahulu..hue3~


~najwa yang melutsinarkan kemesraanku..huwaa!!~



8 Disember 2008
lewat ke kelas!!apalah jadi pada diriku ini??menyambut raya dengan pergi ke kelas lewat??waduh3!!hari ini juga, kak zila dan family (warga baru belfast) mengadakan rumah terbuka pada malamnya..waktu dinner pulak, ketika saat-saat getir untuk menyiapkan bihun goreng (dinner sempoi sebelum ke rumah terbuka), blender ARGOS telah berkecai dek kecuaianku memegangnya..habes terbawang, tercili lantai dapur kerana bawang,cili semuanya sudah diblend saat itu..

persoalan:

apakah yang difikir penulis tatkala proses memasak bihun goreng itu??owh, speku pada diri!!quote biasa, biarlah rahsia..



~antara warga-warga belfast di rumah terbukak kak zila..majoriti tidak memandang cameraku, termasuk diri sendiri..kui3~



9 Disember 2008

plan ke city dengan kak lyda dan wan..alhamdulillah, dengan adanya guarantee dapat blender ARGOS yang baru..terimas ARGOS!!berjaya menyambar 2 pasang kasut (fuh!!), dan 2 shower cream RADOX hari ni..padahal shower cream TESCO (nama sebenar, sungguh jimat kan??haha!!), masih banyak lagi kot..RADOX termurah tadi, GBP2 untuk 2 botol..sambar ajelah~

persoalan:

kak lyda beli barang untuk akiff..penulis masih membeli barang untuk diri sendiri..wan juga, maseh membeli barang untuk diri sendiri..faham ayat senget ini??hahahhaha..


~lagi, si akiff yang dalam usaha menyambar camera..hehe~

Sunday, December 07, 2008

.:ku mengucapkan:.

disebabkan terlalu banyak masalah dalam usaha menghubungi keluarga di Malaysia sebelumnya, akhirnya dengan khidmat teletop on yang sebanyak 15 kali dicuba, barulah keluarga di Kuching menyahut panggilanku hari ini..

waduh, berkali-kali didail 3 number utama family namun tiada jawapan..akhirnya, mencuba untuk menghubungi number handphone adikku (
terbuang pulak number dia..ha3!!), dan alhamdulillah terjawab jua akhirnya..

alhamdulillah jugak, sambutan raya tahun ini, mereka dapat menyambutnya di rumah baru..tahniah2 untuk kakak saya..hehe!!moga ALLAH memberkati rezeki..ameen~


hari ini, seperti dikhabarkan, kami blajaq buat kek coklat kat rumah kak neri..nanti cerita lagi ok!!tak pun rujuk blog2 warga belfast yang laen, mane tau diorang dah update pasal ni..termalas pulak nak update panjang lebar..hu2!!

kepada familyku, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak, para bloggers, warga QMC, partner NICE, MSD, KYUEMians, petfamily, sainsku, matrikulasi, plkn, btn, pakcik-makcik, cik tina, housemate, chaletmates dan cikgu-cikgu (tidak mengikut susunan keutamaan) selamat berkorban!!tengok lembu ingatlah diriku..owh, ironi..(suke pulak word ni..he3!!)

SALAM AIDILADHA..

~mak saya, cik rina, cik ana, makcik saya (mak ana), dan terselit cik ikma~


.:jom masak-masak:.

sabtu 6 Disember 2008..terasa hari yang sibuk semacam..hari ni rekod bangun terlalu awal atas sebab-sebab tertentu..he3!!dan bercadang untuk tidak tidur balek sebab teringat janji pertemuan kami(wan dan saya) dengan budak melrose(farahin, ili dan sya) untuk ke rumah kak hani sebab nak blajaq buat laksa penang la kunun..hue3!!

memandangkan rumah kak hani agak jauh dari kawasan rumah-rumah kami, maka perkhidmatan awam kala ini amatlah perlu..oleh itu, setialah kami berlima menunggu bas dengan bisingnya di stesen bas berdekatan..dari isu blur sampai ke isu blog diperdebatkan sambil diselitkan dengan hilai-hilai tawa..heh, ketawa kuat, siapa ajar??
farahin ketawa banyak..ha3!!

dengan kekeliruan memilih bas yang sepatutnya dinaiki, dan pemandu pelancong yang kurang bertauliah(cuba teka siapa..ha3!!), kami tersesat la dengan secara tak sengaja di sebuah kawasan yang ala-ala kampung la jugak..rupa-rupanya, itu adalah stesen terakhir bas yang kami naiki itu..adui, terpaksalah menemani pakcik bas sekejap berehat 20 minit sebelum mematah balik perjalanan..namun, terisilah jugak 20minit itu dengan aksi-aksi westlife kami..=)


~kawasan sesat~


~tengoklah frost yang memutih..~

sampai rumah kak hani, teruslah memulakan misi yang kami perlu buat..penulis tak sempat nak blajaq wat laksa penang sebab sibuk membuat kerepek kapal terbang kot namenye..aduih, apsal peliks name itu??first time saya dengar..tapi best gak buatnye..senang, boleh buat mase raya nanti..ceyh3!!

maka, saya dan sya beraksi melenyek doh2 yang ada..adam pon tolong sekali tau..tapi dia masih tak sayang saya ni!!haha..sangat terbuang diri ini..tapi comel sangat sebab kami maen suap2 keropok tau..fuh, sweetnye!!light, anda jadi saksi 'kemesraan' kami..ha3!!heh, tapi dia masih tak sayang saya..
ha2!!redha2..

~inilah adam, anak bongsu kak hani~


~heh makcik!!pandai ke??macam expertla pulak, kan??he3!!~

setelah hampir 2 jam mengadap 'play doh'..maka tiba untuk bersantai dengan laksa penang dan kerepek-kerepek kesayangan kami..wah, sedap tau kerepek itu!!padahal adunan kak hani yang buat, kami tengok ja..haha!!waktu menggulung tu barulah tugas sepenuh kami sebagai si penggulung kerepek..seronok2!!

santaian juga diselitkan dengan bermain game dengan anak-anak kak hani..saya terbuang lagi sebab tak pandai maen!!kesian si anas yang saya gantikan tempat secara paksa oleh2 mereka yang bertanggungjawab ketika si anas tetiba meminta izin untuk ke tandas..bidan terjun sekejap, tapi tak membantu sungguh!!tapi, still acik2 kalah ke atas anas tatkala dia menyambung 'perjuangan' ku..ha3!!

~anas dan makcik2 itu..'ibu, acik behave like kids!!'..ha3!!lawak sungguh ketika anas berkata begitu..maaf, penulis tak termasuk tau!!acik2 dalam gambar sahaja..hehe~


~inilah yang mereka main itu~

wah, sudah panjang bicara ni..esok saya busy lagi..kalau ajah busy berjalan-jalan (ajah, jangan jalan-jalan lagi!!jeles), saya busy bermain masak-masak..esok akan ke rumah kak neri pulak blajaq buat kek coklat..wah, hujung minggu yang penuh busy dengan banyak program memasak nampaknya..belom masok NICE lagi ni..kui3!!

ok2, sudah..sebelom itu enjoy dua pic terakhir dari saya..=)

~laksa penang~


~kerepek kami!!sodap dan simple..~


Saturday, December 06, 2008

,:nilai kenangan:.

~sekadar perhiasan..rindu laungan nya, 'Jangan kaco Ana main!!'..he3!!~


Sekiranya seorang blogger ini, menceritakan sedikit perihal turun naik pengunjung ke blog, ah, maaf..tak tahu nak describe Jpah cerita pasal apa..sila kunjungi ajelah yer blog die..(wah, terpromot!!)..maka saya juga mahu menyentuh sedikit perihal blog..

B.L.O.G


emm, agak-agak apa yang ingin saya ceritakan??ideanya dari melihat, memerhati dan mentafsir lawatan saya ke sebuah fotopages ini..fotopages Kak Lyda dan suami yang sekarang telah beroleh seorang putera (mungkin dah hampir setahun), Akiff..maaf, tidak meminta izin untuk linkkan fotopages mereka, jadi link cari sendiri..link ada di shoutbox blog sahabat saya..he3!!

kenapa saya kaitkan blog dengan fotopages mereka??emm, kerana blog dan fotopages mempunyai persamaan..agak seiras..sama dari segi apa??jawapannya,

K.E.N.A.N.G.A.N

a'ah, kenangan..owh saya tak memiliki fotopages..tapi saya tahu lah jugak sikit2 orang berfotopages ini..dengan bercontohkan fotopages Kak Lyda sekeluarga tadi, saya dapat rasai begitu bermaknanya kenangan yang ada di koleksi gambar mereka itu..berat sungguh kenangan yang mereka miliki..


pada awalnya fotopages itu adalah milik suaminya, student final year medic di Queens sekarang..begitu banyak gambar2 dikoleksikan di sana sejak beliau bergelar student first year lagi rasanya dan sampailah sekarang masih setia mengupload gambar2..dari solo, ke duo (berkahwin), dan ke trio sekarang dengan adanya Akiff..anda dapat bayangkan betapa saratnya kenangan yang ada di fotopages itu??


~akiff~


begitu juga dengan blog..walaupun saya baru setahun bergelar blogger, namun saya gembira kerana berpeluang membaca kisah2 saya yang dahulu..beberapa hari lepas, tergerak hati untuk membaca kembali kisah2 yang pernah saya tulis di blog ini..owh, tergelak sorang-sorang..terimbau segala perjalanan hidup dahulu, di kolej yang pasti..

kerana itulah, saya berpendapat mendelete blog bukanlah penyelesaian bagi sebuah masalah yang anda rasakan mempunyai kaitan dengan blog..anda faham perbelitan bahasa saya ini??buat-buat faham , boleh??ha3!!bahasa mudah, cari alternatif laen selaen mendelete blog..

jangan delete atau buang kerana anda tidak tahu nilai sebuah kenangan..kenangan yang akan anda kongsi bersama-sama dengan sesiapa sahaja di sepanjang perjalanan anda di muka bumi ini..tambahan lagi, setiap entri punya tarikh dan masa masing-masing..sungguh kenangan, bukan??

anda sayang kenangan??saya sayang kenangan..=)



Thursday, December 04, 2008

.:27 tates avenue:.

~makan talam tapi bukan nasi ambeng..maaf~


fenin, fenin..simplex method yang tak simple pon..owh bagaimana??jadi saya rehat di blog sekejap..he3!!macam biasa khamis malam saya akan busy, bukan busy apa sangat pon..menyiapkan sisa2 homework..sungguh ironi..(apa maksud ironi ni??)


petangnya pula macam biasa lagi, turn saya untuk masak..kerja senang bagi saya masak2 ni..jadi, saya ambil peluang untuk membuat kelainan..hah, apa lagi!!makan talam la jawab nye..terima kasih wan sebab sudi beli talam yang berharga GBP1 sahaja untuk merealisasikan impian saya..=)



~zoom in..meriah bukan??hah, letak sekali!!keh3~


ah, gedik??tidak!!saya tak gedik..ajah, anda lagi gedik!!hak3!!kenapa makan talam??sebab saya suka, dudok sama2 menghabiskan nasi dan lauk bersama2..semuanya sama2, suka!!heh, ajah and the gang yang akan menyusul nanti, kalian pon kena makan talam jua nanti!!pinggan tak cukup!!hak3~


lauk pilihan kali ini, ayam kicap lada hitam, tanpa perencah!!lagi tekanan ini kepada ajah yang banyak sekali perencah masakan..haha!!anda, harus belajar masak dari saya..tidakkah anda merasa tercabar, ajah??he!!tapi sayur terlalu berkunyit sangat kali ini..ah, perlu perbaiki..tapi kriteria ini cukup untuk menang NICE..hehe~


~habis lauk, tambah lagi ni..jus TESCO (bukan nama sebetol) ~

namun, venue hebat sekali..makan dalam bilik sahaja sebab dapur orang peputih kecik2, termasuklah dapur kami sekalipun kami slim2 belaka..jadi venue makan telah berpindah ke bilik saya sendiri selaku penganjur aktiviti makan talam..fuh, sangat fuiyo??ah, tidak..hanya WOW!!=)

mistake:
nasi masak sikit ja, wal nak tambah nasi pon tak dapat..hehe!!27 tates, nanti saya anjur lagi..kui3!!untuk mazzein, nanti impian anda terlaksana jua..nantikan..kasihan, kasihan..Taj Mahal ya??doalah..=)


~licin??tidaklah, hanya tak membazir..he3!!nampak 'lukisan' nombor 27 di atas talam??he~



.:menjadi diriku:.

Menjadi Diriku - edCoustic

klik 'PLAY' untuk dengar

Menjadi Diriku -edcoustic-

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kar’na diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya…

Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya…

Menjadi diriku
dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku…

Terimalah aku
seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
atas apa yang kupunya
Setiap waktu kunikmati
anugerah hidup yang kumiliki…


Lirik yang penuh makna..diriku, ada kekurangan dan kelebihan..hanya insan biasa, tak mungkin akan sempurna..terimalah diriku seadanya..kata-kata ini buat mereka yang mengenali penulis..he3!!

Namun, tetap berbahagia dengan apa yang telah dikurniakan..mari bersyukur!!terimalah diri sendiri seadanya..untuk bersyukur, ucap ALHAMDULILLAH dan send to ALLAH..=)


~try to love what you get, try to get what u love~



Wednesday, December 03, 2008

.:IKHLAS DAN IMAN:.

emm, baru sebentar tadi bersembang-sembang dengan kakak di YM..topik biasa, cerita ana dan rina..tidaklah saya jemu mendengar cerita mereka berdua ini..khabarnya semakin nakal..aduih~

kakak:
muhd nunina
nina

saya:
tak paham

kakak:
kalau die nakal namenye muhd nunina


saya:
eh jangan..nanti betol2 jadi lelaki
susah,
kesian nurina

[lupe cakap, conversation di atas adalah dalam bahasaku, bahasa Sarawak]

fuh, saya tak setuju panggilan nama lelaki untuk anak saudara pertama saya itu..perempuan tetap perempuan biarlah nakal mane sekalipun..budak-budak biasalah, satu hari nanti takkan nakal dah..mungkin seayu saya bile dah besar nanti..


~lentok aje kepala makcik ni..adeyh!!~


emm, teringat pulak request kak linda (mak usrah kami..) untuk carikan nama best2 untuk anak keduanya yang insyaALLAH bakal menyusul bulan ini..saya dah siap kasi nama on the spot kat dia dah masa dia request tu, tapi kak linda gelak aje..adui~

'Kak Linda, saya cadang IKHLAS..',pintaku..

Kak Linda tengok saya, tak mengerti..yelah, jarang-jarang yang kasi name anak IKHLAS..hehe!! tapi saya suka sangat nama tu..IKHLAS, murni kan name itu??takpelah, nanti saya kasi nama anak sendiri IKHLAS..takyah gaduh-gaduh..=)

baru-baru ini jumpe pulak kembar si IKHLAS, IMAN di Belfast Islamic Centre..comel bangat!!name IMAN pon saya suka!!entah kenape saya gemar sangat word2 ini..mungkin sebab maksud die kot..kan??IKHLAS rasenye pernah jumpe dulu, adik saudara anas tak silap..jumpa kat Musolla As-saad..ke saya salah dengar name die??tapi insyaALLAH name die IKHLAS..=)


~IMAN di riba atiqah..maaf, atiqah tak masok picture..hek3!!~


ismi IMAN..fuh, bapak tak paham bile die cakap Arab dengan lajunya..yang paling best, tengok kejelikan die mengutuk kuskus..tak paham die ngomel ape!!ha3!!tapi, samelah kite IMAN..saya pon tak pandai makan kuskus itu..kuskus dihidang semasa pilihanraya di Belfast Islamic Centre ahad lepas..

ok2, melalut pulak entri ni..kesimpulannya, saya suka IMAN dan IKHLAS..!!

DEFINISI

IMAN:

membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukannya dengan anggota. Ringkasnya, iman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal.

IKHLAS:
menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana ALLAH dan tiada yang lainnya, hanya LILLAHITAALA..

wallahu'alam..


Tuesday, December 02, 2008

.:alhamdulillah:.


dengan rasa syukur, saya melafazkan bahawa, 'laptop saya kembali sihat..!!'..alhamdulillah.. emm, iman macam mane pulak kan??semoga terbit kerisauan dalam diri untuk menyedari kesihatan iman masing-masing..pesan pada diri yang mudah lalai..hu3!!

selepas bercuti blogging hari tu, entri saya pendek-pendek je kan??wah, bagus2!!kesian pulak pembaca blog ini asyik membaca entri panjang berjela, tapi kurang motivasi..kui3!!dan saya pon rase macam nak stop menulis entri ni..ha3!!

hari ini laptop saya sihat, tapi perut sakit dari pagi sampailah sekarang..salah satu cara ALLAH untuk saya mengingatkan DIA ni..syukur~

"Wahai orang-orang beriman, mohonlah pertolongan (kepad ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH beserta dengan orang-orang yang sabar.."
[Al Baqarah 2:153]




.:tutorial:.



mari belajar HTML code..yang sudah tahu ambaikan post saya..saya belajar yang ini pon dari cik alia, syumul 07/08..mari2!! terutama buat econslover..=)

untuk menghasilkan ini

saya sangat CUN!!

kod awal: <, s, >
buang koma dan tiada jarak antara 3 elemen
(<, s dan >) itu..

kemudian tulislah: saya sangat CUN!!
tiada jarak antara elemen '>' (elemen paling last di atas) dan word 'saya'..faham ke??hu3!!

lastly, kod akhir: <, /, s, >
juga buang koma dan tiada jarak antara 4 elemen itu..


untuk lebih faham..

saya sangat CUN!!anda KURANG CUN..

soalan: diminta pelajar hanya meng'cross'kan ayat 'saya sangat CUN!!' sahaja..

jawapan: <,s,>saya sangat CUN!!<,/,s,>anda KURANG CUN..



emm, econslover faham??maaf, tak tahu cara untuk 'tak aktifkan' kod-kod itu tanpa koma dan jarak di sini..hu2~semoga faham..boleh refer balek bahagian shoutbox utk memahami..

pertambahan widget 'nuffnang'..sila klik untuk sadaqah ok!!=)


~teka siapa beliau??~


gambar2 adalah cetusan kreatif dari saudara Nabil..bakat disalur untuk mengenali ciptaan ALLAH..alhamdulillah..subhanallah, canteq!!=)..klik NABIL untuk melihat lagi hasil kekreatifan beliau..