Tuesday, April 26, 2011

Finally

Moving



Pesan seorang murabbi:Kita kena kreatif dalam dakwah.

Sunday, April 03, 2011

Bye. =)

Bunga ni untuk semua, kongsilah satu kelopak sorang. :P


Rajin pula saya update blog kebelakangan ni..mungkin blog sunyi sepi takde pengunjung jadi rasa selesa sangat..

Tapi..bila lawat blog kawan2, kenapa macam address saya otomatik bertukar?erks..

Maybe I have to proceed with my plan before..

May I just stop here?

YES.

I could feel this is the right choice.

See you if you can find me. :P

p/s:My best buddies, I'll catch u guys later. =)

p/s:Readers, minta maaf kalau datang sini tak dapat apa-apa. I'm not a good writer but I love to write. =)


[sebenarnya bukan tak suka orang baca pon, saja ja alasan semua ni. mungkin trauma sebab peristiwa hari tu. entah bila tengok blog ni, rasa semacam tak habis-habis. bila moving rasanya macam ringan sikit tak payah kenang-kenang dah. heh]


Saturday, April 02, 2011

Gembira

Sepatutnya saya kena bergembira bila tengok orang lain gembira.Jangan selfish akma.Ingat pesanan diri sendiri dulu,yang terbaik akan sentiasa bersamamu,masakan Allah tidak tahu apa.Allah bagi apa yang kita perlu.Ingat ingat ingat!

Berusaha dan Berdoalah sesungguhnya itu sahaja bahagianmu.Hasilnya terserah kepada Allah.Kita merancang,Allah juga merancang namun Allah jualah sebaik-baik perancang.Allahu Allah.Jujur pada dirimu.Yosh!

Friday, April 01, 2011

Berjalan-jalan

Malam ni akan membawa diri ke Dublin bersama team Forum SiSWa QMC yang lain.Berlatih jadi guru pengiring sekejap katanya.Heh.Saja nak makan angin sebab tak lama lagi balik for good.Dublin tu entah kan jejak entah kan tidak je selepas ini.Pergi ke Dublin kalau tak sebab program memang tak akan pergi.Last time ke Dublin rasanya untuk Simposium Bumi Shamrock tahun lepas.

Kebelakangan ni jiwa kacau ja.Mungkin sebab buat countdown nak exam tapi tak study betul-betul, ke library setiap malam tapi hampa tak dapat selesaikan homework. Ish saya ni banyak free time tau, kelas pon sikit. Tapi tak guna betul-betul. Sebulan lebih saja tinggal akma oi nak exam. Semangat sikit!

Tapi apa yang sangat saya syukuri sem akhir ni ialah semua modul saya minat. Tidak lagi seperti dulu yang buat homework terpaksa dipaksa-paksa oleh diri sendiri. Kadang-kadang boleh siap 2-3 hari sebelum deadline sebab seronok nak siapkan. First time juga meminjam buku library untuk rujukan. Selama ini hampeh tak pinjam ape-ape pon.

Kalau tak siapkan tu biasanya sebab tak reti buat. Ada je hantar homework hanya jawab setengah ja jalan kerjanya. Nasib baik cikgu saya redha je sebab classmate lain kalau tak reti buat tu, takde makna nak hantar katanyaa.. hah tu diaa!

Aih, dari Dublin cerita pasal homework pulak dahh. Oh alhamdulillah, satu homework saja perlu disiapkan untuk dihantar Isnin ini. Tapi pulang ke Belfast semula hari Sabtu, sempat lagi neyh. Lagipun dah siap setengah hari tu. Oh boleh enjoy weekend di sana. (Sekadar tengok forum boleh enjoy kee?Hehe)


Thursday, March 31, 2011

Pesanan Seorang Kakak

Terbaca komen blog saya lepas-lepas.Ada pahit,ada manis,tapi semuanya kenangan.Dan pabila membaca komen seorang kakak ni,terasa masa semakin laju meninggalkanku.Sekarang kakak itu sudah menjadi ibu dan saya pasti seorang ibu yang sangattt baik.Rindu nak cakap-cakap dengan Kak Zaff.:)

Oh inilah pesanan beliau kepada saya.Mungkin apply pada semua juga.Selamat mendalami.:)


Salam akma..

selamat bermujahadah dalam perjalanan bertemu cinta hakiki. =) Sibukkan diri mempersiapkan diri insyaAllah. Maka apabila diri disibukkan, perasaan dikekang. Yes...mempersiapkan diri lebih penting daripada mencari.

Pencarian akan dibantu dan berakhir apabila diri sudah bersedia. Allah tidak bebankan kita dengan sesuautu yang kita tidak mampu bukan? Sediakan diri sebagai muslimat, sebagai anak, sebagai sahabat, sebagai kakak kerana seorang isteri dan seorang ibu adalah gabungan hebat peranan-peranan di atas. Seorang sahabat yang baik, seorang anak kepada keluarga mertuanya, seorang kakak kepada adik iparnya. Kukuhkan dulu peranan sekarang. Kerana peranan-peranan ini membantu untuk mempersiapkan diri buat masa depan.

Banyak pula celotehnya, kesimpulannya, selamat menelusuri takdir kehidupan kamu. =)

Yang halal dan terbaik buatmu sedang menunggu...cuma persiapkan diri. Andai tidak disini, di syurga kelak. InsyaAllah


InsyaAllah kak zaff.:)

Wednesday, March 30, 2011

Karipap Mia Maya


Macam-macam berlaku minggu ni. Ada best, ada tak best, ada scaryyy, ada huuu xmo fikir, macam-macam ada. Tapi ada sikit saja nak kongsi. Atleast ada, kan kan? Hehe.

Perkara 1
Hujung minggu yang lain dari yang lain.QMC buat QMC Champions League ahad hari tu.Pertandingan Futsal antara sapa-sapa nak bertanding lah kiranya.Ada 15 teams yang bertanding, pergh ramai gaks tuu.Tapi yang menang bukan Malaysian lah tapi.hehe

Cuba teka kami buat apa masa diorang bermain-main itu?Hah, inilah peluang berniaga!Tak sangka, dari saja-saja cubaan buat karipap dulu, tengok-tengok diniagakan pula. Aish malu juga sebenarnya sebab karipap amatur saja, kan?


Karipap atau kulit kerang?


Cuba teka siapa business partner saya?Hehe semua nak mintak teka, apakah?Business partner saya, Farahin aka MiaFara menjadi teman karipap saya pada malam sabtu itu. Serius penat sangat walaupun kerja berdua. Hasilnya tak sampai 200 biji pon, tapi syukur ada jugak untungnya walaupun ada kritikan karipap kami macam kulit kerang.=P

Cuba....eh tak payahlah dah teka!Nama karipap kami adalah Karipap Mia Maya. (serius macam budak kecik sedang bercakap.tapi saya nak jugak tulis untuk gelak-gelak masa akan datang bersama anak-anak.heh).Nama ini diambil sempena nama patung sepound kami yang dibeli bersama-sama suatu ketika dahulu.Ayat macam ayat sejarah =='.


Yang pink tu Mia, dan yang orange tu Maya. Ok jangan cakap papa, terima aje.



Beginilah rupanya orang berniaga cari rezeki kan?Penat sangat sampai tidur pon tak cukup demi menyara keluarga masing-masing. Teringat ayah nun jauh di Sarawak sana. Ayah saya ni memang suka berniaga. Macam-macam sampailah sekarang. Kecik-kecik dulu, ayah pernah berniaga jual burger, jual air tebu lah, jual air soya, jual macam-macam lah. Dan sekarang pon, mak pernah cerita yang ayah jual hasil tanaman dia(aiyo tak ingat ape) di pekan Serian tu. Hehe kelakar je bila imagine. Camne nak buat, dah ayah suka? Nak halang buat apa, biarlah dia buat apa yang dia suka kan? Hoho

p/s:Emm..dah tukar address blog sebab rasa semacam bila ramai dah tahu blog. Kenapa ah? Biarlah daku begini. LOL



Saturday, March 26, 2011

Jujur

Jujur.
Ya jujur.
Saya mesti jujur pada diri.
Saya mesti jujur pada hati.
Maafkan saya hati,
Kerana tidak jujur pada
kau selama ini.

Jalan menapak.
Yang tidak tahu hujungnya.
Pastikan sirna,
dan kelelahan yang tersisa,
bersama RedhaNya.


Tuesday, March 22, 2011

Sama Tapi Tak Serupa


Pada musim salji yang lalu..Tempat ini putih dipenuhi salju..(ape beza salju dan salji?)



Pada musim bunga..Damainya~


Tempat yang sama tapi tak serupa waktunya..Samalah macam hati, dulu dingin saja tapi perubahan masa telah membungakan hati-hati yang dingin..Kita semakin meningkat dewasa, ruamg lingkup berfikir menjadi semakin luas..

Itulah kehidupan. Yang mendatang apakah pahit, atau manis? Nilailah sesuatu itu dengan lebih bijak kerana kita semakin dewasa.. Ya, semakin dewasa..!



Saturday, March 12, 2011

One SWEET Day




Selesai berOne SWEET Day dengan muslimat Belfast pagi tadi..alhamdulillah weekend saya sweet kali ni..hehe..dan yang paling sweet ialah nama program ni sebab saya yang cadangkan..alhamdulillah diterima juri.LOL

Sebenarnya One SWEET Day ni sama saja dengan tahun lepas, Hari Ukhuwah, cuma saja ja tukar nama untuk ubah selera..hoho..tak sangka cadangan nama diterima..hasilnya saya dapat 2 pashmina yang sangatttt cantik! rezeki-rezeki..

Tapi ni dah tahun akhir saya dah..tak berpeluang dah nak join benda-benda macam ni nanti..oh satu perkara yang saya akan rinduuu sangat kat UK ni ialah, program-program yang pelbagai dari berkenaan agama sehinggalah ke sukan..program-program begini lah yang banyak mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat baru..=)


Sebahagian dari keluarga Belfast..:)


Kira punya kira, ada 4 bulan lagi di bumi ini..Kalau KPM kasik stay, memang nak stay..tapi KPM tak kasik pon, dan kalau kasik pon nak stay buat apa?haha, lainlah kalau ikut suami ke..opss tak bermaksud saya nak bersuamikan orang yang masih duduk sini, sekadar analisis yang dibuat sepanjang kenal ibu-ibu kat Belfast ni..ada ja kakak-kakak yang dah grad Accounting lah, Economics lah, Medicine lah, yang stay-stay tu kebanyakan isteri orang..hehe (so, jangan generalise sangat ye akma..)

Emm esok famili saya akan bercuti di Sabah selama seminggu..Semoga pergi dan balik dengan selamat, ameen..risau jugak dengan keadaan bumi sekarang..tsunami di Jepun baru-baru ni sangat menggerunkan..Ya Allah, kau peliharalah perjalanan familiku ke sana dan kau permudahkan urusan kepulangan mereka..ameen..


p/s: SWEET Day, SWEET weekend, semua SWEET alhamdulillah..=) Baru sedar lamaaa dah tak update blog..hehe



Wednesday, February 23, 2011

Masak-memasak


Sindrom apalah sekarang ni, hinggakan nak masak semua benda..?Dah lebih pukul 1 pagi masih mencari resepi karipap yang senang dan bahan yang bleh didapati di rumah sahaja.Esok takde kelas, maka bolehlah beraksi di dapur.=)

Sebelum ni dah 2 kali cuba buat kuih keria. Tapi dua-dua gagal oh. Sedih-sedih. Cubaan pertama, kuih keria agak keras dan cubaan kedua akibat takut nak letak tepung banyak sangat, terus kuih keria jadi cucoq keria. Haha. Haih, malas nak menge'doh'kan dah adunan itu. Putus asa asyik dok tambah tepung saja. Kang keras lagi, last-last ikut kekreatifan sendiri, goreng macam goreng cucuq hah siap pon!

Saya sedar kita dah mula melupakan kuih-kuih tradisional ini. Cewah macam rancangan NONA plak (padahal bertahun dah tak tengok!). Tambahan pula, sekarang pon dah ada jual segera saja. Masa sibuk menggali internet mencari kuih tradisional tiba-tiba jumpa cara membuat kuih tradisional begini:

Keluarkan bungkusan cucur badak dari peti sejuk, dan biarkan seketika di luar peti sejuk. Panaskan minyak, dan setelah panas, masukkan cucur badak satu persatu sehingga nampak keemasan. [beginilah lebih kurang]

Hah, adakah ini resepi?Kannn, sekarang dah mudah dah sangat. Tak lama lagi jumpalah pulak kita bungkusan kuih koci enak dimakan begitu saja ala-ala makan jajan. Akhirnya generasi muda dah lupa macam mana nak buat kuih tradisional ni sebab semuanya dah boleh didapati dengan mudah. Haih.

Salah seorang generasi muda itu(muda kee?), ialah akulah. Hah tengoklah berhempas pulas mencari resepi padahal emak selamber je hari-hari buat kuih tradisional untuk minum petang. Bukan nak belajaq pon. Haish! Antara kuih-kuih yang emak selalu buat ialah kuih keria, kuih koci, seri muka, kuih buah melaka, kuih bakul, dan banyak lagilah. Saya apa ada?

=='

[A4_karipap_masak1.jpg]
ihsan dari internet.nanti cheq letak pic karipap cheq naa..:P


updated: pukul 1.11pm hari rabu

inilah karipap saya..haha horror kan?waa tapi jangan pandang rupa ja..silakan makan, kalau nak tau sedap ke tidak..=)

maafkanku kerana tak mengerti mengelimmu..mengedoh kali ini dah ok dah..pasrah! =)


Saturday, February 19, 2011

Datang dan Pergi

Hadiah ringan buat mereka. =)


Lebih kurang 2 tahun lalu, keluarga ini hadir mengisi kisah hidup pahit manis saya selama menjadi penduduk kampung Belfast ini. Alhamdulillah, mengenali mereka adalah antara memori terindah saya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Zulfa yang sangattttttt comel.

Namun, sudah adat dunia, bertemu dan berpisah tidak pernah terpisah. Keluarga Kak Fuji, Abang Din, Zulaikha dan Zulfa akan meneruskan perjuangan kehidupan mereka di tanah air. Sayonara akak dan abang. InsyaALLAH, ada jodoh kita jumpa lagi deyh.

Teringin nak jumpa Zulaikha dan Zulfa yang remaja. =)


Wednesday, February 09, 2011

Langit cerah semula


Lagu di bawah sangat memberi makna kepada diri saya. Tetapi sebagai hamba ALLAH kita kena sedar setiap ujian tidak menjadikan seseorang itu lemah, tetapi semakin kuat! Dan disebalik ujian itu, Allah juga sedang menguji kesabaran dan sejauh mana manusia itu bersyukur.

Sangat banyak nikmat di dunia ini yang patut kita syukuri. Jangan kerana satu perkara yang Allah tak izinkan untuk kita menikmatinya padahal kita nak sangat, kita sudah hilang arah. Bersyukurlah, walaupun sekecil-kecil perkara.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
[Surah Ibrahim ayat 7]

Beriman dengan ayat ini, saya teruskan usaha untuk mencari jalan penyelesaian atas kekusutan yang saya terima beberapa hari lalu. Akma, bersyukurlah Allah akan tambah nikmatNya! Ayat ini berlegar-legar di kepala, dan diimani di hati.

Segala puji bagi Allah, walau dia tarik nikmat yang saya nak sangat tu, tapi Dia tak biarkan saya terkontang-kanting mencari jalan pulang. Dan sejujurnya saya sangat gembira kerana setelah itu Allah berikan sesuatu yang lebih baik dan ucapan syukur itulah zikir yang terbaik memujiNya.

Saya tidak berhasrat untuk berkongsi sepenuhnya di dalam entri ini, namun cukuplah saya sedang merasakan Allah menambah nikmat kesyukuran tersebut. :)



Biru langit.. :)



Tuesday, February 08, 2011

:')

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Friday, February 04, 2011

Jiwang dak ni?

Dah lame dah saya jumpa benda ni. Kira-kira 2 tahun yang lalu, semasa saya masih tahun pertama lagi. Jumpa kat satu blog ni. Sekarang blog tu dah takde, dan google-google rupanya ada kat blog orang lain. Ceyh, penat daku fikir masa tu dia yang buat.

Saya pon tak pasti kenapa saya letak kat sini. Mungkin sekadar simpanan peribadi kot nak bagi kat anak-anak nanti. Lagipun, saya yakin siapalah jugak yang nak mai blog ni? Maklumlah, susah sikit nak letak benda jiwang dalam blog, nanti kena label jiwang. Oh tak suka! Saya suka the way penulis ni express the feeling ja.


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

"Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


p/s:Tahniah buat kawan lama yang telah menamatkan zaman bujangnya 2 hari lepas..Teringin nak datang kenduri kau, apakan daya janji lamaku itu tak dapat ditepati dek kerana jauh di sini..Hope you'll be the happiest man ever beside your lovely wife..=)


Monday, January 31, 2011

Jumpa lagi K Mas Mira!

BerBITHIKA bersama Kak MasMira. Banyak nasik tuu! :)


Entri ini khas buat Kak Mas Mira yang baru pulang ke Malaysia semalam. Walaupun baru 3 bulan bersama kak Mas di Belfast ni tapi macam dah lama kita berkenalan kan Kak Mas? Ini menunjukkan kita ada chemistry iaitu dua-dua suka makan kicap. Hehe apekah?

Kak Mas student PHD dekat UM sekarang Tahun Dua. Datang Belfast selama 3 bulan sebab nak guna machine dekat Belfast ni untuk reserach PHD dia. Pergh Mantap UM ni! Kak Mas pon mantap sebab dapat peluang macam ni! Actually first time dengar, student Malaysia datang sini selama 3 bulan sahaja. Oh betapa daku kurang ambil berat hal-hal ini. Eh?

Kenal Kak Mas sewaktu berkecimpung dalam facebook lagi. Ingat lagi, Baku aka Farhan Sobri junior KYku bagi mesej FB, katanya ada kawan kakak dia nak datang Belfast tapi tak tahu nak rujuk siapa. Lantas Baku pon teringat padaku(erk?) dan memperkenalkan Kak Mas kepadaku. Banyak lah kitorang sembang tentang asas-asas sebelum fly. :P

Banyaklah kami lalui bersama. Saya selalu lepak hostel Kak Mas kalau bosan-bosan. Tido kat sana, makan kat sana, menonton cerita bersama, sembang-sembang hal matang bersama dan macam-macam lagi. Tapi since Kak Mas 3 bulan je dekat Belfast, takdalah banyak sangat memori cuma best bila bersama. Cewah!

Apalah point entri ni? Cumanya saya sangat menghargai seseorang kalau dia menghargai saya. Tapi bukan bermakna saya tidak menghargai seseorang sekiranya dia tak menghargai saya. NO! Cumanya penghargaan saya sedikit terbatas dan susah nak tunjukkan, tapi still ada cuma corak tu sedikit berbeza, dan kurang mengekspresikan. Eh macam biasalah tu, kan? Hehe. Oh, hanya saya saja faham apa yang saya nak sampaikan ni mungkin.

Tetapi, hargailah mereka di sekelilingmu sementara masih ada waktu. Biasanya mereka yang menghargai saya sangat saya percayai untuk menyimpan khazanah rahsia saya. Eh biasalah tu kan? :P

Ok bye! Hari ni dah start kelas semula. :)


Mimu, Maya and Mia. Mimu is so cute hugging us(us?)!Mimu untuk Kak Mas, Maya and Mia are mine. oh sangat tak matang tiba-tiba.


Thursday, January 27, 2011

Please!

Alhamdulillah, 2 hari dah saya bebas dari exam dunia. Tapi sampai sekarang jiwa resah dan gelisah tu tak pernah hilang. Risau pasal result padahal dah tak perlu risau dah. Itu kan kerja Allah, kita tak payah fikir dah. Yang penting kita panjat tawakal tu setinggi langit yang biru, berdoa pada Allah setiap saat yang kita ada.

Pernah rasa bersyukur bertuhan?InsyaALLAH setiap dari kita memang akan pernah rasa perasaan itu, tapi selalukah?Emm tepuklah dada banyak kali sampai tersedak segala benda dalam hati ni.Dalam exam pon, kita kena jugak bersyukur walaupun boleh jawab sikit ja.Sebabnya, Allah dah kurniakan kita kesihatan, kekuatan, dan keupayaan untuk berfikir dan banyak lagilah.Tapi apa kita buat selepas selesai paper tersebut.Sumpah seranah tak tentu pasal sebab paper sangat susah tak tercapai dek akal.Patut tak, patut tak?

Betul, kekecewaan tu perlu ada, tapi selama mana nak kecewa jaa?Kena bangkit, awak!Kena. Bangkit tu bukan satu pilihan, tapi kewajipan!Pernah dengar tak kalau rasa susah, cuba lihat orang yang lebih susah?Haa, macam tu lah kalau nak bangkit!Strong, strong!

