Saturday, September 12, 2009

Ogos to September [Part 1]

Duration tak update: 21 Ogos - 13 September
[kiralah sendiri kalau nak kiralah..saya tak pandai kira simple maths..miahahaha~]


Bukan niat taknak update tapi internet broadband saya nih, ya ampun!!kalau lah saya nak buangkan saja, saya teruskan sahaja niat tersebut namun tak boleh..membuang broadband samelah seperti saya membuang RM267..itu nilai broadband baru yang saya beli di Lowyart awal Ogos lepas..belum campur-campur harga tiket KTM, LRT, minuman, makanan, dan sebagainya..entri kali ini insyaALLAH bakal memaparkan kehidupan saya sepanjang tempoh berkenaan [kot-kot ada yang nak tahu saya buat ape kan??=P]..


~ilham yang sangat semangat..pokok acai berry, i like!~


Awal Ogos lepas saya merantau ke KL untuk program-program bersama adik-adik KYUEM..namun sempat menghadirkan diri ke MOC sahaja..SOP dibatalkan di minggu-minggu terakhir..bait kekecewaan itu adalah jugak tapi sesungguhnya semuanya datang dari ALLAH..tapi saya gembira sepanjang bekerja untuk SOP walaupun banyak amanah tak tertunai..maaf untuk semua rakan-rakan komiti dan ahli jawatankuasa..saya sayang batch 9!!=)

Di awal perantauan ke sana diuji dengan hilangnya broadband,pendrive super penting saya dan jua pembatalan SOP..saya pon dah mati akal nak cari kat mane broadband dan pendrive itu..menyedari hilangnya mereka sewaktu sudah semalaman di kem bumi jati tersebut..apalah nasib, mungkin tercicir sewaktu di dalam komuter ke ape ke, entahlah..namun alhamdulillah kekecewaan tersebut semakin terpadam bila dapat ketemu lagi same adik-adik Batch 10 yang giler semangat walaupun minggu depannya kalian bakal mendapat result A Level yang bakal menentukan hala tuju kalian selepas itu..

Mungkin ada yang menerima ujian yang dirasakan tidak termampu untuk ditanggung namun andai YAKIN ALLAH sentiasa menguji dengan bebanan yang setimpal, insyaALLAH hati sentiasa dalam ketenangan..begitulah perasaan saya apabila diuji ketidaklepasan untuk ke universiti pilihan hati jantung pisang saya, LEEDS..namun semuanya ada hikmah..alhamdulillah saya semakin nampak hikmahnya apabila ramai adik-adik yang merujuk saya untuk hal-hal clearing..seronok membantu apa yang dapat..tambahan pula saya seronok amat tinggal di Belfast..=)


~walau di mana kalian, berGEMURUHlah!~


Rasanya perlunya saya menyambung lagi penulisan ini di lain siaran..tidak sangka 2 minggu lagi pulanglah saya ke bumi UK..terasa cepat amat masa berlalu pergi..entah apalah yang saya buat sepanjang 3 bulan di Malaysia..takpelah, farahin pon dah rindukan saya [makcik, bukaklah blog kembali kalau balik Belfast nanti!!]..semua orang rindukan saya..miahahha..insyaALLAH kita ketemu lagi di Belfast..=)

InsyaALLAH bakal kembali semula..