Friday, October 31, 2008

algebraku



salam..

adakah kalian mencari2 kehadiran blog ini beberapa jam yang lalu??heheh..ah, tak kesah..nak jugak perasan ada yang mencari dan mungkin ade yang sedih tak dapat membuka blog ini..kui3!!peace~

hal ini kerana, soalan2 pure dan statistics yang mengkehendaki saya memfokus dengan betol..dek kerana tension tak tau nak jawab, saya mengambil keputusan menutup sekejap blog..owh, adakah berkaitan??memang ade, dan biarlah sang penulis sahaja yang tahu..hehe~

alhamdulillah, tidak disangka pagi tadi dapat jua menyelesaikan masalah pure itu dengan yakinnnya..maka, homework saya siap dengan jayanya baru pagi tadi pukol 8.00 am waktu UK..dan, saya semakin suka belajar algebra ini..mencabar nak mampos!!mari menyukai satu same laen, abang algebra!!

mengharap latihan ke empat pure ini mampu menambat hati Prof Wickstead untuk memberi markah best buatku setelah sepurnama markah hampes sahaja bagi sang penulis..huwaaaa!!okies, out to lectures~

bye~



Wednesday, October 29, 2008

~perjalanan~

~azam yang suke camera..mak die mak usrah kami..kak linda yang lawak!!=)~


salam uolz..

hari ni kehidupan agak busy sedikit..semalam janji ngan nizam nak bukak BOI lepas habes kelas...owh3, ape itu BOI??Bank Of Ireland ok!!nak bukak Llyod memang mintak maaflah..bank itu tiada di sini..hu3!!yang saya tahu Ulster Bank (yang macam hampeh sket tu..he2!!), Northern Bank, Bank of Ireland dan HSBC..nak bukak HSBC tapi agak jauh dari tempatku,maka terbatallah niat itu..

Keputusan nak bukak bank baru ini sebab memang tak berapa nak tahan dah dengan Ulster, apply kali pertama kene reject, pastu apply lagi banyak hal pulak nye..adui!!dah ler saya punye akaun bukan STUDENT punye..nak mintak dia tukarkan ke STUDENT, die cakap STEP dan STUDENT account tak banyak beza so no need to change..saya pun malas dah cakap dengan die, cakap laju pulak tu..ish3, susah tau nak paham..accent orang IRISH 'mantap'!!=)..ala, macam dialek kelantan, terengganu gitu..=)

Maka lepas kelas pukol 1 tu, saya balik lah rumah dahulu untuk solat zuhur takot2 tak sempat pulak sebab asar masok pukol 2lebih..setengah jam begitu terus keluar balik untuk selesaikan urusan bank..dan pastu, kami pon plan nak lawat Kak Hani yang sedang sakit kat Belfast City Hospital..kesian kak hani..hu2!!tetibe aje saket..semoga kak hani cepat sembuh..doakan beliau sihat~


~apa yang anda perasan??apakah yang saya fokus??~


Kak hani ni dah bekeluarga anak tiga..anak2 die comel giler kot, speaking English ok!!Die ni muda lagi, belum 30 lagi kot tapi anak dah 3..cube teka die kahwen bile??18tahun ok!!adeyh~suami die ni Imam Belfast Islamic Centre jugak dahulu after Ustaz Hasrizal tak silap..sayu aje tatkala berbual dengan suami die kat hospital tadi..yelah, isteri sakit kan..kami pon tak dapat nak cakap ngan kak hani sebab die lemah sangat..hu2~

owh3, before masok hospital itu kan, kami jumpelah sepasang kekasih ini..ape yang saya sangat respect orang2 sini ialah warga2 emas kat sini sangat penyayang!!korang jalan2 ajelah di sekitar belfast ni pasti terjumpe warga2 emas yang romantik nak mampos!!jarang giler kot tengok situasi2 begini di tempat sendiri..yang ade pon, emm laen usianya..=(


~saya fokuskan 2 orang warga emas yang romantik ini..huhu~


owh3, sudahlah..esok ade class test ni..sempat lagi nak blogging..he2!!doakan saya juga..10 markah untuk final tu!!hu~bye!!


Tuesday, October 28, 2008

~Abang M~



salam2..

saya memang suke buat2 free tau..tengok ni sempat lagi nak post, cadang nak cakap banyak pulak tu..hehehhe..to blog is one of my favourites, no doubt!!takpe2, saya try nak manage masa dengan baek..'abang' applied, tunggu saya!!pasni saya menjenguk2 anda ye..(kartun pinjam term 'jenguk'..hehe!!)

sepanjang kembara ilmu bersama maths, dari darjah satu lagi (saya tak pergi tadika pon..huhu!!) sampai sekarang memang melalui sedikit perubahan..maths segalanya tentang nombor, darab, bahagi, tolak, tambah..itu masa sekolah rendah punya persepsi..dan lama jugak memegang persepsi ini terhadap maths..

even dah masok sekolah menengah pon, pandangan terhadap maths berubah sedikit..maths adalah teka-teki..tapi ketika Form 4 memang diakui maths semakin mencabar akal dan diri..Addmaths, my favourite subject masa tu, tapi betol2 tak excel..hujung tahun pon maseh dapat markah 40+..tertulis di sijil daa..huwaaa!!

dan dengan semangat yang jitu ku terus berusaha untuk mendapat grade yang baek untuk Addmaths di kala form 5..alhamdulillah kerja keras berbaloi jugak..jarang sekali untuk dapat C dan ke bawah selepas itu..saya salah seorang antara yang dapat markah cukup baek jugak kalau subjek Addmaths (bukan memuji diri sendiri,hanya menceritakan cerita..hu2!!) dan sering dijadikan tempat rujukan rakan2..owh, best giler menolong menjawab soalan!!Imran, we always fight for Addmaths kan??Halfi, Staind (my silent readers), don't tell Imran bout this..ha3!!shhhh..

