Tuesday, November 09, 2010

Usrah

Saya kenal usrah semenjak saya melanjutkan pelajaran di KYUEM. Seingat saya, saya langsung tak tahu apa itu usrah. Serius, sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah, saya tak pernah dengar perkataan ini.

Kerana itulah saya sayang sangat kolej saya ni. Walaupun pelajarnya terdiri dari pelbagai latar belakang (faham kan maksudku?), tapi saya banyak belajar tentang kehidupan di KYUEM lah. Alhamdulillah, saya bukan insan yang tak suka usrah.

Musollah lah tempat usrah pertama saya. Saya ingat lagi, hari Isnin malamnya (kan kan?), muscom akan buat usrah untuk budak2 KY. biasanya yang jadi naqib dan naqibah adalah seniors. Kadang-kadang abang kakak yang sudah grad atau belum kerap ke kolej untuk berusrah.

Seronok sangat. Sampaikan usrah Muscom tu tak cukup bagi saya. Dek kerana suka sangat nak join usrah, saya join juga usrah JIM/MSM. Haa, dari sinilah kawan-kawan cop muka kitorang seusrah ni geng kuat usrah. Hujung minggu je usrah, hujung minggu je usrah. Hehe. Sampaikan kena cop muka MSM dah. Tahu MSM tu apa? Boleh buat homework untuk cari-cari.

Teringat lagi seorang kawan saya ni menyapa saya ketika berbaris mengambil makanan pada hari ahad di Dewan Makan.

"Baru lepas usrah ke?"

Hehe betapa muka kitorang ni takde menda lain selain usrah padahal takde usrah pun sebelum tu. Aiyo.

Tetapi nak cakap nya di sini. Kadang-kadang kita tak boleh nak anggap semua orang suka usrah. Memang banyak lagi kat luar sana tak suka pon benda-benda macam ni. Alasan, diorang tahu nak jaga diri, so jangan nak menyibuk.

Golongan seperti inilah yang perlu didekati sebenarnya. Tak boleh sentiasa berada dalam zon selesa. Bagi usrah untuk orang yang nak kan usrah sahaja. Orang yang tak suka dan tak nak, biaq p la kat depa..!Dah orang taknak nak buat macam mana?

Saya akui banyak sangat rintangan dan cabaran untuk buat usrah selaku naqibah tak bertauliah ni. Tapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan cabaran Nabi dan Rasul. Dakwah Nabi Nuh yang berabad itupun hanya sedikit yang menerima Islam. Cacian dan makian yang Rasulullah saw terima juga lagi hebat dari cabaran yang daku hadapi.

Sungguh Allah pemilik hati-hati ini. Semoga ALLAH membuka hati mereka untuk mencintai dan merindui usrah. Dan naqibahnya juga perlu banyak bermuhasabah diri dan memperelokkan tingkah laku agar dapat melahirkan kader-kader dakwah yang hebat.

Semoga Allah perkenankan.








0 pEsAnAN: