Wednesday, November 05, 2008

carilah pengajaran

~pak ali kah??~

salam2..

saya 'petik' cerita ini dari page friendster seorang brother..owh, sungguh comel ceritanya..jadi saya pergi copy dengan kebenaran beliau la..hehe..bace2~

..................................................................................................................................

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.


Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?


Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku.."
Pari Pari pun marah,"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".Aku ni setia pada yang satu.

....................................................................................................................


pengajaran cari sendiri, saya pon tak pandai nak ulas..any pengajaranka??tergelak jugak membacanya..fuh, kawen ngan Christina Aguilera tu..pakcik Ali memang setia, tapi camne nak setia dengan orang laen nih??arghhh..ape pengajaran cite ni??anyone??


Tuesday, November 04, 2008

KEKASIH YANG DI RINDU

~one of the best songs from Nazrey..huhu~

~jiwa kacau..kena muhasabah balik ni..jadi hayatilah lagu ini~


Kekasih Yang Di Rindu - Nazrey Johani



Kekasih Di Rindu

Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang

percaya hanyalah mereka

Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik


Monday, November 03, 2008

muhd amnan

~makcik rina, rinduuuuu~


salam2..

alhamdulillah, berkat pertolongan ALLAH, kakak saya telah selamat melahirkan anak keduanya..syukur sangat2 selamat..terima kasih, Ya Rabbi..=)

niat saya untuk memberi nama kepada ahli keluarga baru saya ini tidak kesampaian kerana kakak dan abang ipar saya dah beri dah pon..huwaa~yelah kan, anak diorang..sebok aje saya ni..tunggu anak sendiri ajelah..oppss!!hehe..baru semalam (ahad) kol kakak bertanya bile target2 nak bersalin..tak sangka, tak sangka..

muhd amnan bin mustafa (yang aman dan terpuji) name diberi..semoga kedatanganmu ke dunia mampu memberi cahaya kepada islam di dunia ini..ameen~macam mane lah agaknya cik rina ku melalui hari2 dengan adenya adik ye??kesian2..dengarnya makin garang makcik ni..ceyh3..

rindu pulak kat rina even die tak berape suke kat saye..huwaaa!!8 bulan lagi baru boleh jumpe amnan..harap2 berjodohlah kami untuk berjumpa..ameen~dan, hasrat saya nak punya anak saudara lelaki terkabul..yelah kan, adik-beradik saya kan semua perempuan..mahu jugak hero..he2~


Firman ALLAH:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur”.
[An Nahl 16:78]


akhir kata, nak tengok amnan!!=(



persoalan mereka

~Kuching International Airport pon dah maju..hehe~


salam2..

tergerak mengepost sumthing about my lovely sarawak after watching da video on najib's page..video itu sangat cool..suke dan ape yang dipersoalkan agak kerap berlaku kepada orang2 borneo seperti diriku..hehe~

honestly memang agak tak best jugak menjawab soalan2 'pelik' berkenaan dengan sarawak..semuanya akan bermula dengan satu soalan simple..'where are you from??'..maka, dengan bangga of course saya akan jawab 'from sarawak' kan??tapi after that question akan ade soalan2 yang 'tak simple' dan sounds pelik!!

tapi benda2 ni banyak berlaku di awal kemunculanku di bumi semenanjung..lepas tu, ramai jugak yang dah faham sikit2 tapi still ade jugak soalan yang agak lawak bile dipikirkan balik..antara soalan2 nya..


orang sarawak makan rumput ek??

korang pergi semenanjung macam mane??

berapa lama tempoh perjalanan ke sini??mahu2 esok baru sampai kan??

korang masih tinggal atas pokok ke??

cacing pon korang makan ke??