pastu masok kolej (malas nak cerita pasal maths di Matrikulasi..panjang pulak ceritanye nanti..), Maths terus membunuh jiwa dan raga..walaupun begitu, sayang saya padanya memang tak luntur..sebab itu saya firm nak ambik Further walaupun saya tahu amat subject itu pembunuh segala subject..hahahah!!ah tak kesah..dan ketika jangka ini juga, persepsi terhadap maths berubah..maths bukan hanya nombor dan kira2, ianya adalah aplikasi kehidupan..

terus berganjak ke dunia mathsku di Queens Belfast..owh, bukan sekadar aplikasi rupanya, tapi maths memainkan perasaan!!mungkin anda tidak menyedari bagaimana maths bisa mencuit perasaan kalian..kalau saya, baru2 jugak disedari..maths boleh membuat saya menangis, terhibur, sayang, cinta, dan termimpi2..


Menangis= tidak dapat menjawab soalan yang diberikan..maths make me cry!!boleh moody deyh..='(
Terhibur= tatkala menjawab dengan baek..sangat gembira!!=)
Sayang= dari dulu lagi memang sayang..ciri-ciri guru kesayangan pasti sekali yang ajar maths, tiada guru laen..heheh~
Cinta= dari dulu lagi memang cinta..heheh~
Termimpi-mimpi= masok tidur pon boleh mimpi macam mane nak selesaikan soalan yang tak dapat dijawab..cess3!!


Ubahlah persepsi, maths bukan hanya nombor dan pengiraan, tapi maths memainkan perasaan..dan bagi yang tak suke maths tu, benci kan perasaan??=)




p/s: entri ini dibuat kerana markah pure yang 'hebat' sebenarnya..=(..(M for Maths actually..)

Monday, October 27, 2008

daie nada

Sejuta Harapan - Dai Nada

~sila klik untuk mendengar..=)~

La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam jalanku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu


owh3, kite dengar lagu ajelah minggu ni nak??sedang try untuk menyibukkan diri untuk class test applied khamis ni sebenarnya..huwaaa!!10 markah untuk final sem tu..banyak weyh!!jadi macam 'dalam dilema' (pergh..title entri bukanfahri pulak..) untuk mengepost lebih panjang..terasa bersalah pulak kalau lebih ke mengupdate..=)..tapi macam selalu jugak diri ini belayar2..cess3!!

btw, hayatilah lagu ini..best2!!even kat blog syara pon ade, tapi nak jugak!!heheh..nice yet meaningful..Ya ALLAH, terangilah GELAP HITAM hatiku..huhu~

fighting!!

Sunday, October 26, 2008

gadis sarawak

~saya gadis sarawak!!huhu, rindu rinaaa..=(~

salam2..

entah kenape tetibe nak buat entri ni..ajakan dari 'syu***' kot..owh, biarlah rahsia..teringat kat kampung halaman..ececeh..memang gadis sarawak!!=)..enjoy the songs and pictures~


Gadis Sarawak - Hasnol


Damai
Sedamai bumi tercinta
Indah
Seindah wajahmu tersenyum
Tenang dihembus nan bayu

Pertama kali kuhampir
Di bumimu yang permai dengan senyum terukir
Wajah-wajah seindah bunga yang mekar
Menghias kotamu bagai dalam taman nirwana

Begitu ayu wajahmu
Dalam air terbayang kini satu persatu
Jari-jari halusmu lemah gemalai
Siapa melihat kan terbuai

Senyum...
Senyumlah buatku tetamu yang baru
Biarlah kemesraan kini kan berpadu

Ingin Rasanya kubawa pulang bersama-sama
Sayangnya bagaikan jinak merpati
Makin kuhampiri makin kau ketepi

Gadis gadis Sarawak
Oh yeah
Oh Si Manis Sarawak
Oh yeah
Kini hati terpikat

Budaya tetap disanjung
Begitulah resamnya dari dulu menurun
Biar zaman berubah namun ternyata
Kau tetap menjaga dengan penuh rasa bangganya

Rindunya bukan kepalang
Terpesona padamu gadis Bumi Kenyalang
Hingga kini menjadi satu igauan
Dalam lena wajahmu kuterpandang



~my town..not yours!!hahah~

teringat ketika misi mencari kim ketika group bakti kenyalang bersiar2 di bandar kuching dahulu..dikatanya dia berada dekat dengan Hotel HILTON..penat pusing2 cari, rupanya jauh dari hotel itu!!maen tengok menara tinggi aje puan kim ni..harus saya pengsan ulang alik mencari..puan kim, hilang sekilo tau berat saya masa tu!!ganti balek!!kui3~bangunan kaler putih tuh la Hotel HILTON..


~made in sarawak..a place like no other!!~

owh, saya sangat suke pergi sini dari dulu lagi..memang bajet bukan orang sarawak , macam pelancong dari semenanjung lagaknya ketika menyinggah..kui3!!pernah makcik kedai kraftangan di sini berkomunikasi denganku dalam bahasa semenanjung...maka itu, saya layan ajelah..hahah!!



Bold~muzium cina~

walaupun muzium ini letaknya dekat saja dengan rumah beta, untuk jangkamasa 21 tahun hidup di sana, tidak pernah rasanya menjejakkan kaki kedalamnya even sekalipon..memang terbuang..bosanlah pergi muzium..hehe~harus untuk sesiapa yang mahu ke kuching, jangan ajak saya bawak kalian pergi muzium..ha3!!sangat jahat~

berbalik kepada lagu di atas, adakah kena lirik lagunya dengan saya??owh, si MANIS sarawak??macam tau2 aje saya manis..hahahha!!ah, malu lah bace lirik lagu ni!!memang kene dengan saya..wah, malu2!!=)..

=)..blushing~


Saturday, October 25, 2008

Back to GMT!!



salam2..

satu info telah diketahui hari ini..biarpon Encik Taufik (Vice Pres QMC) tak bagi saya email pasal benda ni (warghhh..terbuang!!!), tapi naseb baek cik wal kestau..kalau tak terlambat la saya nak subuh besok..hue3~telah pon puan ensyirahakim (bukan nama betol..) mengkhabarkan kepada umum di blognya, namun saya nak jugak ambil port untuk mengepost pasal perkara ini..hoho, nak jugakkkk!!kui3~

We back to our Greenwich Mean Time!!(harus pali bangga..pergh!!)

Saturday, 25 October 2008
23:18:31 / 11:18:31 p.m.

ketika sampai di UK, kita semua gune BST rupenye..hoho, harusku terbuang!!baru tahu..rujuk link ni untuk mengetahui..pakcik pali bangga lagiii!!perghhhhhh~


~siapa nak tukar jarum jam kat sini??saudara 'ustazpaliperasanfahri' kah??he2~


padanlah ketika saya sembang2 dengan warga2 UK dahulu, bila ditanya pukol berapakah waktu UK, beza masa ketika itu rasanya 8jam..tapi tengok2, datang sini 7jam je beza..tidaklah diberitahu kehairanan ini kepada sesiapa..disimpan jua di dalam hatiku yang murni..(peghasan!!)

kini, kehairanan terjawab..owh3, begitu rupanya..kami sini nak masok winter!!winter coat tak beli lagiii..mak ai, kesejokan la saya..malaznye nak pergi city..survey2 kat primark dahulu, tak nampak pulak winter coat purple..owh3, adakah sesuai memakai winter coat kaler purple??heheh..ah, biarlah rahsia~


LINK2 untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan DAYLIGHT SAVING TIME..klik2, insyaALLAH tak rugi..kita tambah info sedikit..hehe~

INFO 1
INFO2


Maka ini, beza UK dan Malaysia dari segi tempoh masa adalah (10-2) jam..hu2, banyak nye beza!!mari gunakan pertambahan satu jam ini dengan baek!!jom2..(huh, bajet kiasu!!)..kalian, jangan lupa ubah masa jam anda!!=)

to orang2 greenwich memandangkan anda berada di tempat penentuan jam dunia, apakah significance nya pakcik William Willet memperkenalkan perkara ini??owh, kehairanan~daaa!!


belfast ade town..



~area2 city..kedai dekat2 aje..mall kureng~

salam2...

kali ini saya ingin membawa kalian menjelajah town BELFAST dan menyelongkar aktiviti hujung minggu saya seperti yang dipinta oleh seorang pengunjung blog ini, yang hanya mahu dikenali sebagai 'bro'..hue3!!tapi terfikir jugak, memang tak pernah cerita pon..bagus2, ada jugak idea nak update..=)


~memang orang cni jalan aje kerja mereka..huhu!!~


Belfast ade town tau!!jangan remeh2kan kemajuan Belfast..cess3~hahahha!!tapi kalau tambah tolak segala, macam tak sampai sepuloh kali jugak saya ke city..alamak, nak cerita ape ye??saya memang tak gemar sangat nak ke town sebabnye, saya ni penjimat-kipas-mati..duet rakyat kan, kena fikir jugak tu..huwaaa!!


~suasana city..~


kalau hujung minggu ada jugaklah plan nak pergi ke city..tapi kalau takde sebab saya memang malas nak pergi..dengan kesejukan, meredah hujan (kalau hujanlah..), memang tawar hati sikit..hari ahad pulak terkadang pergi jugak ke carboot..di carboot ni bawak beberapa pound pon boleh sebab tersangat murah barangannya..tapi semua barangan terpakai kot..tapi paling saya suke stokin purple!!nanti nak letak picnya, tak basuh lagi stokin tu..kui3~


~jalan2 ke city..~


barang rumah a.k.a sayur-mayur, buah-buahan segala, biasa beli kat tesco jer..sangatlah dekat dengan rumah kami..dalam 5-10 minit boleh sampai kot..nanti nak try pergi tempat satu lagi dekat school chemistry..wal cakap situ pon cambest gak..nanti explore..maaflah, even dah sebulan lebih kat sini, banyak benda saya tak tahu sebenarnya..yang saya tau, city-rumah, rumah-school, rumah-botanic..itu aje kot..hu~


~tesco dari jauh~

kat town a.k.a city centre ni pulak, tempat paling jimat nak beli baju sejuk ke, baju pape aje ke, seluar ke, pastinya primark sajo..wah, suke2!!murah2 berbanding tempat laen..jadi mari ke primark aje..tak serabut nak keluarkan duet..kite kene jimat!!btw, kat carboot pon banyak baju canteq2 lagi, boleh jugak beli kat sana..ha3!!


