Sila belajar sekuat mungkin!
Isnin kena hantar homework Convergence. Manakala Selasa pula, perlu menghantar 2 homework iaitu Partial Differential Equation dan Quanthum Physics. Azam saya tahun ini adalah WAJIB menghantar semua homework. Hehe sebabnya sebelum-sebelum ni saya tak buat sangat pon. =='
Jadi kenalah berubah pabila dah jadi pelajar tahun akhir ni kan. Kalau tak berubah lagi, memang tergolong dalam manusia yang rugi. Huhu. Setakat ini alhamdulillah belum ponteng kuliah/tutorial dan belum lagi tak hantar homework. =)
Tetapi kalau lambat ke kelas tu, haa tak dapat diubah lagi. Namun alhamdulillah tidaklah selalu lewat ke kelas. Kebarangkalian dalam seminggu lewat ke kelas ialah 1/12. Kira oklah kan. Walaupun homework yang dihantar tidaklah dibuat semuanya(giler susah oh!), satu soalan yang saya boleh jawab pon saya akan hantar juga.
Untuk minggu ini, saya sangat suka membuat homework yang cikgu berikan. Bukanlah bererti saya boleh jawab semuanya (jangan harap), tetapi itulah saya. Seronok bila dapat menjawab SATU soalan selepas lebih dari 4 jam mencuba.
Bayangkan saya stay di library dari pukul 6 petang sebab nak siapkan homework, sampai pukul 9 malam pun saya langsung tiada ilham nak menjawab soalannya. Maka muncullah episod duka. kadang-kadang perkara sekecil ini pon saya boleh menangis. Menangis kerana terasa diri begitu kurang pandai. Saya harap perempuan yang duduk selang satu meja dengan saya semalam tidak perasan akan babak-babak menangis itu.
Dan selepas saya berduka sebentar itu, Allah kurniakan ilham tanpa disangka-sangka. Allahuakbar! Syukur sangat dan betapa dengan doa dan pengharapan(serta usaha), Allah tunjukkan jalan keluar. Maka gembira kembalilah saya selepas itu. Tetapi seperti dijangka oleh saya sendiri, saya tak dapat menjawab semua soalan. Hehe tapi bersyukur dapat jawab beberapa soalan. =)
Teringat satu firman Allah dalam Surah An Najm ayat 43:
"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.."
Sesungguhnya perasaan tersebut adalah milik Allah. Pastinya setiap kesusahan akan ada kesenangan. Semoga Allah permudahkan urusan pelajaran kita semua. =)
0 pEsAnAN:
Post a Comment