Tahu tak macam mana Allah menghargai kita sebagai hambaNya?Dia maafkan kita, dia dengar rengekan kita, dia selalu sangat dengan kita, malah setiap saat ada ja benda Allah nak bagi walaupun Dia tak bagi semua benda indah-indah belaka(bagi kita), tapi semua tu hadiah Allah untuk kita menuju redhaNya. Tengok, Dia tak pernah suruh kita cari redha Allah sorang-sorang tanpa bantuan. Allah ada..=)

Tapi camne ek kita bersyukur dengan Allah?atau....

Macam mane ek, aku bersyukur pada Allah........

Dan sebenarnya, post ini ditujukan buat saya sendiri yang sangat susah hati bila mengenangkan diri nak terima result nanti..

Sekian.


p/s:Boleh luangkan sedikit masa untuk doa pada saya?Dan kawan-kawan saya pon mungkin juga memerlukan..Thanks! :)

Sunday, January 23, 2011

Dari bakal Ibu =)

Lagi 2 hari untuk exam terakhir yang bakal menutup tirai semester 1 tahun terakhir ini. Paper paling last ni, biasanya paper paling sikit untuk study. Maklumlah cuak untuk paper yang terdekat, paper terkemudian dilupakan.

Gap antara paper sebelum ini dengan yang last ni hanya 4 hari ja. Alhamdulillah tetap bersyukur ada lagi kesempatan nak buat revision. Pagi ni tak buat revision sebab tak boleh study kat rumah. Selalunya akan tak pergi mane pon study tu kalau tempatnya di rumah. =='

Maka, selang 2 jam menanti untuk ke library since library bukak pukol 12 tengahari ahad ni, maka bolehlah nak tulis blog sikit walaupun sebenarnya ini tulisan takde motif. =P

Dah lama dah saya simpan hobi satu ni. Membaca blog orang lain, terutamanya blog ibu-ibu. Hehe kawan saya cakap itu satu hint. Oh, takde hint mane pon. Saya suka ibu-ibu ni cerita pasal anak mereka kat blog. Indirectly, mendidik saya melihat diri sebagai seorang ibu suatu hari kelak. InsyaALLAH, ameen.

Banyak yang saya belajar dari para ibu di dunia blog ni walaupun rasanya yang saya ingat sangat sedikit berbanding dengan apa yang saya baca. Huhu ilmu susah nak melekat padaku, sebab tu kena buat revision last minute dan banyak kali banyak kali sampai stress sorang-sorang sebab belajar saat-saat akhir! Hati tak bersih ni, jangan ikut deyh.

Selalunya saya suka melawat blog ibu-ibu yang pernah kehilangan anak mereka. Sebelum tu, entri penuh pasal aktiviti anak mereka yang sihat walafiat, tiba-tiba dijemput Illahi kerana sudah tiba ajalnya. Takde ribut takde taufan, tiba-tiba terima berita yang tak diingini. Huhu saya tak tahu macam mana keadaan saya kalau berada di tempat mereka.

Dan ada pula ibu-ibu yang tabah menjaga anak mereka yang istimewa. Satu muhasabah juga bagi saya. Tak semua yang kita inginkan di dunia ini kita dapat kan? Begitu juga dengan kesempurnaan dan kesihatan anak. Dan membaca aktiviti seharian mereka menjaga dan memelihara anak-anak ini membuatkan saya sangat tersentuh.

Bayangkan diri berada di dalam situasi berkenaan. Tak semua dapat terima kenyataan, tak semua. Dan saya belum lagi diuji dan sekiranya diuji, semoga Allah kurniakan pendamping yang terbaik di sisiNya. Tak mungkin saya dapat lalui semuanya berseorangan. Teringat tentang Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat PAS Pusat. Melihat keaktifan beliau dalam memartabatkan Islam siapa sangka disebaliknya, dia perlu menjaga anaknya yang istimewa.

Antara penyakit yang baby boleh hadapi ialah Exomphalos dan Gaucher Desease Type 2. Kebanyakannya yang mendapat Exomphalos ni selamat. Exomphalos ni berlaku bila mana ade organ dalaman yang terkeluar dari tali pusat semasa kelahiran. Emm, begitulah. Ni gambar yang daku ambil dari internet. Yang terbonjol keluar tu ialah exomphalos. Kadang-kadang hati pon boleh keluar. [Terimalah korang cerita aku yang bukan seorang doktor ni. Sila cari kat search engine kalau berminat nak tahu.]



