Thursday, November 18, 2010

Banyak nak cerita

Memang banyak benda nak cerita, tentang POEMS Revisited, Hari Raya Aidiladha, dan yang paling menarik ialah sesi dialog bersama classmate tentang Islam. Sedikit yang dapat saya kongsi (ada 30mins lagi untuk kelas seterusnya)

Classmate saya ajak berbual pagi tadi. After a few intros (how are you?, how do you think about maths?' etc), she suddenly comes up with a question:

My classmate: "May I ask you about your religion?...."

Me: Yes! (dengan yakinnnya)

And the discussion begins. Bla bla bla...

Rasa kecewa sebab tak dapat explain banyak pada dia due to communication skills yang lemah. Namun, segala puji bagi Allah yang memberi peluang kepadaku untuk menerangkan sedikit tentang Islam kepada beliau. =)

Emm, bilakan mahu update blog? Nak kata busy, takdelah busy sangat. Tapi agak terkejar-kejar juga kebelakangan ini. =='

Oh Allah, berkatilah masa-masaku.

Friday, November 12, 2010

Sabar

Baru saya faham kenapa Allah memberi ganjaran yang hebat kepada hambaNya ketika bersabar dengan setiap ujian yang dihadapi.

Sabar itu sangat sukar untuk dilaksanakan tetapi setiap manusia perlu ada sifat yang mulia ini. Kerana kepayahan untuk bersabar itulah pertolongan Allah akan datang dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Bersabarlah. Bertabahlah. Bertenanglah.

InsyaALLAH akan ada sinar di hujung sana sedang menanti.





p/s: Sedar tak sedar, hanya berbaki kurang dari 8 bulan di sini. Pantasnya!



Tuesday, November 09, 2010

Usrah

Saya kenal usrah semenjak saya melanjutkan pelajaran di KYUEM. Seingat saya, saya langsung tak tahu apa itu usrah. Serius, sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah, saya tak pernah dengar perkataan ini.

Kerana itulah saya sayang sangat kolej saya ni. Walaupun pelajarnya terdiri dari pelbagai latar belakang (faham kan maksudku?), tapi saya banyak belajar tentang kehidupan di KYUEM lah. Alhamdulillah, saya bukan insan yang tak suka usrah.

Musollah lah tempat usrah pertama saya. Saya ingat lagi, hari Isnin malamnya (kan kan?), muscom akan buat usrah untuk budak2 KY. biasanya yang jadi naqib dan naqibah adalah seniors. Kadang-kadang abang kakak yang sudah grad atau belum kerap ke kolej untuk berusrah.

Seronok sangat. Sampaikan usrah Muscom tu tak cukup bagi saya. Dek kerana suka sangat nak join usrah, saya join juga usrah JIM/MSM. Haa, dari sinilah kawan-kawan cop muka kitorang seusrah ni geng kuat usrah. Hujung minggu je usrah, hujung minggu je usrah. Hehe. Sampaikan kena cop muka MSM dah. Tahu MSM tu apa? Boleh buat homework untuk cari-cari.

Teringat lagi seorang kawan saya ni menyapa saya ketika berbaris mengambil makanan pada hari ahad di Dewan Makan.

"Baru lepas usrah ke?"

Hehe betapa muka kitorang ni takde menda lain selain usrah padahal takde usrah pun sebelum tu. Aiyo.

Tetapi nak cakap nya di sini. Kadang-kadang kita tak boleh nak anggap semua orang suka usrah. Memang banyak lagi kat luar sana tak suka pon benda-benda macam ni. Alasan, diorang tahu nak jaga diri, so jangan nak menyibuk.

Golongan seperti inilah yang perlu didekati sebenarnya. Tak boleh sentiasa berada dalam zon selesa. Bagi usrah untuk orang yang nak kan usrah sahaja. Orang yang tak suka dan tak nak, biaq p la kat depa..!Dah orang taknak nak buat macam mana?

Saya akui banyak sangat rintangan dan cabaran untuk buat usrah selaku naqibah tak bertauliah ni. Tapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan cabaran Nabi dan Rasul. Dakwah Nabi Nuh yang berabad itupun hanya sedikit yang menerima Islam. Cacian dan makian yang Rasulullah saw terima juga lagi hebat dari cabaran yang daku hadapi.

Sungguh Allah pemilik hati-hati ini. Semoga ALLAH membuka hati mereka untuk mencintai dan merindui usrah. Dan naqibahnya juga perlu banyak bermuhasabah diri dan memperelokkan tingkah laku agar dapat melahirkan kader-kader dakwah yang hebat.

Semoga Allah perkenankan.








Friday, November 05, 2010

Selamat Selamat

Di pagi Syawal 1431H, sewaktu amnan memohon maaf atas segala salah silapnya pada neneknya selama ini. :P


Selamat Hari Lahir buat Mak (05 November 1962) dan Muhammad Amnan aka Adik (04 November 2008). Semoga diberkati umur kedua-duanya. Sayang mereka kerana Allah. :)

Dengan kasih sayangMu yang Maha Luas, sayangilah ibuku sepertimana dia menyayangiku sejak kecil. Dengan kasih sayangMu yang Maha Luas, jadilah amnan seorang anak yang soleh dan istiqamah dalam membantu agamaMu.

Ya Allah, jodohkanlah kami untuk bertemu lagi. Sesungguhnya kedua-duanya adalah milik Allah dan diriku juga adalah milikMu.


Thursday, November 04, 2010

Tenanglah di sana adikku

Kenal tidak, apatah lagi menyapa. Namun terasa dekat pula. Mungkin kerana KYUEM yang mengikat ingatan tersebut. Dengan doa yang kami panjatkan, Kau tempatlah dia di kalangan hamba-hambaMu yang beriman Ya ALLAH. Ampunkan dosanya, permudahkan urusannya di sana Ya Rahman.

Syazwan Asyraf, tenanglah di sana adikku. Bekas pelajar KYUEM batch ke 12. Masih berbaki beberapa bulan untuk beliau dan rakan-rakan menghabiskan sisa kehidupan di sana. Namun, perjuangannya hanya sampai di situ.

Terasa mati itu sangat dekat. Kadang-kadang sakit berzaman pun, yang sihat-sihat belaka tiba-tiba pergi menghadap Illahi terlebih dahulu. Sungguh kita manusia tidak pernah tahu urusan Allah.

Kita yang masih hidup, hargailah mereka yang disekelilingmu. Hidup ini sekejap cuma. Dan saya akan terus menyayangi mereka di sekeliling saya. Tenangkan hatiku dengan kehadiran mereka Ya ALLAH. Pinjamkan perasaan ini terus menerus melekat dalam hati. Dengan kasih sayangmu yang Maha Luas, sayangilah mereka yang menyayangiku. :)

Sayang semua kerana Allah, insyaALLAH. :)


Tuesday, November 02, 2010

Homework

Sila belajar sekuat mungkin!



Alhamdulillah hari-hari yang memenatkan sudah berlalu. Kebiasaannya malam sebelum Isnin dan Selasa adalah malam yang mengundang resah gelisah pada saya. Haa nak tahu kenapa? Sebab keesokan harinya, saya perlu menghantar homework tutorials saya.

Isnin kena hantar homework Convergence. Manakala Selasa pula, perlu menghantar 2 homework iaitu Partial Differential Equation dan Quanthum Physics. Azam saya tahun ini adalah WAJIB menghantar semua homework. Hehe sebabnya sebelum-sebelum ni saya tak buat sangat pon. =='

Jadi kenalah berubah pabila dah jadi pelajar tahun akhir ni kan. Kalau tak berubah lagi, memang tergolong dalam manusia yang rugi. Huhu. Setakat ini alhamdulillah belum ponteng kuliah/tutorial dan belum lagi tak hantar homework. =)

Tetapi kalau lambat ke kelas tu, haa tak dapat diubah lagi. Namun alhamdulillah tidaklah selalu lewat ke kelas. Kebarangkalian dalam seminggu lewat ke kelas ialah 1/12. Kira oklah kan. Walaupun homework yang dihantar tidaklah dibuat semuanya(giler susah oh!), satu soalan yang saya boleh jawab pon saya akan hantar juga.

Untuk minggu ini, saya sangat suka membuat homework yang cikgu berikan. Bukanlah bererti saya boleh jawab semuanya (jangan harap), tetapi itulah saya. Seronok bila dapat menjawab SATU soalan selepas lebih dari 4 jam mencuba.

Bayangkan saya stay di library dari pukul 6 petang sebab nak siapkan homework, sampai pukul 9 malam pun saya langsung tiada ilham nak menjawab soalannya. Maka muncullah episod duka. kadang-kadang perkara sekecil ini pon saya boleh menangis. Menangis kerana terasa diri begitu kurang pandai. Saya harap perempuan yang duduk selang satu meja dengan saya semalam tidak perasan akan babak-babak menangis itu.

Dan selepas saya berduka sebentar itu, Allah kurniakan ilham tanpa disangka-sangka. Allahuakbar! Syukur sangat dan betapa dengan doa dan pengharapan(serta usaha), Allah tunjukkan jalan keluar. Maka gembira kembalilah saya selepas itu. Tetapi seperti dijangka oleh saya sendiri, saya tak dapat menjawab semua soalan. Hehe tapi bersyukur dapat jawab beberapa soalan. =)

Teringat satu firman Allah dalam Surah An Najm ayat 43:

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.."


Sesungguhnya perasaan tersebut adalah milik Allah. Pastinya setiap kesusahan akan ada kesenangan. Semoga Allah permudahkan urusan pelajaran kita semua. =)