Trauma. Itulah yang membelenggu diri saya sekarang. Sebelum itu, alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Oh sungguh lama perjalanan. Masih jetlag lagi. Sekarang ni pon masih tak dapat tidur. Tapi tengoklah pagi nanti, mesti mengantuk giler. Body clock belum sihat sepenuhnya. Huhu lepas Subuh je tidur balik, macam manalah saya ni nak dijadikan menantu? T_T
Hah ni nak cerita kisah trauma yang melanda saya 3 hari yang lepas. Sehari selepas balik tu, bangun tidur (tengah hari lepas solat Zohor, penat dowh sebab jaga amnan dan nurina pagi tu, takde orang kat rumah, dan saya memang tak cukup tidur!), kakak dah kejutkan saya untuk ke Pasar Serian. Adeh, letih teramat tapi ada urusan yang nak diselesaikan (lesen memandu kena buat semula sebab hilang hari tu dan ambil kad pengenalan. yeay!), maka saya tabahkan hati juga dengan keadaan diri yang mamai.
Nak dijadikan cerita kakak terus nak saya drive waktu tu. Saya tolak sebab takut, dah lama tak bawak, tapi dia paksa jugak. Sudahlah takde lesen masa tu. Adeh, maka saya terpaksa buat kali keberapa entah keterpaksaan ini cuba jugak memandu dalam keadaan yang mamai lagi ketakutan.
Fuh, macam mimpi ja saya, kakak dan nurina takde pape bila kereta berpusing 180 darjah, dan hampir nak langgar tiang di kaki jalan ketika mahu membelok ke simpang kiri untuk ke bangunan yang buat2 IC tu (hehe tak ingat nama). Saya sangat bersyukur takde kereta di simpang ketika saya membelok waktu tu. Inilah padahnya tak slowkan kereta bila nak membelok. Ya ALLAH, betul-betul saya trauma dah. Memang hampir ke situ, ye hampir ke situ. Anda faham? Allah masih panjangkan usia kami, alhamdulillah. :)
Saya sekarang perlukan sokongan dan keyakinan diri untuk memandu kembali. Oh please! Oh, agak serius bunyi nya kan? Tapi tanpa keyakinan, saya hanya bermimpi untuk memandu kembali. Lalala..
p/s:Emm, lagi 19hari untuk balik semula ke Belfast. Adoi, kejapnye daku balik kali ni. Takpe2, tahun depan kalau usia masih panjang, tak perlu dah hitung-hitung pulang balik. Mungkin hitung-hitung event lain plaks (balik maktab kat Penang untuk KPLI Maths masih ada, InsyaALLAH. huhu).
0 pEsAnAN:
Post a Comment