Friday, July 23, 2010

All the best

Satu persatu senior balik Malaysia for good. Sangat terasa sebab banyak kenangan bersama. Kak reym pon dah balik dah semalam. Entah dapat atau tidak text saya yg terakhir ke nombor UK beliau. :(

Saya tidak takut pada perpisahan, tapi saya takut pada kehilangan. Entah bila dapat jumpa lagi rakan-rakan senior yang banyak membantu saya selama ini. Now I'm alone in Belfast doing Maths. Entah mampu ke tidak tanpa tunjuk ajar mereka. :(

Akma, study hard. be a good student, daughter, sister, and friend.

All the best untuk abang kakak dan diri saya sendiri. YOSH!

Wednesday, July 21, 2010

Moving out

InsyaALLAH hari ni dapat kunci rumah sewa baru..Good bye rumah ini..hehe, tapi ada seminggu lebih lagi nak habeskan sisa2 tinggal kat sini..uish rugi kot tak habeskan kredit elektrik..:P

InsyaALLAH before 31hb Julai ni memang dah pindahkan segala harta benda dalam ni..tapi memori dalam rumah ni tetap akan diingati..kesedihan, kegembiraan, kebosanan, dan semuanya memang asam garam kehidupan untuk menjadi lebih matang..

:)

Tuesday, July 20, 2010

Akan dirindu

Pasti suatu hari nanti akan dirindui saat-saat indah ini..:)

Saturday, July 17, 2010

Seringkali

Seringkali mengadu pada Allah untuk membantuku membaiki amalku, ibadatku, niatku dan solatku, namun saya kadang-kadang tak bersungguh-sungguh nak lakukan semua benda tu..T_T

Seringkali mengadu pada Allah untuk membantuku membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan orang lain demi masa depanku dan duniaku dan akhiratku namun masih duduk membatu tanpa tindakan..

Seringkali memohon kekuatan iman untuk diri agar lebih berani dalam menyelusuri kehidupan namun iman kadangkala goyah sebab sengaja digoyahkan..


Dunia penuh dengan pilihan...

Friday, July 16, 2010

:) :) :)

Lamaaaa sangat tak update blog. Seminggu keluar rumah dan takde internet nak terjah dunia IT sejak minggu lepas. Ni pon baru semalam balik dari jalan-jalan. (lagi?). yup jalan-jalan lagi, kali ini menjejak ireland pula. Tapi tak keseorangan, bersama rombongan orang-orang Belfast.

Fuh dahsyat jugak jalan-jalan kali ni. Tapi sangat seronok sebab berpeluang tengok keindahan Ireland. Ireland sangat-sangat cantik. Sempat ke Ring of Kerry (Killarney), Waterford, Galway, Limerick, Kilrush Marina dll. Jalan-jalan dengan postgrad yang dah bekeluarga ni best jugak rupanya. :P

Sebulan lagi untuk resit. Perasaan nak balik dah berkobar-kobar walaupun hanya 3 minggu sahaja balik kali ni. Takpe2, pengorbanan. InsyaALLAH Allah akan ganti yang lebih baik. Apa-apa pon berusaha!

Doakan..


Sunday, July 04, 2010

Memancing di lautan

Hari ni sepatutnya kami ke laut memancing..Namun takde rezeki sebab cuaca tidak mengizinkan..dah sampai dah ke Carrickfergus, siap bersarapan kat Harbour Restaurant, sekitar Carrickfergus Castlle tempat kami untuk ke laut tu..huhu

Semangat sungguh kami, sebelum pukul 1030 dah sampai dah..Tapi risau juga sebab hari mendung dan hujan rintik-rintik..Akhirnya, terpaksa dibatalkan..:(

Laut, usahlah bergelora lagi..Tenanglah, daku mahu ke lautan memancing..owh beginilah perasaan nelayan-nelayan mungkin..Kecewa tidak dapat turun ke laut mencari rezeki..Emm, takpe ada hikmahnya untuk semua ini..:)

Diri dalam dilema, namun bukan dilema DSLR dan Iphone..Buntu, masih dalam doa..Tindakan masih sifar..T_T


Thursday, July 01, 2010

Keliru

Rasa macam ini adalah nafsu, tapi teringin juga sebelum balik Malaysia Ogos ni.Huhu


Iphone
Teringin sangat dari dulu, tapi tak mampu nak beli, sebab mahal..Tapi senang nak masuk dunia internet update papa pasal diri [eh ade ke orang nak tau?]. tak kisahlah tapi senang nak access emel, fb segala. Mudah kot nak hubungi siapa-siapa sahaja. [ke ni alasan je?]

DSLR
Yang ni memang mengidam sangat-sangat..Boleh tangkap gambar raya dengan sebaik mungkin..Rasa macam DSLR lebih diperlukan dari Iphone. Iphone tahun depan boleh kot lagi nak p beli..lagipun perlu guna puas-puas handphone cikai yang ada sekarang.:P


Perasaan nak balik rumah tu berkobar-kobar.Lebih-lebih lagi, saya dah membeli ole2 awal dari yang dijangka.dah packing dah ni.Tapi baliknya 2 bulan lagi.LOL


Iphone atau DSLR?
Macam memilih apalah jugak ni. Ceyh.