~primark..tengok2, ramaikan??he2!!murah2~


anyway, nak sampai ke city boleh jalan kaki aje..seperti yang diwar-warkan sebelom ini, memang dalam 20-25 minit jugak nak sampainye..pakai bus pon boleh jugak..best jugaklah pakai bus, sebab first time jumpa bus due tingkat kan??hahah!!dan, penumpang2 sini sangatlah baek, keluar dari bus je ucap thank you kat pemandu bus..wah, jarang nak jumpe situasi ini di Malaysia, mungkin Kuching pon takde budaya ini..=(


~bus belfast..tambang GBP1.30~


hujung minggu jugak saya jarang nak habeskan untuk pergi ke mana-mana..dudok bilik aje, tu pasal tak tahu sangat pasal Belfast ni..hu2!!nanti try explore dan dapat kan maklumat lagi, saya cerita lagi..saya memang suke dudok dalam bilik..dating dengan kinder bueno sambil study (kaburi mata..) pon best jugak..hahah!!

nanti saya add lagi any info yang perlu okies!!hari ni ade open house lagiiiiii....semangat2!!esok pon ade jugak..semangat lagi!!=)..enjoy da pictures..

~wal yang gagah berjalan..hehe!!~

Friday, October 24, 2008

QUEENS CHENTAKU

~THE QUEEN'S UNIVERSITY OF BELFAST~

salam2..

bertemu lagi Jumaat..tido belajar,tido belajar (ganti pejam celik..), dah masok Jumaat kelima nampaknya saya dan rakan-rakan di Belfast ini..huhu!!esok harus kami cuti, dan jemputan ke open house maseh ada lagi..ha3!!seronok2, dapat makan free..tujuan lain, merapatkan ukhwah sesama warga2 Belfast jugak (kenyataan standard..)..

dan memang saya jangka, assignment minggu kedua saya memang agak tak best..arghh, markah tak best!!harus saya berusaha lagi!!tapi, tengok assignment baru minggu ke4 ni, makin horror nampaknya!!mencabar sungguh..khamis depan pon, P.Norrington nak buat class test untuk applied..bayangkanlah, ada 20 soalan, tapi markah penuh hanya 10!!dan markah ini akan dengan sukacitanya bakal ditambah untuk final semester kami...=(

Mari saya cerita sedikit pasal sistem belajar di sini..namun, rasa macam fokus untuk maths banyak la sebab saya ambik maths..entri khas untuk yang tegar membaca selok-belok belajar di sini..bagi yang malaz pulak, baca title dan tengok gambar aje..hehe~

*saya ambil 3subjek kat sini..PURE MATHS, APPLIED MATHS, dan STATISTICS..dan diumumkan tiadalah pelajaran elektif-kolektif untuk Queens..macam uni laen (mungkin certain aje..) kena ambik subjek elektif untuk tambah kredit mereka..tapi, Queens tak mengamalkan sistem begitu..hanya berpandukan exam final dan assignment sahaja..tapi tutorial dan kuliah kena datang!!hehe,mestilahkan..masa ni la kena kuat bertanya, sebab lecturer ade di depan mata..untuk kelas APPLIED dan STAT , kakak postgrade yang ajar..mereka sangat baek!!canteq pulak tu..hue3!!


~school untuk bebudak biology, medic dan pharmacy~


*assignment jangan harap takde dalam minggu tersebut..harus setiap minggu ade okies!!tempoh membuat hanya seminggu je..terimalah cabaran ketika menjawab soalan nya nanti..kenapa cabaran??susah!!kadang2, subtopik tak masok lagi, soalan subtopik itu dah muncul dalam kertas soalan..jadi, kena bersungguh2 dan cari alternatif macam mane nak buat..memang selalu perkara begini berlaku..tapi kalau lihat dari sudut positif, soalan itu boleh membuat kita lebeh berfikir dan tidak terlalu bergantung pada penyelesaian orang laen..kite kan belajar, salah pon tak ape..asalkan tahu 'belajar melalui kesilapan..'..

*lecturers kat sini akan bagi satu hari khas untuk sesiapa aje yang nak bertanyakan ape2 aje kesusahan yang dialami semasa study di sini..benda alah ni dipanggil 'SURGERIES'..ala2, pembedahan gitu..ala, term die aje..jangan gabra!!datang tak datang tak kisah..kalau nak, datang..kalau taknak, tak ape..setakat ini, saya tak pernah pergi lagi sebab saya memang hampeh!!masih takut..ha3!!


~school untuk bebudak chemistry dan chemical engine~


*setiap orang jugak ada personal tutor memasing..biasenye pihak queens akan arrange, malaysian akan disatukan dalam tutorial tersebut..tapi ikut course lah..memandangkan saya seorang aje terkontang-kanting bersama maths di sini, maka tiadalah teman se'personal tutor' saya..boleh jumpe die kalau ade masalah..study ke, life kat uni ke..personal tutor saya, Paul Delaney..die sangat hensem!!!tua2 pon hensem lagi..cess!!

*dalam seminggu ada 15jam untuk pergi kuliah dan tutorial..setiap subjek ambek 4jam, dan tutorial masing2 sejam aje..tapi memang lepak la kot masa nya..tak macam uni laen yang terlalu pack jadual..harus kubersyukur!!
start kelas pulak paling banyak pukol 10 pagi..saya hari2 pulang pukol 1 petang..cuma hari isnin aje, pukol 4 harus pergi ke tutorial statistics..


~school saya kat main building..tu pasal jauh sedikit..hue3~

*kokurikulum kat sini tak wajib..kelab2 pon tak..jadi, sukahati anda nak masok kelab ke tak ke..saya masoklah jugak..itupon satu je..Queen's Malay Club..mungkin ini kelab wajib..kui3!!saya tak berapa gemar untuk bercerita pasal sukan-mukan ni..jadi, kalau nak kurus tanpa masok sebarang sukan, anda kena rancang sendiri!!huu~

*seperti mana saya selalu potpet dalam entri sebelum2 ini, jarak masa ke school saya 'hanya' 15minit sahaja..amboi, hanyalah sangat!!diorang laen mungkin 5-10 minit je kalau jalan pergi school..laenlah kalau saya berlari pergi ke school, mungkin ambil masa 5 minit aje..takpe2, inilah masa untuk exercise!!=)


~perjalanan ke David Bates Building~


*istilah kantoi mase study pulak..emm, memang ade kedengaran yang kantoi..saya pon takot nak bercerita pasal benda ni..tapi harap2 kite kena alert lah, datang UK nak belajar..usaha aje dulu, kantoi belakang cerita...kalau rase usaha tak cukup, kena buat sesuatu..nasihat khas untuk diri sendiri..huhu!!saya lebih berdikari di sini..yelah, nak tanye kawan pon susah, nak tanye senior pon diorang sibuk jugak (takut mengganggu..), jadi kena struggle!!tapi saya tak berapa kiasulah..huwaaaa!!

*Belfast tak ade bil air, tapi elektrik agak mahal sedikt lah..huwaa3!!rumah2 murah, maka sekiranya ada yang nak tinggal di hall, baek jangan..sewa aje rumah, dapatlah jimat sedikit..lagipun dengarnye, jarak hall ke school agak jauh kalau compare dari rumah..mahal jugaklah tinggal kat hall..huhu~


~salam ikhlas dari kami, warga2 muda belfast..hehe~


itu aje rasenye.
.nanti kalau ade pertambahan, insyaALLAH akan ditambahkan..hue3~


Thursday, October 23, 2008

mode:siti nurhaliza

MELAWAN KESEPIAN


Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

walaupun busy yang amat, cekal jua mengepost sedikit sebanyak..ha3!!owh3, saya sangat suka lirik lagu ini..sangat meaningful!!memang kena sedikit sebanyak dengan hidupku yang sepi sedikit..semoga kepergian LEEDS takkan merubah apapun...semoga kepergianmu jua mampu untukku melawan segala kesepian..berjalanlah tanpa henti!!

puan kim, jangan sedih datuk K menduakan CT!! (tetibe bergosip..owh3!!ni semua gara2 puan quiyah punya entri..he3!!)..owh CT, tabahlah..berjalanlah tanpa henti ye kak!!huhu~ (maseh berharap itu hanya gosip..)..saya memang elergik pada madu dan kecurangan!!wanita~

saya SAYANG BELFAST!!ok, mahu masak..jangan tak percaya!!hue3~

=)

getting busy

~jemaah ISLAM~

salam2..

rasanya untuk entri kali ini saya tidak bercadang untuk bercakap lebih panjang..owh3, saya sangat sibukkkkkkkk!!busy, busy dan busy dengan urusan ilmu...ceyh, membajet aje!!tapi dalam busy2 tu, terselit hikmah yang mungkin saya terlepas pandang..memang sangat best membusykan diri..tak pikir sangat nak balik, tak pikir sangat pasal ape2 ajelah..yang kena pikir sikit ialah assignment yang susah!!hahahah~

pernah diadukan kepada rakan2 seperjuangan, my life is getting busy dari hari ke hari..ilmu dibelajar semakin susah..tapi dengan tenang mereka menjawab, kalau tak semakin susah bukanlah belajar namanya..memang begitu lumrah dunia..takkan nak ilmu statik aje kan..harus sampai ke kemuncak..

owh betul jugak kata2 mereka..takkan nak belajar histogram beratus2 kali, tolak dan tambah biasa hari2, ogif saban minggu kan, kena belajar yang dalam lagi..kalau tak macam mana nak maju yer dak??owh trimas akan peringatan kalian2 semua..sungguh meraban diri ini, hari2 meraung assignment susah..harus anda berusaha akma!!

esok dah kena hantar pure dan statistics, hari ni pulak kena hantar applied..emm, pure and stat, macam takde progress!!adush~bye!!


~sekadar hiasan..bumi ciptaan ALLAH~


Tuesday, October 21, 2008

Terus FIGHTING!!

~Huettemann yang best, tapi pure yang susah..huhu!!~

salam2..

hari ni sangat tak tahu nak describe camna..bosan ada jugak, hampagas ada jugak, best macam sikit je yang best, semuanya bercampur-gaul menjadi satu..fuh3!!sudahla lupe student card kat rumah, tak jadi pulak nak kiasu di library..masok library nak tak nak kena ade student card baru boleh masok..tidak kiralah anda dari dulu sampai sekarang *penghuni tetap library*, kena jugak bawa yer..

ah, student card saya tak lawa jadi taknak attach kat entry ini..kepala saya senget dalam card tu, ke memang tahu2 je saya senget??mungkin gambar kat student card itu ikut tuan jugak kot..huhu!!tak guna punye student card, tahu pulak dia!!biarkan student card saya yang hampeh itu..


~bantuin gue!!tak tahu nak jawab ni..huhu!!~


disebabkan jarak rumah dan school mengambil masa 15minit untuk sampainye, saya tidaklah bercadang untuk balik walaupun ada sejam interval untuk tutorial pure..owh3, tutorial yang paling tak best sebab Prof Wickstead akan bagi assignment minggu lepas beserta markahnye..dan, agak dah...memang markah tak bestlah sebab assignment minggu lepas sangat susah!!dan minggu ni punya lagi horror nak jawab..aduima~

untuk sejam rehat itu, saya pergilah singgah kejap di Queen's Bookshop..memang dari dulu lagi nak beli buku yang satu ni, tapi maseh tak yakin membelinya..takot pulak macam tak best ke, tak banyak contoh ke, tak paham cara kerja ke dan semuanyalah, maka pertangguhan membeli seringkali berlaku..owh3, setelah kali ketiga memegangnya, walaupun terbelek-belek jugak buku laen di situ selama hampir setengah jam, saya pon nekad membelinya..semoga anda berguna buat saya buku!!=)


~buku pertama dibeli..nak beli buku laen lagi..takottttt~


dan nekad nak memulakan assignment pure itu tatkala balik ke rumah, berkobar-kobar..tapi itulah, memang sangat banyak yang menghalang..tengok question, huwaaa, tak tahu!!maka terus beralih ke applied..applied pon satu gak, notes lecturer pon tak membantu..ape perlu saya buat??takkan nak mintak tolong Unity Amoaku (tak jumpa dah makcik ni..huhu!!)..hampir sejam mencari jawapan di internet tapi still tak habes gak..takpe2, kite usaha lagi!!fighting!!

hari ni sangat letih memikirkan pengajianku yang semakin susah..tengok past paper pon gerun..ish3, perlu mula mengulangkaji past papers ni!!tolonggggggg!!terdetik jugak di hati..alangkah indah kalau ada kawan jugak satu course di sini..tapi apakan daya, saya perlu berdiri sendiri!!
saya nak kawan!!kawan, taknak saya ke??amat malu memulakan perkawanan dengan orang local..sebab tu takde kawan..ambek kau..ha3!!


~damainya bumi QUB~

fighting!!!!

pertambahan...


kalau diperhatikan blog ini, terdapat satu elemen baru diserapkan (sungguh bahasa jiwa bangsa..) di sebelah bawah tin jerit saya yang bertajuk *tin jerit 2*..diperkenalkan oleh salah seorang blogger KY jugak, maaf nama beliau dirahsiakan kerana takut menimbulkan kontroversi murahan..heheh~

mudah aje nak gune
tin jerit 2 ni..taip nickname anda ,sila klik nickname itu, dan taiplah nama yang anda gemari..bagi saya, eloklah meletakkan nama yang saya ketahui, moga tidak berlaku sebarang prasangka buruk yang tak best..kui3~

setelah itu taiplah message sesuka hati anda..nak hina ke, nak puji ke, nak bagi bunga ke (oppss...), ayat2 cinta ke (owh jangan buat!!hanya berseloroh di sini..kui3!!), tiada hal nya kerana hanya saya seorang sahaja yang baca..yang laen tak dapat bace okies!!!private messagela kekdahnye~

untuk sesiapa nak try, trylah..kot2 ade yang malu2 nak shout kan sebelom ni..ade hal2 private nak kestau saya ke..boleh2, shout je gune
tin jerit 2 ni, saya aje yang terima dan baca..akan mereply yang shout tatkala online..tapi kalau saya offline macam tak dapat nak terima je..owh tak mencuba pulak..akan dihebahkan dari semasa ke semasa..peace~


=)

Monday, October 20, 2008

rumus2..cepat try!!

~pic kecik je okies!!~

salam2..

telah menemui satu rumus cukup best tatkala bersembang dengan puan alida (bukan nama sebenar..)..oho, seronoknya!!nak kestau Huettemann!!kalau mr alderson tahu ni pasti die bangga ngan saya..sukeee!!~untuk yang di luar sana kecuali (ada pengecualian di sini!!hehe~), puan alida dan puan wani manchestoq jangan bising2!!tolong beri kerjasama..heheh~

soalan nya:

apakah yang akan terjadi sekiranya noktah bertindih *:* dan huruf kecik *x* di satukan??

hint: untuk mendapat jawapan sila masok ym..heheh!!

sape tahu jawapannya saya kasi kinder bueno satu..tapi kena tuntut dalam masa sehari aje lah..mai belfast kalau yang jauh tu tahu!!(terselamat kinder buenoku kalau yang dapat teka jauh dari belfast..)..moga2, housemateku x tahu pon jawapan ni..heheh~

untuk pakcik pali, saya menanti post rumus2 pembuktian anda adalah FAHRI!!hehhe..sibuklah sampai sebulan, pastu lupe..maka anda bukanlah FAHRI..yessss!!

itu aje untuk kali ini..cerita hari ni tak best..esok lusa saya cerita ye..tata!!


~klik untuk gambaran besar..huhu~

Sunday, October 19, 2008

.:12345:.


~city hall~

salam2..

hari ni kami ke city lagi..owh3, harus ke city bertujuan..kalau tidak bakal terboros..hu3!!tujuan utama adalah membeli printer..tujuan sampingan saya adalah membeli kinder bueno..oho2, hudus punya tujuan kedua!!ini peluang berada di city tau!!tesco di city kinder bueno murah lagi..maka pemborongan berlaku..kakak cashier, jangan hairan saya beli banyak!!tugas anda kire dan ambil duet aje tau..hueya~

pembelian printer berlaku di argos..dan di dalam perjalanan sempatlah lagi mengambil gambar entahpape untuk dijadikan koleksi suka-duka belfast..ececeh!!dan sebelum sampai di argos juga, kami sempatlah lalu kejap di LEEDS..oho, kak reym!!saya dah sampai LEEDS!!heheh~lihat saja LEEDS apa di bawah ni..=)


~saya pon kurang memastikan LEEDS berkenaan..biarlah..ha3!!~


printer Canon ini berharga GBP29.90 aje..inkjet gitu..jadi macam tidaklah berapa rugi sangat tak membeli yang all-in-one Canon yang satu lagi tu (pakcik pali beli yang tu kot..)..owh3, dah boleh gune printer ni, bolehlah saya memerin (kata kerja untuk print..)..dan, dengan sesuka hatinya (sebab printer hak mutlak saya..), saya memerin benda2 yang tidaklah penting sangat, tapi bolehlah penting..he3!!


~inilah printer saya..machokan??emm~


~cubaan pertama saya..print title utk file aje..sistematikkan??hahahah!!~

untuk cik mira yang berada di perantauan, mahu tengok laptop saya ke??baekslah...permintaan anda saya tunaikan..he3!!tapi dari jarak jauh je, sebab printer saya pon nak masok sekali dalam gambar..ish3, manja!!kecikkan meja studyku??meja study ke??meja blogspot, meja ym, meja frenster kot..aduih~


`~bercita-cita untuk menjadikan meja ini sebagai meja kiasu!!='(~


dah2, itu aje..tata!!~


saya......='(

~owh memang autumn in my heart jalan ni..hueya~

salam2..

emm, semalam hari ni dan juga mungkin esok macam takkan kiasu aje..tengok assignment kejap, kot2 nak try buat before lecturer terangkan during tutorial nanti, asyik sesuku jalan aje..itula hang, sape suroh tengok solution sheet untuk exercise minggu lepas??kan dah kurang semangat..ahhh, alasanku indah tak belaka!!

memang2, tengok solution sheet lecturer bagi untuk exercise minggu lepas memang menghorrorkan daku..adui, berapalah markah saya dapat nanti??macam banyak salah aje..pureeeeeee!!napelah serabut sangat nak belajarnye??lantas saya terus menonton cerita di alam maya..aduih!!memang kurangdanhampir2 tak semangat!!

oho, saya sesaje je nak memblogging tanpa motif ni..mari meneka status ym saya (takde kerja orang nak teka status ym ko makcik!!) kalau terror!!tapi pastilah skema jawapan hanya saya dan ALLAH aje yang tahu..=)

status ym: saya..............='(


memang2, banyak yang boleh saya isi di tempat kosong2 itu..seperti:

saya hendak ke primark tapi perlu berjimat ='(

saya mahu pandai masak!! ='(

saya berdoa supaya account bank akan settle minggu ni ='(

saya mahu kiasu tapi macam malaz hari2..='(
..........
...
..
..
and the list goes on..infinity!!

*namun jawapan hati tetap satu..huhu!!*



~no ball games..apakah??~


melihat kepada pernyataan2 saya di atas, banyak benar statement berupa keinginan kalau diperhatikan..dan hanya word 'saya' yang sama dalam sekalian ayat..ape sebenarnya point saya ni??oho, sangat melalut!!

mari terus ke main point..dan kata2 ini mungkin boleh menggambarkan seluruh maksud entri dan sedikit hint untuk status ym ku itu..selamat meneka!!kalau ade yang nak teka lah..kui3!!

"We never get what we want, we never want what we get, we never like what we have, still we live and love..this is life!!If ALLAH brings you through it, He will bring you to it!!"


**definisi keinginan, kurang bersyukur ataupun fitrah untuk memiliki??**



Saturday, October 18, 2008

sorry to them



penulisan kecil buat sahabat2 yang besar hatinya..heheh~

untuk yang berkenaan,

aku mintak maaf banyak2..aku try to figure out kenape boleh jadi begini ye..kesian pulak dengarnye..huwaaaa!!rasa bersalah jugaklah..tapi aku pon takde idea kenape perkara ini boleh berlaku..sebab semuanya tak berlaku kepada kami...huhu~

due to TELETOP baru2 ini, mungkin ada yang sedang menggunakan khidmatnya, dan aku pon tak tahu kenape kredit kalian tertolak due2 (maaf, hanya yang menggunakan khidmat ini sahaja yang paham..heheh!!malas ulas..)..dengan sedihnya diumumkan, aku pon tengah tension sekarang sebab kredit aku still tak jatuh2 even kol banyak kali..kol area UK pon x jatuh..hanya jatuh bedebuk bile message..hehe!!tapi macam negligible jugak ar sebab aku jarang message sebab kol free je..

anda boleh access link web ini untuk mengetahui lebih lanjut..dengan hati yang ikhlas, tiada niat untuk saya menipu..a reminder to sumone..kui3!!baek2, kalau korang datang aku masak sebagai ganti rugi!!cesss~ikhlaskan hati~

untuk itu, aku mahu memintak maaf ikhlas dari hati nurani sebab aku yang promot pasal teletop ni..kenapelah korang menjadi mangsa keadaan, ke ade sumthing termiss yang punya kaitan untuk memfreekan diri ye??nanti aku try siasat pasal perkara ini..huwaaa~

baru lepas kol makcik ajah..pon kredit tak jatuh jugak..arghhhhh!!tension!!
kredit ini dapat gune setahun la gamaknye..yessss!!




~boleh ker kami tukar uni ni??huhu!!kasi cemerlang first year dulu..insyaALLAH~


~bakti kenyalang..heheh~


(penulis berhajat nak plan tukar uni..ajah pali, jom g leeds!!nak g leeds!!ceyh, macam mimpi..tapi, telah jatuh hati dengan belfast..he3!!ajah cakap die nak try buat dulu..heheh..semoga berjaya!!ameen~)


mari menceritakan

~bumi Queens yang damai..autumn gitu~

salam2..

hoho, semalam kami2 pergi malam quran di rumah kak lida..huiyo, muka kak lida macam maseh muda aja tapi dia dah kahwin dah ler dengan doktor kelulusan Queens...adeyh, apsal macam doktor2 aje kawen awal ni??opppssss~harus saya speku cik athirr, kak fer, pakcik hazman, pakcik fiqry dan sewaktu2 doktor dengannya atas *experiment pemerhatian* yang saya jalankan sekarang..kui3!!

