Friday, April 23, 2010

Suka-suka Sembang.


Apa khabar?
Lama tak dengar cerita..
Amal saya semakin hari semakin tak bertambah..
Risau.T_T

Bila dah kahwin nanti (kalau panjang umur),
Saya nak buat satu blog untuk anak saya.
Mungkin blog ni akan tukar nama lagi.
(Weh, apsal cerita pasal kahwin tetibe ni?)

Dari akmadinen ke msakma,
Dari msakma ke mrblablabla(lol!),
Dan dari mrblablabla ke penyejukhatiumiwalid(gile panjang!),
Harap Allah permudahkan.

Dan satu blog ini menjadi inspirasi saya,
Walau tak jenguk selalu,
Tapi saya kagum dengan semangat dia,
Mereka seusia denganku..




Wednesday, April 21, 2010

lega sikit

Alhamdulillah, kerisauanku tentang kes saman itu telah berakhir. Syukur pada ALLAH sama-sama ye, sebab mungkin kerana doa kalian ALLAH permudahkan urusan saya dan rakan-rakan tentang kes itu. Kes saman inilah yang membuatkan saya tak keruan. T_T

Saya bercadang nak tulis panjang-panjang hari ni, tapi biasalah, malas nak tulis. haha. bye!


Friday, April 16, 2010

Emosi

Menulis dalam keadaan sangat tertekan. Bila mengadu pada ALLAH, tenang ja hati ni, tapi lepas tu terkenang balik. Saya tahu saya mampu lalui ujian ni. Tapi, selalu macam nak nangis ja. Kadang-kadang macam dah tak tahan nak duduk kat sini. Huhu~

Moga ujian ini bisa mendekatkan lagi saya pada ALLAH. Saya tahu ALLAH sedang rancang sesuatu untuk saya. Terima kasih ALLAH. :)

Bagi yang membaca post ini, doakan urusan saya hari Selasa ini dipermudahkan. Sangat memerlukan doa dari semua. :(

p/s:Akan update kembali urusan apakah hari Selasa ini. Don't stop praying for me! :'(

Tuesday, April 13, 2010

Merancang Kerja


Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang


p/s:Dalam Satu Barisan, Satu Saf!


Friday, April 09, 2010

Semakin sosial

Saya tak rasa ramai yang dapat detect blog saya..senang pulak bila blog dah 'bersembunyi'..hehe..Pengunjung blog ini sekarang pon entah siapa-siapa..kalau ada yang jerit di tin jerit tu pon, jerit iklan itu ini..dan lantas tindakanku adalah membuangnya terus..senang!

sekarang dah masuk bulan 4..tak sedar dah setahun lebih di bumi asing..apalah yang saya dapat ye dari belajar kat sini?kawan tu memang lah bertambah ramai, malah rasa macam terlalu sosial pulak..tapi sosial di sini in terms of berurusan dengan muslimin untuk urusan dakwah lah..

bila masuk organisasi ni, baru saya faham urusan macam mane yang dibenarkan..moga urusan kami selama ini masih berdiri di landasan sebenar..bimbang juga niat terpesong, kan?syaitan tu kalau dia bisik, kat celah mana-mana pon dia akan buat...awalnya memang niat kita benar, tapi boleh terpesong tanpa sedar..astaghfirullah~

Jadi, apa yang Ustaz nasihatkan, istighfar banyak-banyak kalau berurusan dengan berlainan jantina ni..susah, cabaran tu memang ada..nak kena jaga pandangan, hati, kata-kata, suara, macam-macam lah..Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH..takutnya!

teringat analogi PUASA dan MAKANAN.

Katakanlah saya puasa(sunat) kerana satu apa pon takde kat dapur. Makanan memang zerolah, sebab tu saya buat keputusan nak puasa..Ditambah pula, dengan duit yang sedikit, nak makan pun cukup untuk berbuka sahaja..Maka, memang senanglah urusan puasaku, tanpa apa-apa cabaran..

Berbanding dengan saya puasa(sunat) dengan terhidang banyak makanan di depan mata..jiran ni kasik ayam panggang, jiran tu kasik nasi kerabu dan macam-macam lagilah..Allah, maka berbolak baliklah hati nak puasa ke tak lagi..banyak sangat makanan ni..Maka, dengan iman dan rasa taqwa tu, saya didik nafsu saya untuk bersabar, kawal apa yang perlu dikawal, dan sebenarnya itulah puasa yang sebenar..Puasa untuk mendidik!

Hidup ini realiti, dan tarbiyah pun kena yang realiti..bukan sekadar teori sahaja..Apabila bergaul dengan muslimin ni, banyak jugak saya dapat belajar dari mereka..Lelaki ni memang lain dari perempuan..Kalau nak tahu apa lainnya, bacalah yang mars venus tu..:P (saya pon tak baca lagi!)..



~Solehah ke tak aku ni?Huhu~


Tuesday, April 06, 2010

Syukur

Alhamdulillah, baru ada masa untuk update balik blog ini. Dan, bangun pagi pada hari ini terasa sunyi yang tiba-tiba. Kesibukan yang dilalui mulai beberapa bulan yang lalu sudah semakin surut. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana Dialah yang memudahkan urusan-urusan kami.

Namun, kesibukan yang lalu telah diganti kesibukan yang baru bertandang. Terasa adoi juga lah bila berhadapan dengan situasi sebegini, namun tak perlu mengeluh, akma! Buat kerja untuk Islam bukan sesuatu yang mudah, malah susah dan penuh liku. Jadi, walau apa-apa pun jiwamu perlu BESAR untuk menempuh hari yang mendatang yang semestinya lebih besar cabarannya.

Allah, permudahkan urusan pelajaran kami, dakwah kami dan semuanya..


^^

Thursday, April 01, 2010

Comel..^^

versi kecik


.comel pulak.

^^