salam kalian..mari sambung cerita Bilal..=)
sebelum itu sesape nak bace balik kisah Bilal part 1, sile scroll ke bawah..trimas2!!
Setelah Rasululullah s.a.w bersama kaum muslimin berhijrah dan menetap di madinah, Baginda pun mensyariatkan azan dan memilih Bilal sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam..ketika di Perang Badar, perang pertama yang disertai kaum muslimin lagi Bilal sudah ikut berperang..Umayah bin Khalaf,tuan Bilal yang kejam dulu tu turut menyertai peperangan ini..maka bertemu lah mereka di perang Badar ini kerana perang Badar menemukan kaum muslimin dan pasukan kafir Quraisy..
tapi kan, before tu umayah memang taknak ikut pon berperang..takut agaknya kot..tapi Uqbah bin Abi Mu'ith yang mendesaknya untuk ikut sekali..Uqbah inilah yang paling gigih mendesak Umayah untuk turut serta dalam perang Badar..
pasukan muslimin bergerak maju dalam peperangan itu sambil melaungkan kalimah "Ahad..Ahad.." yang mana kalimah itulah yang diucapkan oleh Bilal semasa penyiksaan nya yang dahulu..apalagi, Umayah cuak giler kot..sebab terlalu takut, dia mintak perlindungan dari Abdurrahman bin Auf untuk menjadikannya tawanan perang dengan harapan dia terselamat..
namun harapan itu tinggallah harapan..tanpa mempedulikan kata-kata Abdurrahman yang menghalang Bilal membunuh si Umayah, tiada kompromi, Umayah telah terbunuh di tangan Bilal..tidak timbul untuk memaafkan sahaja Umayah kerana Umayah memang layak dibunuh..Umayah dibunuh oleh Bilal bukanlah sebab peribadi, namun, pedang Umayah yang dipegangnya kala itu telah sarat dengan darah-darah kaum muslimin..maka, berakhirnya riwayat si Umayah, Uqbah pun turut terbunuh dalam perang tersebut..
Bilal sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sepanjang hidup Baginda..dialah yang menemani Rasulullah memusnahkan Latta dan Uzza..dia juga ikut serta dalam setiap peristiwa penting, menjadi muazzin, menghidupkan syiar-syiar Islam sehingga Islam berada di tempat yang tinggi di dunia..
namun setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w, Bilal berhasrat untuk tidak lagi menjadi muazzin dan hasratnya itu dikhabarkan kepada Khalifah Abu Bakar..Bilal bertindak sedemikian kerana dia ingin berjuang di medan perang sehingga syahid..pada mulanya Abu Bakar tidak setuju dengan keputusan Bilal, tetapi disebabkan tebusannya dahulu ke atas Bilal adalah kerana ALLAH, Abu Bakar membiarkan Bilal bebas memilih...
maka dari itu, Bilal telah menghabiskan sisa hidupnya untuk berperang di jalan ALLAH. Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan kerana setiap kali mengumandangkan,"Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, " pantas dia mengenangkan kenangannya bersama Baginda Rasulullah s.a.w, dan tidak dapat dikawal kesedihannya itu..
kali terakhir Bilal melaungkan azan adalah ketika Khalifah Umar mengunjungi Syam..semua kaum muslimin memohon agar Bilal mengumandangkan azan setelah tibanya waktu solat walaupun hanya sekali cuma..tatkala laungan azan itu, para sahabat yang pernah hidup bersama Rasulullah menangis kesediahan terutamanya Khalifah Umar..
dipendekkan cerita, Bilal bin Rabah, pejuang Islam yang sangat gigih membela akidah dan keimanan wafat di Syam, syahid di medan perang..hasrat Bilal tertunai jua..subhanallah..
semoga para pembaca dapatlah sedikit pengajaran dari kisah Bilal bin rabah..rujukan dari kitab karya Khalid Muhammad Khalid, 60 Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w..semoga bermanfaat~
0 pEsAnAN:
Post a Comment