stop2, saya bukan nak crita pasal itu sangat..heheh!!emm, sebenarnya semalam saya berpeluang bercakap Sarawakkkkkkkk!!!wahhh, rindu amat nak cakap bahasa ini secara 'melihat muka'..on phone selalu lah, kol mak, kol ayah..takkan ler saya nak cakap semenanjung pulak kan??over dah tu..heheh~

kakak senior diberi nama Hayatul Akma kalau tak silap lah..heheh!!nama ala2 same gitu..tapi panggil kak ima aje..adui, kami masok yang kali ni baru 3 kali jumpa..tu pasal tak berapa nak bercakap..yang kali ketiga ni baru puas berbual..seronok2!!bayangkanlah kalian di satu kelompok manusia yang tak reti cakap Bahasa Melayu, tetibe terjumpa dengan salah seorang dari mereka yang pandai BM!!begitulah gamaknya perasaanku..ececeh~

berbual punya berbual dengan diselitkan gelak tawa, rupanya kak ima kazen kawan rapatku di sainsku dahulu, Nurhayati!!oho, tak lari gunung dikejar..oh, sesuaikah peribahasa ini??lantaklah..yati2, aku nemu kazen ko rah ctok!!waaaaaaa~


~kami..mana satu gerangan nurhayati??cuba teka..probability:1/10 aje..=)~


pastu tanya lah die, die booking ticket balek camne..adui, macam mahal jugaklah ambik tiket balik ke kuching..harus saya turun KL dahulu..oho kak ima, saya sangat seronok bercakap sarawak dengan anda..ceyh3!!kalau bolehlah kan, kalau boleh lah saya memang nak buat satu post purely in sarawak language satu hari nanti..biar pembaca terkontang kanting membacanya..wah sangat bangga dengan bahasaku yang *meriah*..heheh~

dan akhir sekali, buat sahabat2 yang dudok di hall, nanti kalau dah dudok rumah private kan elektrik boleh guna topup tau!!nak bukti??boleh aje..sile rujuk di bawah pasni..sangat peliks gakla mendengarnya dahulu, elektrik pon nak gune khidmat topup..pastu, air kat sini free aje..tiada bil air harap maklum, tapi elektrik guna bill pon boleh..


~inilah kad topup nye..jangan hilang tau!!~


~key in kan number di sini..mungkin setiap rumah ade benda alah ini..sejak bilakah bumi UK mempunyai khidmat ini pon saya tidak pasti..huhu~


disebabkan air free aje, korang boleh mandi sesuka hati kalian..nak lama2 pon boleh..tapi diingatkan, tak sejuk ke??hahahhahah...mandilah kalau panas, kalau sejuk tak payah mandi..opppsss!!sape yang tak pernah tak mandi kat UK ni angkat tangan!!kahkahkah~

ok tata!!


Friday, October 17, 2008

.:berjalanlah tanpa henti:.

~stok kinder bueno..kinder bueno murah di tesco, itu pasal borong!!hahah~


salam to all..

semua sedia maklum, esok takde lah kelas2 untuk kita hadiri..yeye!!dan hari jumaat kelasku akan habes pada pukol 1pm..tapi balik rumah hampir pukol 2.30 petang..huhu!!bukanlah disebabkan perjalanan ke rumah mengambil masa sejam setengah untuk sampainye, (baek berkampung terus di lecture hall kalau begini yer dak?), tapi saya harus menyetelkan beberapa perkara yang tak settle..

perkara pertama, pastinya pasal account bank saya yang tak siap2..adui, amende la ulster bank ni..lambat betol..saya try la tanye kakak bank yang keje kat situ after kelas tadi macam mane progress application KEDUA saya itu..yup, sudah dua kali di apply untuk membuka account bank di bank itu..kali pertama, kena reject la pulak..haha!!kesian saya dan wal..dan kami terpaksa buat sekali lagi..

dan kali ini, setelah seminggu menunggu kemunculan letter bank itu namun tak sampai2, maka kami terus menyerbu bank berkenaan..aiseh, baru nak diforward ke main branch..sebok sangat kot diorang ni sampai lupe kami punye application..sabar aje lah labu..ujian2, kita sabar aje..penting account bank ni, nanti lambat pulak kami dapat duet dari KPM kalau lambat kestau diorang number account kami..huhu~


~meja study saya yang tak berapa nak study..yelah, meja kan??tempat kekiasuan..perasan kiasu!!=)~


dan perkara kedua, berkenaan dengan scholarship..emm, queens menyediakan biasiswa buat international student jugak sebanyak GBP1000 per year..tapi khusus untuk student mathematics, physics, engineering dan entah ape lagi..kak ros, hajar, kak nadia pon dulu dapat, makanya saya pon try jugak mengapply kot2 dapat yer dak??kalau tak dapat pon, tak apelah..rezeki di tangan ALLAH..saya berusaha sahaja..school suroh hantar form itu, saya hantar aje lah kan??sunnatullah~

Jenuh saya mencari Jenny Mckabbe di Physics Building untuk menghantar form itu, sampaikan tumpang bertanya kepada encik lelaki yang baru keluar dari tandas lagi...hudus3!!tapi jangan salah paham, saya terjumpa dia di perjalanan, kebetulan sebelah jalan itu tandas..heheh!!try la tanye pakcik ni, alhamdulillah dia tahu bilik Jenny..sampai menunjukkan pintu office bilik Jenny lagi!!trimas pakcik..mungkin die lecturer kot..entahler..saya kenal Huettemann,P.Norringthon,Prof Wickstead,Mr Goodall dan A.Hibbert aje..tapi pastilah diorang tidak kenal saya..huwaaa~

habes urusan, saya pon berjalan balik ke rumah..damai pulak suasana sekitar universiti hari ni..=)


~katilku yang sejuk,termerah pulak!!tak dapat cari yang purple!!huhu~

bye~