Sunday, March 29, 2009

dari hati saya ke ni?

entahlah macam mana boleh tersesat ke laman ini..tapi boleh mengajak kita untuk berfikir jua..asalnya nak cari isu yang boleh dikaitkan dengan Malaysian Night..emm, tak habes-habes lagi isu ni..hairan2..sudahnye ade yang tak mahu pergi, nak kisah ape??anggap je takde jodoh nak jumpa insan-insan di Malaysian Night tu..hehe!!kalau nak kaitkan Malaysian Night untuk berdakwah, mengapa yang pergi tidak terus dengan missi tersebut??mengapa perlu point orang lain akan hal ini??tak fahamlah..

saya pon tak pandai nak cakap banyak, nanti sudahnye saya yang kena..saya tak nak timbulkan banyak konflik..naluri manusia, lebih-lebih lagi wanita seperti diriku, memang sangat berkonflik..tapi nak buat macam mana, manusia sememangnya sukar nak faham situasi individu lain..termasuklah diri saya sendiri..agak-agak senang ke nak berlapang dada??orang-orang terpilih aje boleh bersabar dengan baiknya..dan saya berusaha untuk menjadi orang-orang yang terpilih, namun kadang-kadang terkandas jua..

blog ini blog luahan perasaan??yes, exactly..kalau boleh saya nak juga luahkan segala bende yang bersarang di kepala ini..tapi sejauh mane keberanian saya??nak jaga hati orang ni susah, tak pasal-pasal kita juga yang kena balik..cara ini tak betul, cara begini yang betul..and for that, I thank you sebab sudi mengomen..manusia sekarang memang sudah banyak idea untuk berbicara, dan termasuklah diri saya sendiri..jadi, nak tak nak kena terimalah kan..hakikat hidup dengan manusia, bekerjasama dengan manusia..so akma, what do you think??




dikatakan semua ini mehnah dalam berjuang, tapi saya kadang-kadang malu dengan term berjuang nih..berjuang sangat ke saya nih??saya dudok depan laptop je, tekan itu, tekan ini..taip itu, taip ini..adeyh, berjuanglah sangat..kalau nak difikirkan, kerja dakwah ni sangatlah berat dan banyak..bukan setakat bawak usrah or join usrah, ta'lim, baca artikel ustaz-ustaz, etc..kalau kita boleh dudok dan renung sejenak, masyaALLAH, banyaknya nak kene perbetulkan, banyaknye nak kena buatkan..tapi kita ni manjakan sangat diri sendiri..tak nak fikir, tak nak peduli..

bangun solat pulak (ni saya nak peringatkan diri sendiri sebab terkandas pagi tadi), bukan dengan bantuan kekuatan nak bertemu ALLAH, tapi sentiasa harapkan alarm clock untuk kejutkan..alarm clock dah kejutkan pun, still liat nak bangun..ni ciri-ciri orang berjuang ker??qiyam pun nak harapkan alarm clock, nak tetapkan hari bile nak qiyam, nak tetapkan seminggu sekali berqiyam..Ya ALLAH, sedihnya dengan diri sendiri..dikatakan cintakan ALLAH dan Rasulullah s.a.w, tapi nak qiyam pun bersyarat..='(


~formula bangun subuh, tahajjud!!~


saya belum dapat lagi meraih cinta ALLAH..sama ada saya berusaha atau kurang berusaha, saya pun buntu..kasihkan ALLAH dengan bersyarat, macam mane nak dapat cinta Dia??nak baca Al-Quran sehari 2 mukasurat, nak baca Al-Ma'thurat kadang-kadang pagi je, kadang-kadang petang jer, kadang-kadang je tiap-tiap waktu..semuanya kadang-kadang..tapi saya harap, dengan syarat-syarat dan undang-undang ini, saya boleh terus istiqamah dan resahkan diri andai tidak menepati..resahkanku andai tidak di jalanMu..

kadang-kadang saya terfikir, salah ke hidup dengan undang-undang??ke saya berqiyam, baca quran boleh hadir dengan sendirinya??macam mane nak kaitkan dengan sunnatullah, kalau semuanya dengan sendirinya??any idea??ish, ish..beremosinya artikel ini..terima kasihlah sudi baca..harap bermanfaat pada yang lain, kalau tidak pon maaflah buang masa kalian aje membaca..hahhaha!!

akhir kalam, jalan dakwah itu gerun dan mengerikan kerana kita bertanggungjawab dalam amar ma'ruf nahi mungkar..amar ma'ruf sahaja tidak melengkapkan dakwah..nahi mungkar sahaja pun tidak melengkapkan dakwah..kedua-duanya seiring..cuba tanye diri sendiri, kita sedang berdakwah ker??dakwah dan solat itu kedua-duanya wajib..andai ada yang mahu menjadi golongan berkecuali, untuk apa hidup di muka bumi??dan para dai'e, ubahlah apa yang perlu diubah..jangan disebabkan tingkah kita, timbul fitnah pada Islam..(dush, terkena sendiri!)

teringat bait-bait lirik ini, mengharap senang dalam berjuang, bagai menunggu rembulan di tengah siang..tapi, saya tengah berjuang ker??huhu~


sekian dari diri,
akma.


1 pEsAnAN:

hamba Allah said...

terima kasih diatas peringatan.. Ya Allah hamba-Mu ini amat lemah