Friday, February 27, 2009

Tag Atiqah pulaks~

bagi melunaskan janji, walaupun saya takde lah janji sebenarnye, (die paksaaaaaaa!!hehe), saya buat jugaklah tag ini..aduih, saat diriku memerlukan tag, kurang yang mentag..saat diri taknak terima tag, datang pulak tag tanpa dijemput..hehe~

saya mahu ambil masa 15mins sahaja untuk ini..harap berjaya sebab memang tak plan nak update malam ni..tengahari yang tadi itu cukuplah untuk wakil jumaat, sabtu dan ahad..hahah!!ok2, saya terus dengan jawapan tag dari atiqah tersebut..


1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.


atas kapasiti gambar badge tersebut yang agak tak sopan, saya taknak lah letak di blog saya..haha!!best lagi letak badge SOP..walaupun secara majoritinya, memang saya akan menang award tu, tapi kalau award tu tukaq jadi gambar muslimah bertudung kan ayu lagi..hoho~


2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Atiqah Hamid, mengapa award ini diberi kepadaku??hehe~nak tahu siapa dia, sila ke blog ini..
3.10 facts about myself.
Macam nak buat apa yang wan buat..letak link terus untuk soalan ini..tapi macam takde link ja untuk di letak..maka terpaksalah menyenaraikan~

a. Tak terurus dari segi masa. Pendek kata tiada jadual waktu belajar yang baik dan memang lemah dalam management. (owh, pendeknya kata ini)

b. cerita hidup yang kurang menarik untuk di kongsi bersama. ah, rindu cerita dahulu. tersemat indah dalam kenangan cerita dari sekolah rendah hinggalah ke KYUEM. itu pun kalau ada signifikasinya dalam hidup saya. Kalau tak, langsung tak akan ingat sampai bila2.

c. boleh serius secara tiba-tiba dan boleh happy secara tiba-tiba jugak. Buat yang pernah melihat akan keseriusanku, mohon maaf andai tidak senang hati. Ada masalah yang menekan lah tu. Diharap jangan bertanya macam-macam di saat genting ini. Huhu.

d. risau akan keikhlasan diri. Bermohon supaya ALLAH letakkan keikhlasan dalam hati untuk setiap perkara. Tiada ikhlas, sia-sia sahaja.

e. suke sangat rayau blog orang. mengomen pon nombor satu. bak kata seorang blogger, saya adalah blogger berleluasa. Huhu. Namun, atas kesibukan sedikit sekarang ini, sudah jarang untuk mengomen. Hanya blog-blog terpilih sahaja untuk ditinggalkan komen. Sila ke blog NICE kami. Haha..

f. merindui as-saad dan aktiviti di sana. pagi, usai solat kami akan berjemaah ke DH untuk sarapan. pada waktu-waktu tertentu, akan bermastautin di musolla sebab study di sana lebih aman dari RC dan chalet. malam, suka order burger Abang Hafiz. makan sama2 malam tu lepas habis solat isyak jemaah. Huhu.

g. bakal pulang ke malaysia pada 8hb June 2009. Mungkin sampai pada tarikh 9hb June 2009. Andai berkesempatan, diri akan berjaulah sekejap ke kolej untuk mengambil kembali semangat as-saad. Sudah dikhabarkan jua pada family atas kelewatan balik ke Sarawak. Tapi ini sekadar rancangan. Tiket ke sarawak belum beli lagi. Balik semula ke Belfast 26hb June 2009. InsyaALLAH.




h. sudah cintakan belfast. hikmah saya berada di sini. boleh melihat banyak perkara yang saya kira hanya boleh disimpan maknanya untuk diri sendiri sahaja. Hehe. Boleh jumpa Adam, Anas, Akiff, Azam etc. Hehe. nama bebudak lelaki je saya senaraikan..Ngeh3!baiklah, boleh jumpa Syifaa, Najwa (yang tak suke saya tu..hu3!!), dan sebagainya.

i. suka membeli barang makanan walaupun takdelah makan sangat. (hahaha!!). tidak suka shopping baju etc. Kalau terasa perlu dan baju best baru saya beli. Setakat ini lebih suka kumpul beg. Adeyh~ Suka purple.

j. sabar menjadi bunga. InsyaALLAH. (bertuahlah andai ada yang faham..hoho).


ok, cukup sepuluh.dan ini nyata, saya memang tak boleh urus masa dengan baik. Rasanya saya sudah mengambil lebih 10 minit dari target awal, 15 mins..huhu~eh2, nak tambah yang ke-11.

k. tidak suka tag sape-sape. Suke susahkan hidup kim sahaja dari sudut tag. itupun baru sekali. Hehe. Baik, kan?=)

banyak lagi yang kalian tak tahu pasal saya. Emm, saya memang sedikit berahsia. Biarlah rahsia, kan kak siti??hoho..


yang suka purple,
cik akma~

macam ibu-ibu ek??

sedang jiwang-jiwang berjalan balik ke rumah, saya berhenti la kejap sebab nak melintas tak boleh kat jalan depan universiti tu atas desakan kereta-kereta yang berpusu-pusu untuk bergerak..maka bertabahlah diri menunggu untuk membuat lintasan-y..tatkala menunggu kereta-kereta berhenti dan agak lengang, saya terpandang seorang ibu (macam orang hongkong sebab mata sepet tapi bukan puan kimlah) dan anak kecilnya yang saya kira baru berusia setahun 6 bulan 8 hari (precise kan??hoho)..

diorang berhenti kejap kat jalan pejalan kaki tempat saya berpijak tu...ibu die ni sedang buat ape entah, macam bersih-bersih troli budak tu, dan budak tu dibiar berjalan sesuka hati..haish, takut jugak tengok nye...kang tak pasal-pasal pergi jalan kat atas jalan raya terus, sudahlah kereta banyak masa tu..peranan saya, tengok ajolah aksi ibu dan anak ni..

habis sahaja si ibu melakukan tugas die pon ajak anaknya ni terus berjalan, tapi anak die ni masih bermain kat tempat tadi..ibu die jalan aje tanpa mempedulikan si anak..adeyh!!tatkala itu juga, datanglah seorang gadis sunti berdiri di sebelah saya sambil menunggu jalan raya lengang untuk membuat lintasan yang sama dengan saya..dia pon terpandang-pandang anak kecil yang berlegar-legar di sebelah kami tu..adeyh, budak ni..malas dah saya nak tengok2 budak tu, pandai2lah die pergi ikut mak die jalan yang dah menonong ke depan tu..huhu~

sedang khusyuk tengok-tengok kereta lalu-lintas, tetiba gadis sunti itu bertanya dengan yakin nye kepada saya,

"is he your child?"

saya dengan wajah blur memandang gadis itu dan tengok balik budak tadi tu yang dah nanges2 kejar mak die..masa budak tu lari-lari anak ke mak die, gadis sunti itu gelak-gelak tanda die faham soalan die ajukan tadi tu sepatutnya tak perlu ditanya kepada saya..huwaaaa!!

waaaa, ape yang berada di kotak fikiran gadis ini sampaikan boleh bertanya budak itu anak sayakah??huhu..berfikirlah saya sambil tergelak sorang-sorang di sepanjang perjalanan..saya ni ade rupe macam ibu-ibu ek??hoho~


cik ana, kakak ana balik summer ni..hehe!!


yang tetiba nak update,
cik akma~

Tuesday, February 24, 2009

saya bercerita tentang cinta

couple haram, tetapi buat juga.
[idea menulis selepas meneliti message shoutbox Muscom]


emm, khinzir haram juga. tapi tak makan pula. kalau disamakan bercouple dengan makan khinzir boleh tak??tapi, khinzir boleh dimakan masa darurat. Couple tidak pernah dibenarkan dalam istilah darurat. Yang mana lebih mulia antara khinzir dan couple??Kalau dibandingkan, khinzir yang lebih mulia kerana kita boleh makan ketika darurat, namun couple..??


Tapi saya pun teruk jugak..tengok orang couple, diam sahaja..saya lagi teruk rasanya..='(
Saya berdoa dari jauhla.. (selemah-lemah iman..huhuh)


Ya ALLAH hijabkan hati ini. Semoga rasa itu kusimpan buat si dia yang benar-benar layak untukku. Si dia yang telah
Kau ciptakan buatku. Nekad, tiada cinta haram episod ke-2 dalam kamus hidup ini. Berusaha bersungguh-sungguh menjadi baik, kerana terdapat janji ALLAH untuk mereka yang baik.


anak bujang bongsu Kak Hanie..seronok jadi budak-budak..bukan faham istilah cintun ini..


[mode lega selepas selesai tugasan satu..yang dua tengah menyusul..adui, makcik bila nak siapkan??]


yang tetiba berbicara tentang cinta,
cik akma


Sunday, February 22, 2009

testing NICE

bukan saya yang buat..macam kurang matang pulak poster ni..hehe



muslimat-muslimat Belfast


testing-testing..muslimat Belfast, ok ker??heheh..terima kasih rakan kolaborasi atas poster yang menarik ini!!=)

untuk Kak Hanie yang selalu menjenguk blog picisan ini, berNICElah dengan kasih sayang ya!!heheh..

Saturday, February 21, 2009

maaflah blog

sekali lagi, bahana ketidakkemaskinikan blog menjelma..entah di mana silapnya..maafkan diriku wahai blog eigen (hehe) kerana tidak memberi perhatian seperti dulu..kasihan dirimu yang mendapat cik rumah yang tidak pandai urus masa ini..huhu~


:prioriti sekarang:
menyiapkan nota statistik yang tidak siap-siap
aktiviti NICE yang belum tersusun (3 minggu lagi, perlu mulakan dari sekarang!)
urusan kalendar dan masak-masak
urusan lain yang perlukan kesungguhan diri


bertabahlah blog, anda akan dilayan beberapa hari lagi..jangan merajuk ya!!=)


rakan kolaborasi NICE, sarah affendi..opps, farahin rahim..hehe~


Friday, February 20, 2009

bukan rahsia cuma belum sampai waktunya

The Source of Peace

[Pejabat Setiausaha SOP]
20hb Februari 2009
25 Safar 1430H


Mungkin bagi pengunjung yang lain, tidaklah menjadi apa-apa kejutan akan hal ini kerana mereka adalah ahli YG SOP. Dan bagi pihak yang lain pula, mungkin ada yang tertanya-tanya The Source of Peace itu apa sebenarnya. Saya tiru-letak kembali ayat salah seorang moderater yahoogroup ini.


"Assalamualaikum. Semoga ukhuwah yang terbina di Kolej Yayasan UEM tidak akan putus, Moga group ini dapat menjadi medan kita bertukar pendapat, ilmu dan pengalaman. Tujuan group ini dibina adalah bagi membincangkan tentang rangka kerja kita untuk membantu program dakwah Islamiyah adik-adik kita di KYUEM, agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi cabaran di luar negara, serta bertukar pengalaman bersama-sama juniors di KYUEM."


InsyaALLAH, itulah sedikit sebanyak diskripsi yahoogroup The Source Of Peace ini. Untuk tika ini, perancangan masih giat dibincangkan bagi menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti ketika cuti musim panas nanti. Semoga perjuangan ini akan terus thabat dan redha dariNya sahajalah yang diingini oleh ahli SOP semuanya. Adik-adik KYUEM sekalian, tunggu kemunculan kami ya! InsyaALLAH.

Untuk aktiviti pertama kami, yang rasanya kecil tapi bererti akan menyusul ketika NISE yang akan berlangsung Sabtu ini, 21hb Februari 2009 di University of Leeds (universiti idaman cik rumah dahulu..huhu). Mohon kepada yang berkesempatan, moleklah berkunjung ke Gerai SOP nanti. Nampak sahaja kelibat Saudari Fatin Nabihah and the Gang di kawasan gerai-gerai esok, itulah gerai SOP! =)

Jualan kami untuk esok hari:
  • karipap
  • kuih sagu
  • kuih bakar
  • apple cobler
  • koktail
  • tart kecil
  • tart besar

Buat mereka yang berkesempatan, cubalah rasa ya! Setidak-tidaknya, mohon heboh kepada sahabat-sahabat muslimat yang lain sekiranya tidak berkesempatan. Bagi peserta nasyid pula, jangan lepaskan peluang ini! Berkunjunglah ke gerai kami itu.

InsyaALLAH penanda buku hadis akan disebar-sebarkan kepada pengunjung gerai SOP nanti! Penanda buku tersebut adalah hak cipta terpelihara ahli SOP sendiri. Alhamdulillah, SOP punya nadi penggerak yang mantap-mantap belaka contohnya nadi NISE ini. Silap tidak menghantar wakil SOP untuk berentap ketika nasyid tersebut. Hehe. Maka, jangan ketinggalan untuk mengunjunginya. Rugi kalau tak menyinggah tau! =)

Buat mereka yang telah berusaha dalam memastikan kelancaran aktiviti sulung ini, terima kasih kami ucapkan. Semoga usaha ini walaupun tidak seberapa namun insyaALLAH punya nilai di sisi Illahi. Sama-sama muhasabah dan ikhlas. Eksklusif buat Fatin and the Gang, berjuallah dengan penuh kasih sayang! Kalian mampu mengubahnya. Salam perjuangan dari ahli yang jauh ini. Senyum usah dilupa!


Jazakallah hu Khairan Kathira.


Norakma Dinen
SU SOP 09/10


Wednesday, February 18, 2009

segenggam tabah




Segenggam Tabah
In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


emm, cik rumah suka lagu ni..buat yang berduka, buat yang kecewa, janganlah diteruskan rasa itu..bangkitlah semula untuk terus berjuang..jadilah seperti camar kelukaan yang tetap terbang jua untuk mencari secicip rezeki..=)

mohon, jangan diteruskan rasa itu..jenuh sekarang pasti akan bertemu tenangnya..percayalah!! betul, hati yang luka bukan semua yang peka..namun meredah kehidupan yang sukar, jalan itu bukanlah seorang-seorang..ALLAH peneman setia..teruskan usaha tanpa henti!!


yang berdoa di kejauhan,
akma