Friday, September 28, 2007

miss 'him' damn much!!

sumone has taken him from me!!
now, i'm missing our memories together..
u, come back here!!
stop making me sad!!
u know that, dear??


owh penselku...
iffah bagi balik..
huhu~~

Sunday, September 23, 2007

juh klaka serawak!!


dipetik dari artikel rahsia.com..dan diedit sedikit olehku..ha~~

Rahsia.com menyediakan peluang untuk anda mempelajari Bahasa Sarawak yang unik. Manalah tau, mungkin satu hari anda berpeluang untuk melawat Bumi Kenyalang yang indah permai, maka dapatlah anda sedikit sebanyak 'goreng' bahasa diorang ni. Taklah kekok sangat bila nak berinteraksi dengan orang disana.

Dibawah ini adalah beberapa perkataan yang sering digunakan didalam percakapan seharian Melayu Sarawak. Untuk makluman semua, Bahasa Melayu Sarawak digunakan dengan meluas di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Di Limbang dan Lawas, Bahasa Malaysia adalah perantaraan yang digunakan oleh penduduk setempat.

Sebutan Bahasa Melayu Sarawak yang ketara adalah pada huruf "r" dimana ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu diutara Semenanjung.

Bahasa Melayu Sarawak Bahasa Malaysia
Kamek Saya
Kitak Engkau
Nya Dia
Sik Tidak / Tak
Sik Ada Tiada
Sikboh/Iboh Jangan
Kenak Kenapa
Sitok Sini
Sinun Sana
Sia Disana
Sine Dimana
RAh Ne Mana
Madah Cakap / Beritahu
Kelakar Bercakap / Bersembang
Sidaknya Dia orang
Sidak Orang
Empun Punya
Kinektok Sekarang
Dudi Kemudian
Gago Sibuk
Ya Itu
Ari Marek Kelmarin
Ari Ya Hari Itu
Bulak Bohong
Tukuk Ketuk
Paluk Pukul
Tikam Baling / Lontar
Congek Manja
Gelik Risau
Pande
Pandai
Duak
Dua
Ayek
Air
Biak/Miak Budak
Miak kecik Budak Kecil
Debah Di bawah
Nyaman Sedap
Motor Kereta
Tola
Tuala
Kedak ya Macam itu
Gia Macam itu
Cam ya Macam itu
Kembang Bengkak
Lawa Sombong
Kacak Cantik
Gilak Sangat
Ceridak Tak Terurus
Ngambo Bersepah
Entingal Degil`
Plente Main-main
Nekik Naik / Panjat
Geruk Tengkuk
Somet Misai
Jeraya Jalanraya
Sengkol Rasa Pelik
Kede
Kedai
Nerais Teriak / Jerit
Nyerin Bunyi kuat
Lamak Lama
Tunggah Panggil
Temu/Nemu Jumpa
Pusak Kucing
Asuk Anjing
Manok Ayam
Gadong Hijau
Lejuk Jemu
Bait Baik
Belon Kapalterbang
Gerek Teman Lelaki / Wanita
Skati jak
Sukahati jer
Ayek mati
Air suam
Lan Jom

Friday, September 21, 2007

semakin dekat..

hari berganti hari...
bulan berganti bulan...
tahun berganti tahun...
ramadhan pon dah masok ramadhan baru...
baju raya pon dah plan dah nak ganti baru...
tapi ramai yang x sedar..
tp mungkin jugak sedar...
tentang itu..
ya semakin dekat!!

every year ader je yg x sabar nak celebrate befday..
dah plan dah nak buat ape...
dah terpikir2 jugak sape yg bakal wish..
nak mintak ape kat mak ek nanti??
nak request ape kat ayah ni??
kek ape nak beli neh..hu~~risau!!
tapi naper sket je yang nak risau pasal bende tu???
dah nak dekat sgt dah...
ya semakin dekat!!

kenapa la sket je nak ingat pasal ni??
sedar x kite ni bende tu dah semakin dekat..
ramadhan kite pon makin sedkit..
kenapa nak risaukan bende yg entah pape??
kenape x risaukan mcm mana kita bertemu ALLAH nanti??
cukupkah amalan kita??
kita dah makin dekat dah ni...
semakin dekat dgn KEMATIAN..






