Wednesday, September 29, 2010

Buat Wanita Solehah

Kadang-kadang saya rasa tak puas bermesra-mesra bersama sahabat-sahabat saya yang sudah mendirikan rumah tangga ni. Satu hari nanti, kalau saya dah jumpa korang balik, saya nak peluk semua tanda sayang saya pada sahabat-sahabat semua. Entah perasaan ni datang dari mana, mengetuk-ngetuk pintu hati semenjak dua menjak ini. :)

Sarina
Kali terakhir kami berjumpa adalah pada tahun 2007 tak silap. Pernah beberapa hari stay dekat UPSI tempat beliau belajar kalau kolej bercuti. Ambik Matematik jugak kat sana. Sama-sama minat maths semasa sekolah menengah dahulu. Now, stay dekat Sabah dah ikut suami. Dan saya pun tak tahu bila kami akan bertemu kembali. Be a good wife, friend!Aku tau kau sayang sangat kat laki kau. :)

Ernie
Kali terakhir jumpa ernie adalah pada tahun 2005. Suka buli erni sewaktu sekolah menengah kat Sains Kuching dulu. Kalaulah ern masih ingat dengan kesalahan ejaannya yang selalu dulu tu, mesti mengundang gelak ketawa saja. Teringat dengan Donovan yang suka gelak besar bila jumpa kesalahan ejaan ern yang kadang-kadang boleh menjadi maksud ayat yang lain ni. Adoi, kelakar kalau kenang-kenang balik. I miss you, ern! Erni ni lah harapan kami sekawan untuk jadi driver kalau ada jalan-jalan keliling Kuching. hehe. Sekarang masih menetap di Kuching sebab suami pon duduk satu taman perumahan. :)

Athirah
Kali terakhir jumpa Athirah ialah pada bulan April 2009. Masa tu pergi Leeds, jalan-jalan. Dan masa tu lah last sembang-sembang single dengan beliau. Kalau kat kolej dulu, selalu juga bersembang-sembang rahsia dengan Athirah. Kongsi itu, kongsi ini. Tapi bila masing-masing dah jauh, lain pula tempat berkongsi cerita. Betul-betul rindu Athirah dah. Sekarang dah jadi sayap kiri seorang pejuang. Jadi isteri solehah, tyra!

Hamizah
Kali terakhir jumpa Ajah ialah April yang lalu. InsyaALLAH kalau ada jodoh, kita jumpa kat FUIYO 2010 ye ajah. Tapi jumpa di saat Ajah dah jadi isteri orang. Mungkin dah tak sama macam dulu dah. Jangan risau Ajah, kenangan persahabatan antara kita akan saya ingat sampai bila-bila. Saya akan selalu doakan kebahagian Ajah dan suami tercinta. Rindu Ajah juga. Harap bolehlah nak peluk Ajah lagi. :)

Suka bait lagu-lagu ini. Ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang dah bergelar isteri.


Buat Wanita Solehah

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
K
au hembusk
an nafas semangat
Penawar hati


Salam sayang dari sahabat kalian,
aKMA

Monday, September 27, 2010

Redha

Tak semua benda yang kita nak kat dunia ni, kita boleh dapat. Dan tak semua benda yang kita dapat, kita nak. Kan, kan?Itulah nikmat dunia.Rezeki dari Allah.

Modul Tahun Akhir sudah usai dipilih dengan yakinnya pagi tadi. Kesian advisor, Mr. P Norrington yang terpaksa melayan email-emailku yang pelik-pelik dan keanak-anakan. Sekejap email beliau nak subjek tu, sekejap tak nak. Pastu nak balik. Oh, sangat tidak tetap pendirian. Dan akhirnya 6 subjek telah pon dipilih untuk diri saya berjuang sehabis baik. Belajar elok-elok, sayang.

Untuk Semester pertama ini, 3 subjek yang dipilih ialah Quantum Theory, Partial Differential Equations dan Convergence. Belum apa-apa, cikgu Quantum cakap tadi, ada sorang pelajar fail untuk subjek ini tahun lepas. Kalau fail tahun akhir ni mana boleh proceed dah. Ya Allah, saya cuak dah. Belajar elok-elok, sayang.

Mohon hati ini sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Semat dalam hati, Allah hanya beri yang terbaik. Cuma cara diri sendiri memandang segalanya. Berbungalah hati. Bersedialah menerima segala kemungkinan. Bukan hanya untuk perjuangan belajar ini, soal rezeki, soal jodoh, soal kehidupan, memang semua akan berhadapan dengan segala kemungkinan baik kita suka mahupun tidak. Oh.


Surah Hud ayat 6:
' Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan) '


Begitulah cerita hati yang semakin resah gelisah entah kenapa. Haish tenang saja!Masa untuk memasak dengan penuh kasih sayang untuk housemates. :)



Friday, September 24, 2010

Again, congratulation!

Lepas satu, satu lagi kejutan. aish. Tapi takpelah, kejutan yang baik. Walaupun agak terkilan dengan kejutan yang datang, namun kesyukuran itu harus dipanjatkan juga. Alhamdulillah bersatu juga dua hati, Ajah dan Jpah. tahniah diucapkan. :)

Bukan senang nak tengok kawan-kawan kahwin, sekali dalam seumur hidup kot. Andai kata saya yang bakal kahwin, tak mahulah buat kejutan mendadak begini. Seminggu sebelum kahwin baru nak umum. sakit jantung orang nak terima kenyataan. Jpah dan Ajah kalau baca, jangan ambik hati naa. Buatlah lagi walimah jemput semua kawan-kawan. :P

Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Belfast hari ni, Jumaat. Kepenatan. [selingan]

Didoakan semoga perkahwinan Ajah dan Jpah diberkati Illahi dan cepat-cepat dapat anak. Tak sabar nak tengok Ajah dan Jpah junior. kurang 24 jam dari sekarang, maka diucapkan, Selamat bergelar isteri, Ajah. Moga cintanya sampai ke Syurga. :)
[ish pelik pulak cakap camni sebab kenal Jpah dan Ajah gaya mana. haha]


Sunday, September 12, 2010

Congratulation My Friend!

Teringat dulu kisah saya dan dia..kami pernah memasang angan-angan untuk duduk serumah, buat kerja sama-sama, pendek kata, tak sabar untuk melalui hidup bersama-sama..:)

Tapi, takdir yang menentukan segalanya..kami tidak dapat bersama akhirnya..saya terpaksa melanjutkan pelajaran ke Belfast sedangkan dia berjaya ke universiti idamannya..punah segala impian dan cita-cita..hati saya pon masa tu, masih remuk redam sebab tak dapat ke universiti pilihan, Leeds.

Tapi, hidup perlu diteruskan..lama-kelamaan saya redha dengan ketentuan saya di bumi Belfast..dia pon pastilah gembira dengan ketentuan yang diberikan kepadanya..dan pada waktu ini, pastinya juga dia gembira dengan takdir yang bakal ditempuhi nya 2 hari selepas entri ini ditulis..:)

Tahniah sahabatku, Athirah..semoga diberkati perkahwinan dengan pilihan hatimu..hehe tak sangka ye kau mendahuluiku walaupun kau muda dariku..:)

Semoga saya juga ditemukan jodoh dengan pilihan hati saya yang soleh juga..ameen..:)

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri

Menjelang sudah Syawal. Ramadhan sudah berlalu pergi. Huhu tak bersungguh pon untuk Ramadhan ini. Moga ditemukan lagi ramadhan seterusnya. Ameen.

Selamat Hari Raya buat sahabat handai yang jauh dan dekat. Semakin berinjak usia, suasana raya tidaklah terasa sesemeriah dahulu. Cumanya raya tahun ni amnan dah pandai berjalan. habislah kuih raya rumah ni dengan keganasan yang ada padanya. :P

Sekali lagi, Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Yang pahit dilupa, yang manis tetap dikenang. Semoga aidilfitri kalian kali ini adalah bermakna buat diri, dan semestinya aidilfitri kali ini sangat bermakna buat saya. :)

Bye bye.

Friday, September 03, 2010

Hampir ke Situ

Trauma. Itulah yang membelenggu diri saya sekarang. Sebelum itu, alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Oh sungguh lama perjalanan. Masih jetlag lagi. Sekarang ni pon masih tak dapat tidur. Tapi tengoklah pagi nanti, mesti mengantuk giler. Body clock belum sihat sepenuhnya. Huhu lepas Subuh je tidur balik, macam manalah saya ni nak dijadikan menantu? T_T

Hah ni nak cerita kisah trauma yang melanda saya 3 hari yang lepas. Sehari selepas balik tu, bangun tidur (tengah hari lepas solat Zohor, penat dowh sebab jaga amnan dan nurina pagi tu, takde orang kat rumah, dan saya memang tak cukup tidur!), kakak dah kejutkan saya untuk ke Pasar Serian. Adeh, letih teramat tapi ada urusan yang nak diselesaikan (lesen memandu kena buat semula sebab hilang hari tu dan ambil kad pengenalan. yeay!), maka saya tabahkan hati juga dengan keadaan diri yang mamai.

Nak dijadikan cerita kakak terus nak saya drive waktu tu. Saya tolak sebab takut, dah lama tak bawak, tapi dia paksa jugak. Sudahlah takde lesen masa tu. Adeh, maka saya terpaksa buat kali keberapa entah keterpaksaan ini cuba jugak memandu dalam keadaan yang mamai lagi ketakutan.

Fuh, macam mimpi ja saya, kakak dan nurina takde pape bila kereta berpusing 180 darjah, dan hampir nak langgar tiang di kaki jalan ketika mahu membelok ke simpang kiri untuk ke bangunan yang buat2 IC tu (hehe tak ingat nama). Saya sangat bersyukur takde kereta di simpang ketika saya membelok waktu tu. Inilah padahnya tak slowkan kereta bila nak membelok. Ya ALLAH, betul-betul saya trauma dah. Memang hampir ke situ, ye hampir ke situ. Anda faham? Allah masih panjangkan usia kami, alhamdulillah. :)

Saya sekarang perlukan sokongan dan keyakinan diri untuk memandu kembali. Oh please! Oh, agak serius bunyi nya kan? Tapi tanpa keyakinan, saya hanya bermimpi untuk memandu kembali. Lalala..

p/s:Emm, lagi 19hari untuk balik semula ke Belfast. Adoi, kejapnye daku balik kali ni. Takpe2, tahun depan kalau usia masih panjang, tak perlu dah hitung-hitung pulang balik. Mungkin hitung-hitung event lain plaks (balik maktab kat Penang untuk KPLI Maths masih ada, InsyaALLAH. huhu).