Kesian, kan? Bayangkan anak sendiri melakukan pembedahan. Mesti rasa sedih. :(


Dan penyakit satu lagi tu ialah Gaucher Desease. Penyakit ini menyerang baby selepas 6 bulan kelahiran dan kebarangkalian seorang baby mendapat penyakit ini adalah sangatttt rendah di kalangan baby-baby di dunia ini. Baby tak dapat hidup dengan normal dan paling lama boleh hidup ialah 2 tahun. Huhu. Kasihankan? Ini blog ibu Alanna Qish yang sangat tabah. Mummy Alanna. Bertuah mummy alanna dapat menjaga si bidadari syurga ini.

Dan kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang ni benar-benar meruntun jiwa sanubari saya sebagai seorang bakal ibu. Bukan senang nak melahirkan seorang bayi. Kalau ditanya para ibu, kesakitan nak bersalin tu Tuhan saja yang tahu. Camne lah diorang-diorang ni boleh terfikir nak buang anak. Ya Allah, kurniakan rahmatmu ke atas ibuku. =)


Hi, my name is Anees Solehah. Hehe ni baby kak ninie dan aminul. Alhamdulillah comel sokmo. Sekarang ni dah 2 minggu. Semoga ALLAH kurniakan kesihatan keatasnya. =)


Dengan doa dan pengharapan, semoga Allah kurniakan kesihatan kepada anak-anak ibu walaupun tak wujud lagi di dunia ini. Jadi anak solehah anees, seperti namamu. Nanti jumpa dengan baby achik ok, hanya sekiranya diberi keizinan oleh Allah untuk achik menjadi ibu. =)

Bye. Study pula!

Thursday, January 20, 2011

Sabar menanti



Sabar menanti bungkusan ini sampai ke rumah.
Dan bungkusan satu lagi.
Oh sangat pelik perasaan ini.
Harap sampai dengan selamatnya. =)

Hadiah untuk diri sendiri sempena 24tahun kelahiran dan habis exam.
Nasib ada khidmat tracking number. Boleh check online!
Apa benda dalam ni? Ok nanti kongsi deyh (siapa entah nak tahu?:P)

Esok exam.


Sunday, January 16, 2011

Perkongsian

Sekadar simpanan untuk masa hadapan. Boleh jenguk-jenguk kisah ini andai terlari dari landasan. Oh sekarang pon, agak lemah. Terima kasih Kak Dayang kerana tolong ingatkan.



Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai’e


“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!”


Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’unya.


“Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.


“Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad’u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

“Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

“Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?”


Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


“Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?”

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.


“Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?” Tanya sang murabbi lagi.


Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

“Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.”


Sang mad’u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

“Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT.”


“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”


“Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak kesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” Sambungnya panjang lebar.


“Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai’e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah.”


Sang mad’u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.


“Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?”

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


“Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!” Sahut sang murabbi.


“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri.”


Malam itu sang mad’u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama’ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT:Kemenangan atau Mati Syahid.


Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.


"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, "Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku), sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al-Quran) ketika (Al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dan setan memang pengkhianat manusia."

[al-Furqan: 27-29]


Moga kita saling menguatkan, bukan menjatuhkan antara satu sama lain. Saling mendoakan, bukan menyengsarakan. insyaAllah, wehdatul fikr, wehdatul amal, wehdatul qalb.


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

[as-Saff: 3]


Thursday, January 13, 2011

Sejuta Arif

Terjumpa lagu pelik Edcoustic. Tapi selepas 3 hari mendengarnya, jatuh suka dan godek-godek lirik, rupanya tersirat kisah Arif. Hah, siapa Arif? Cuba hayati lagu ini.


Sejuta Arif

Kata-katamu tak sempat lama kan lampu merah
Cepat kau menepi menghitung kepingan rupiah
Arif tak peduli walau panas hujan menerpa
Untuk sebuah kehidupan

Anak kecil berlarian dibelantara kota
Bernyanyi dengan alat musik sangat sederhana
Arif tak peduli masa kecilnya tlah terampas
Bahkan cita-citamu hampa

Reff :
Sepuluh seratus bahkan seribu
Seratus ribu bahkan sejuta Arif menunggumu
Uluran tanganmu
Demi generasi jauh disana

Pernahkah kau pikir andai kau Arif sebenarnya
Berjuang menepis keangkuhan manusia kota
Arif tak peduli hatinya terbentur prahara
Bahkan cita-citamu hampa

Dapat bayangkan, Andai anda salah seorang daripada Sejuta Arif? =)