--------------------------------------------------------------------------------------------


Tuhan...
jangan kau palingkan hati ini...
setelah kau beri hidayah..

peringatan untukku dan sahabat sekalian..



Saturday, September 15, 2007

suasana Islam di tempat aku...

mase aku tulis neh, aku baru je selesai solat teraweh...adela dalam sejam yg lepas habiz..ha~~
xtau nak mulakan crite ni camne..tp,aku senang klo nak pendekkan je...aku malaz nak taip daa..aku ckp ape ah??xtau deyh..lantakla..ha~~

begini mulenye crite, masok je aku ke surau di kawasan aku neh, aku dah tertinggal due rakaat for isyak..maksudnye aku masbok le..he~~pastu ade sorang nenek same2 baru nak start solat same ngan aku..abiz je imam selesai solat, aku p masbok..tp aku perasan nenek tu x masbok same ngan aku..NAMPAK TOL AKU NI X KUSYUK..hu~~

hati aku memang nak tegor suroh die buat solat baru after abez solat tu...tp iman aku memang lemah..sdey tol!!aku x tegor pon..jahat kan??huhu..pastu saf pon x rapat...n ade plak budak kicik antara org baligh tu..hairan aku??bley ke??

pastu selesai je solat terawih, aku mcm shock gakla tym berselawat secara jemaah tu...apsal nak berselawat dlm frekuensi yg tinggi??kite kan digalakkan memerdukan bende tu sumer??aku jahat ke mempertikaikan bende neh??mungkin aku kurang ilmu..hu~~

tp bende ni bukan berlaku kat tempat aku je...aku pernah experience satu situasi ni kat tempat len...dalam crowd yg sembahyang tu,ade yg ekot imam ade yg solat sendiri..memangla boley kan tp klo tgk sebelah jemaah tu ade yg sembahyang sendiri,pastu diselangkan lagi dgn yg berjemaah semula...pastu aku tgk lagi kat blakang tmpat tu...ade plak yg ekot imam tp distance ye jaoh dr jemaah yg len...aku hairan!!!!mcm mane ar???bley ke??hu~~

aku yg ingin tahu...akma...ceh!!ha~~

Thursday, September 13, 2007

al=fatihah..

assalamualaikum...

Setiap hari setiap orang Islam akil baliqh WAJIB membaca 17 kali Al Fatihah.(yakni 7 ayat yg berulang ulang)

Di dalam nya ada di tuliskan.

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Wahai sedaraku, cuba perhatikan ayat (6).
Apakah JALAN yg LURUS?
Dan kemudian perhatian pulak ayat (7)
Ini lah JALAN yg LURUS yg di maksudkan td.
Iaitu JALAN orang2 yg Engkau telah kurniakan nikmat.
Siapakah mereka?
Ayat di turunkan semasa zaman Rasulullah saw.
Jadi orang orang yg di maksudkan itu TENTU lah orang orang sebelum dan juga di zaman Rasulullah saw.
NIKMAT yg di maksudkan ialah IMAN.
Bukan lah nikmat harta bertimbun timbun, kemajuan, ekonomi, tentera yg hebat etc.

Dan perhatikan pulak sambungan ayat (7).
dan JANGAN/BUKAN jalan:
a) orang orang yg ENGKAU MURKAI(yakni Yahudi-membunuh para Nabi n Rasul)
b) dan juga orang orang SESAT.(nasrani-mengatakan Tuhan ada anak)

17 kali sehari semalam......kiter membaca Al Fatihah.
17 kali kiter berdoa agar di masukkan di kalangan orang2 berIMAN dan di jauhi dari JALAN orang orang Yahudi n Nasrani.

Sebab itu di AKHIRAT kelak.
Setiap Para Rasul akan ada PANJI PANJI nya sendiri - berIMAN
Termasuk lah orang2 yg di laknat spt:
Firaun akan mengetuai barisan orang2 spt raja raja, pemimpin2 yg engkar kpd Allah.
Haman akan mengetuai barisan orang2 yg engkar kerana pangkat
Qarun pulak akan mengetaui orang2 yg engkar kerana harta.

Sudah jelas akan siapa yg akan menyertai Kaum Yahudi, Nasrani n Majusi.

Waalllahua'lam

copy paste article...hu~~

puAsa..

Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya
“Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu. “

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

LAkukanlah ibadah puasa dengan sebaiknya...peringatan untuk diri sendiri dan yang lain..hu~~