~suasana di dalam shopping mall di kuching~


hahaha..common korang!!logik ke manusia makan rumput??logik lagi ke manusia tinggal atas pokok??pernah tengok peta malaysia tak ni bile tanye pasal perjalanan kami ke semenanjung macam mane??hahahha!!lagi tak best, bile orang tanye flight hari ni, esok baru sampai ek??waduh, jauhnye sarawak berbanding dengan UK..kui3!!kalau jauh nak mampos itu, macam mane lah bumi borneo dan bumi semenanjung disatukan kan??hehe~

pernah dahulu bersembang dengan sorang mamat ini, name dirahsiakan..kui3!!sebab dia pon membaca blog ini mungkin..hahah!!weh3, kepada yang terasa mintak maaf ok!!sebelom berangkat pergi ke Bakti Kenyalang tahun lepas, diorang ni tertanya2 kedai gambar ade ke tak di negeriku..waduh, mahu terguling2 saya gelak masa tu..soalan yang cukup best!!

and then after dah experience sendiri keadaan di sarawak macam mane, memang banyak giler kedai gambar ok!!tak gitu orang yang 'terasa'??hahahaha..aduhai, kedai gambar aje pon..kalau kedai duvet mungkin takde kot..hehehhe~

tapi takpelah..malu bertanya sesat jalan kan..saya faham, saya faham..apa2 pon persoalannya, I love MALAYSIA very much because Malaysia ade Sarawak, a place like no other..=)


~antara yang terdapat di dalam KIA, Kuching International Airport~




Sunday, November 02, 2008

alahai ibu

sekadar monolog..

ibu2, tiap2 minggu saya kol..katenye 'lame' sudah saya tak contact die..hu2!!
saya ni pendiam..jadi, kalau hari2 contact memang tak pandai..
mahu jugak..tapi, ah saya saja yang paham situasi diriku..

baru isnin kol, sabtu dah mengadu kat kakak, saya lame tak kol..
tempoh isnin-sabtu lame ek??
heheh~

memang begini..
mase kecil, mereka yang layan..
mase dah besar ni, kite la yang pulak layan..
huhu..

saya anak yang kurang baek..hu2!!doaku, selalu mengiring kalian~


PERANTAU


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Perantau - The Zikr



p/s:
tolong abaikan anak dan isteri if referring to me..sebab saya maseh single dan not available!!tata..kol mak dulu~






apa sudah jadi?



salam...

layar punya layar alam maya ini, pic ini telah menarik perhatianku..apa sudah jadi pada orang melayu??saya pasti, majoriti yang di dalam pic ini orang melayu..melayu saja yang suka buat kerja ini!!tapi apa yang lebih sedih, majoriti melayu adalah muslim..itu yang lebih menharubirukan!!

silap ibu, silap ayah, silap guru??apa2 pon, tidak kiralah kita ibu ke, ayah ke, guru ke, kite punye tanggungjawab!!di hari muka, sayalah ibu, sayalah guru..ya ALLAH mampukah kami??=(


~tidak sayangkah pada rambut??haru lagi, tidak sayangkah pada agama??hu2~



~di mana hilangnya seri di wajah??ya ALLAH, pimpinlah kami..~


sungguh laen situasinya jika al-quran menjadi pegangan..


~cahaya, berseri sungguh!!ukhwah dan iman tetap terbilang..insyaALLAH..moga teguh di jalanNya~
(sekadar contoh picture..maaf pada mereka..hu2!!)



~gambar lama..teringat pulak MYC..hu2!!~



~andai al-quran tiada di hati, 'hilanglah' hati, 'hilangla' diri~


wallahua'alam..
sekadar peringatan buat diri sendiri..moga bermanfaat~



Saturday, November 01, 2008

Air Mata Keinsafan

salam2..

terpikat dengan lagu ini buat pertamaa kali mendengarnya dan rasanya lagu ini ramai group2 nasyid yang nyanyikan..hu2!!thanx to Kak Faiz yang memasangkan lagu ini di rumahnya semalam..best tido rumah die, tak sejuk pon!!hee~


10 Air Mata Keinsafan (feat. Salleh Brotherz) - Nazrey Johani


Air Mata Keinsafan

Air mata, keinsafan,
yang mengalir di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapatkan kasih Ilahi...

rintihan di pertiga malam,
dari seorang hamba yang dhaif,
kerna mengenang segala dosa,
moga mendapat keampunan,
dari Ilahi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini,
untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama,
kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini....

airmata, keinsafan,
yang mengalir
di malam sepi...
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi...

deraian air mata ini,
titisannya, paling berharga,
buat menyimbah api neraka
moga selamat dititian sirat,
bahgia menuju syurga abadi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini, untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama, kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini

airmata, keinsafan....
yang mengalir, di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi....

p/s: muhasabah cinta maseh dalam pemerhatian..he3!!