Saturday, November 22, 2008

Bilal bin Rabah

~i love islam~


menulis dalam mood yang kurang enak ketika ini..namun dalam usaha meredakan apa yang sedang dialami..Ya ALLAH bukakan pintu hati kami untuk menerima hidayah dariMu yang sememangnya sentiasa hadir di setiap sudut ruang waktu..

nak cerita pasal Bilal bin Rabah..insyaALLAH boleh meniupkan semangat ini kembali!!saya mahu study..tak mahu masalah itu mengganggu saya!!jom2 dengar saya cerita..tapi kan, macam bakal panjang aje cerita ni..takpe2, sahabat Rasulullah s.a.w ni..jangan lemah jiwa nak bace okies!!jihad~

saya memilih untuk bercerita pasal Bilal bin Rabah sebab die adalah Bilal bin Rabah..even namenye sangat terkenal dalam kalangan kite tapi rasanya ramai yang tak tahu cerita Bilal sangat kan, termasuklah diri ini..jap2, nak letak kata ganti name ape ye untuk Bilal??'die' lah ek..

rase2 nya semua orang tahu beliau ialah muazzin di zaman Rasulullah s.a.w dahulu..tapi mari kita menyeloroti (betul ke word ini??macam celorot la pulak..hu2!!) kisah die sebelum masok Islam dahulu ok!!Bilal dahulu adalah hamba kepada Umayah bin Khalaf, ketua bani Jumah..Bilal adalah seorang Habsyi dan berkulit hitam..

Bilal mengetahui tentang Muhammad melalui orang di sekelilingnya termasuk tuan nya, Umayah sendiri tetapi perbicaraan yang didengar olehnya penuh dengan kebencian, prasangka buruk dan kemarahan..meskipun begitu, Bilal merasakan agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sangat unik dan best berbanding kondisi masyarakat pada zaman itu yang jahiliyyah..lagi pula, Bilal pon pernah mendengar Umayah dan para pembesar lainnya mengakui kemuliaan dan kejujuran Baginda..

diorang ni risau sebenarnya kaum Quraisy akan beralih ke Islam..tapi dalam masa yang sama diorang takjub dengan agama baru Rasulullah ini..pernah antara mereka berkata,'Muhammad tidak pernah berdusta, Muhammad bukan tukang sihir.Muhammad tidak gila.Namun kita HARUS menuduhnya pendusta, tukang sihir, dan gila agar masyarakat tidak berlumba-lumba untuk menganuti agama baginda..'..jelas kan??diorang mengakui keperibadian Rasulullah s.a.w yang sangat terbilang sebenarnya..tapi diorang berdegil taknak ikut atas beberapa sebab antaranya jeles sebab nabi baru, Muhammad muncul dari kalangan Bani Hasyim bukannya Bani Jumah, iaitu kabilah mereka..


~Bilal is proud to be a Muslim..how about us??~


dengan izin ALLAH, Bilal pergilah berjumpa sendiri dengan Rasulullah s.a.w dan terus masuk Islam..Pengislamannya menjadi tamparan hebat kepada Umayah bin Khalaf..entah, Umayah berasa malu dan terhina apabila hambanya ini masuk Islam..kerana itu, die terpaksalah menerima siksaan yang sangat1000x (mungkin lebih dari itu..) pedih..die dibaringkan di padang pasir yang sangat panas, dan tertindih dengan batu besar yang panas jugak..macam berada di antara dua bara api..bayangkanlah betapa kejamnya..huwaaa!!=(

siksaan kejam itu berterusan dan akan berakhir sekiranya die memuji barang sedikit pun tuhan-tuhan mereka iaitu Latta dan Uzza..namun desakan-desakan yang datang tidak langsung membuatkan Bilal berganjak dari terus menyebut, "AHAD..AHAD.."..kalau diikutkan boleh je Bilal pura-pura puji sikit, tapi die memang kental dan tidak akan memuji barang satu ayat pon..MasyaALLAH betapa hebatnya insan ini..die pon pernah kena lempar dengan batu oleh anak-anak kecil sambil dirinya terikat di tiang lampu..

dipendekkan cerita, datanglah Abu Bakar As-Siddiq untuk membeli Bilal dari Umayah ketika penyiksaan Bilal itu..Umayah pon bagi ajelah sebab bagi die dari die bunuh Bilal yang dah sangat tak bermaya, baek die pergi jual aje..dapatlah duit sikit, kan??lebih menguntungkan kekdahnye..Umayah berkata kepada Abu Bakar, "Demi tuhan Latta dan Uzza, seandainya engkau membelinya dengan satu tail emas, aku pasti memerdekakannya.."

adui, masih jugak dengan Latta dan Uzza die tu..Abu Bakar diam ajelah dan malaz nak layan si Umayah ni..tapi pastu die cakaplah, "Demi Allah,sekiranya kalian meletakkan harga 100 tail emas sekalipun, aku pasti membayarnya.."..ambek kau Umayah!!macam nak tahu pulak perasaan Umayah ketika itu..mesti rase macam, alamak ruginye tak letak 1000 tail emas!!hue3!!

maka, Abu Bakar dan Bilal pergilah menemui Rasulullah..dikhabarkan saat itu bagaikan hari raya yang sangat menggembirakan..owh3, macam panjang la pulak nak sambung lagi..setakat ini dahulu..pasti saya akan sambung!!harus tau!!don't worry!!=)

waaa, nak study!!mood kembali ok..tapi study ke tak pasni ek??hahah!!!



0 pEsAnAN: