Monday, September 08, 2008

Stay connected..


Salam...

Banyak kali jugak mengepost cerita sendiri kebelakangan ini..sekarang ni nak kongsi jugak ape yang saya dapat dari buku sis zabrina..nways, pengalaman membaca sendiri dengan perkongsian saya ini mungkin banyak bezanya sebab ini adalah pandangan saya yang membaca..kalau anda nak bace sile lah beli..murah aje..kat konikuniya banyak, melambak buku..first time pergi sana deyh after buat visa hari tu..hue3~

Namun, saya nak kaitkan part one buku ni dengan sahabat, kawan mahupun rakan.. walaupun dalam buku tersebut lebih kepada keluarga (kot..)..mengikut pengalaman sendiri, entahla perasaan apa yang timbul, lately, banyak sangat konflik yang berlaku..kata orang, benda kecik diperbesar2 kan..akhirnya timbul konflik dalam diri, konflik dengan rakan dan sebagainya..

Sebelum bermula dengan pengisian, saya punya satu soalan..mungkin tiada skema jawapan kerana jawapannya ada dalam diri masing2..jadi, tiada siapa yang betol, tiada siapa juga yang salah kerana soalan ini berkaitan dengan soal kehidupan..pendapat masing2~

APA YANG KORANG AKAN BUAT JIKA RAKAN MULA TIDAK SUKAKAN ANDA??

Diingatkan, saya membaca buku ini dari persepsi mungkin berbeza dari yang sudah membaca jugak..emm, mungkin penerangan saya tidak cukup menarik tapi saya cuba untuk mengulas dengan berkesan..insyaALLAH dengan kudrat akal dan fizikal yang ALLAH berikan ini..

Mungkin ramai yang berpendapat...

Biar jela die..yang penting aku dah mintak maaf..
Lantakla, nanti2 okeyla tu..
Kalau die begitu, aku pon perlu begitu jugak..adil!!
Dah orang tak suka, nak buat macam mane??takpela, aku redha~


Seperti yang saya nyatakan sebelom ini, tiada siapa yang salah dalam memberikan pandangan nya..kita tidak tahu cara memasing menghandle situasi begini..Tapi ingin saya kongsi, apa yang saya peroleh dari buku ini..

Persoalan yang timbul, berbaloikah kita berdiam sekiranya situasi ini berlaku pada diri anda??Beginikah cara kita(berdiam juga) menghargai persahabatan sebenarnya??Bagi saya sendiri, saya kuat rasa bersalah walaupun sebenarnya punca bukan bermula dari diri saya..tapi betulkah cara saya untuk tidak perlu memulakan kata maaf kerana bukan saya yang menjadi puncanya??

Sahabatku, bersahabat juga mengikut sunnatullah..usaha untuk menjernihkan adalah bergantung pada diri sendiri, bukan sekadar doa untuk menjernihkan keadaan..sekiranya sahabatmu dingin, maka nekadkanlah dalam diri sendiri untuk 'memulakan' kembali persahabatan..tidak rugi untuk mengirim sms, emel, surat mahupun apa2 untuk bertanya khabar, bergurau senda atau apa2 sekalipun..ANDA PERLU MULAKAN tidak kisahlah anda berada di pihak yang benar mahupun tidak..

Sekiranya anda berpendapat, diamku adalah untuk 'mengajar' nya..maka persoalannya, terajarkah dia dengan formula yang kita perkenalkan??hiduplah dengan memberi, diam bukan selalu menjadi penyelesaian..

Stay connected, maintain your friendship..rugikah berbuat begini??terbalaskah dendam sekiranya kita membiarkan keadaan yang keruh??makin sakit hati mungkin..kenapa memilih untuk sakit??bukankah senang untuk tenang??

Konklusinya, apa jua keadaan sekalipun corak persahabatan anda, belajarlah untuk berbesar hati, redhakanlah kekurangan sahabat..manusia tiada yang sempurna..mengharapkan kesempurnaanlah yang bisa membunuh hati..dari hati datangnya dendam, dari dendam timbullah onar, dari onar timbullah segala bencana..na'udhubillah~

TEGUHKANLAH PERSAHABATAN DENGAN IRINGAN IMAN..


wallahu'alam~

0 pEsAnAN: