Tuesday, April 28, 2009

gambar macam-macam

satu perkara yang saya tak faham bila mostly gambar sahabat di blog yang saya perhati asyik melompat ja..mungkin trend masa kini kot..insyaALLAH next sem pulak, trend ini akan ketinggalan seperti friendster yang semakin dilupakan oleh semua..[tinggallah daku seorang dengan friendster]..siapa boleh pujuk saya buat facebook??

maka kami pon begitu..salah seorang dari kami mempunyai gaya tersendiri juga..=)


teka ini gaya siapa??hehe..[gambar yang sama dengan entri sebelumnya]



gaya terpilih: ala-ala pandang tempat lain..baguih2!!
meracau sekejap sebelum test applied esok..sedih2~


Sunday, April 26, 2009

sekadar gambar

kali ni biar gambar sahaja yang berbicara..tak larat nak cerita segala..hehe~

jaulah 1: nottingham

kawasan uni nottingham


gambaq ni terpilih pulak..bye3 notts


jaulah 2: sheffield


sheffield botanical garden


univ sheffield


jaulah 3: london a.k.a greenwich

bersama pemandu pelancong yang busy dengan hpnya..penjual ikan keli surrey..hihi


chapel..lantaklah salah eja..orang greenwich jangan marah..


univ greenwich..canteq2!!


jaulah 4: cardiff

st fagan:nak berkelah lagi kat sini..best + canteq..


garden st fagan, cardiff


jaulah 5: manchester

sama tak?

the hell kitchen..tempat kami menetap..apalah istimewanya gambaq ni entah..



jaulah 6: leeds

univ leeds


suke bangunan ini..peliks


jaulah 5: belfast
maaf tak dibekalkan gambaq..hihi

terima kasih kepada sahabat di sepanjang kembara..dan akhir kata, pilih gambaq lagi susah dari bercerita panjang lebar..huhu


Thursday, April 23, 2009

sampai di bumi sendiri

~Leeds~


alhamdulillah, kembara 2 minggu di mainland sudah berakhir pada hari ini..destinasi terakhir kami ialah tempat idaman hati saya dahulu, Leeds..emm, masih adakah sisa kesedihan itu??hati sedikit terkilan kala melangkah mendekati School of Mathematics, Uni Leeds..so adik-adik yang bakal menghadapi exam, study elok-elok ok!!kurang sebulan lagi untuk bersiap-siaga..

terima kasih kepada sahabat-sahabat di sepanjang perjalanan kembara kami..insyaALLAH beberapa hari lagi saya akan update berkenaan jaulah-jaulah mainland ini..sekarang nih, memang tak sempat nak buat apa-apa..kerja sekolah, kerja pejabat, kerja itu dan ini sedang berbaris untuk diselesaikan..huhu~

mode: nak pergi cardiff lagi..hehe~

[akan mencari tiket murah ke cardiff..kak dayang, beli kuali siap-siap..hehe!!]


Thursday, April 16, 2009

dari notts ke sheffield

kembara semalam diteruskan ke sheffiled bumi damai (nak tambat hati eica dan konco2 nye saje..hehe!!)..sebelum ini kami di notts bumi kebajikan (hehe..best shopping kat sini..murah2!!), bermalaman di rumah jan dan fatin..thanx kepada sang murabbi, kak Zuff (bukan nama sebenar) atas mangocheesecake dan nasi lomak notts..cendol je tak sempat nak berguru nih..tunggu jan dan fatin sahajalah yang ajarkan, insyaALLAH..=)

di sheffield kami bermalam di rumah eica dan qilotte..eica memang macam mak-mak melayan kami..belum sampai sehari dah ni, tapi layanan macam puteri..pasni nak pergi main ice-skating!!hahaha..tak sabar nak jatuh-jatuh (ceyh, dah set jatuh!)..boleh berguru dengan qilotte main ice-skating, pemain hebat nih!!kembara mencari ilmu..(yelah tu, kan?)

esok akan berangkat ke London..terpaksa pergi sebab puan hamizah semangat nak menjemput kami di London (adui, terbermalam lah pulak jawabnye)..tapi takpelah, bukan senang nak turun London kan??ape best kat London yer??Greenwich??orang Greenwich sempat mengutuk Belfast tak cantik hari tu..faham-fahamlah siapa yang berani mengutarakan pendapat ini..huhu!!

Tentatif (berubah mengikut arus waktu)
15-17 April : Sheffield
17-18 April : London
19-21 April: Cardiff
21- 22 April: Manchester
22-23 April: Leeds

Untuk rakan-rakan di tempat berkenaan siap-siaga ya!!hahahha..tunggulah rombongan menggegar ini..ceyh2~

(takde gambar..faham-fahamlah yer..hihi)

Thursday, April 09, 2009

Tetamu Terjun

~sepanjang perjalanan~


Tiga hari berturut-turut, saya berjalan-jalan ke luar menghirup udara segar di bumi Belfast..Dengan kehadiran Leen dan Kay insyaALLAH telah menghidupkan lagi suasana jalan-jalan kami..aduih, lamanya sudah tidak bersosial begini..asyik terperap di rumah mengadap laptop sahaja selama ni..dan alhamdulillah untuk pertama kalinya, saya ke Giant's Causeway!! (terasa macam orang Dublin la pulaks first time ke sana macam Leen dan Kay..)

Leen dan Kay nih rakan RCSI Dublin, bekas KMBians..memandangkan puan farahin and the gang dalam masa yang sama ke Prague juga (sempat berjumpa Isnin tu ja diorang nih), maka kamilah mengambil alih tampuk kekawanan mereka (kawan farahin kawan kami juga, tak gitu, puan ulster?hehe..)..Leen ni pon kawan cik wan gaks, tapi makcik ni pergi field course la pulaks..memang mengambil alih tampuk kekawanan mereka..seronok gaks jadi bidan terjun nih!(sukahati menggunakan)..


~rakan jaulah Causeway..wal, kay, leen, saya dan atyka~

[iklan]
hey puan yang di Prague sana, rindunye I kat U!!(ini sekadar cukup syarat sebab farahin arahkan saya letak camni kat blog..tak matang sungguh puan..ish3!!)..nak ole-ole boleh??heheheh~


Sepanjang perjalanan memang best giler..sebelum tu, ingatkan kami berlima leen, kay, atyka, wal dan saya jer yang akan ke Giant's Causeway, tapi tengok2 ade 6 lagi jejaka perwira yang akan turut serta termasuklah mas dan niezam..4 lagi adalah rakan2 KMB..happening la jugak trip nih..kami guna agen untuk ke sana, harga GBP18.50 (berbaloi la kot)..ramai jugak makcik-pakcik Itali, Mexico, Irish yang sekali dalam bas ke sana..namun, kami taklah terus ke Giant's Causeway, tapi singgah-singgah sebentar di beberapa tempat yang menarik dalam list agen tu..maka, mengikut sahaja..wah, best sungguh melihat alam!!


~canteq sangat~


~takjub melihat ciptaan ini..semestinya bukanlah manusia yang ciptakan..batu-batu di sini berbentuk heksagon~


Terubat lah jugak luka di hati dengan kehadiran Leen dan Kay setelah mendapat khabar, Kak Zuff (bukan nama sebenar ye!) tidak sempat untuk berjaulah ke Belfast minggu ini atas komitmen kerja..takpelah kak, kite simpan kenangan untuk masa-masa akan datang..heheh!!namun, mangocheesecake dan cendol sedang menanti kehadiran kami di sana..buat banyak-banyak ye kak!!kami nak buat bekal jaulah 2 minggu nih, ok ker??=)

Macam banyak benda nak cerita tapi entahlah serabut lah pulak semua cerita yang terkumpul selama 4 hari nih (tak percaya last update hari sabtu..cepatnya masa berlalu!)..esok insyaALLAH akan ke mainland untuk memulakan jaulah kami selama 2 minggu di sana from 10th to 23rd April..memang sakan jaulah mainland nih..nak pergi mane lah jugak kan??tapi london memang dah tolak jauh-jauh (oppss, maaf orang-orang london!!), tapi kena jugak lah kot lalu kejap kat london nih memandangkan plan nak ke cardiff juga..aduih, serabut-serabut~takpe2, say Hi to London cukuplah, kan??fuh~adeyh, macamlah orang london mengalu-alukan kedatangan..hahah!!


~suke jugak tengok pemandangan ini~


Hari Ukhuwwah pon tak tercerita..hehe!!try ronda-ronda blog orang Belfast lain, insyaALLAH jumpa..ngeh3!ke botanic semalam dengan diorang pon, best tengok bunga-bungaan..sekarang nih, depa dah balik Dublin, maka rutin seperti biasa rehat-rehat di rumah sebelum berjaulah..terima kasih untuk Kay dan Leen sebab sudi singgah di teratak kami ini, kalau tak, saya memang tak keluaq jalan-jalan..bukan kaki jalan nih, cepat penat dan mengantuk kalau jalan-jalan..huhu!!

~semestinya menjadi perhatian saya..purple!~


~you complete me, bak kata Kay..ngeh3!!amboi Kay, semangat sungguh!!sampai bunga pon boleh terkait yer??hehe~

ok, see you later!! (bilelah akan update blog lagi??huhu)


yang seronok jalan-jalan tapi tak sampai Prague lagi,
cik akma

Saturday, April 04, 2009

hadiah teristimewa

"Kita bagi laluan pada yang lebih tua dahulu.."

Ish ish..asyik cakap gini ja, tapi kalau diikutkan orang yang berkata begini ni advance lagi dari saya tau kalau masuk "topik" nih..malaslah nak habaq siapa..
hehe!!paham dak topik apa??Buat-buat pahamlah yer..Seganlah nak kestau..fuh~

Petang semalam terseronok pulak sembang-sembang dengan famili sebab line clear, bak kata kakak saya..tujuannya nak tanyalah, nak belikan ape untuk minah kecik kat rumah tu, Rina..tapi soalan yang tak boleh saya lupa sampai sekarang (adeyh, baru berlaku 12 jam yang lepas dari saat menulis nih) ialah:

[conversation adalah dalam bahasa sarawak ya!]


"Betul ke ko nak kahwin cuti nih??" selamber je kakak saya tanye..

Saya kaget.

"Eh, bila pulak aku cakap aku nak kahwin??" seingat saya, saya memang langsung tak pernah cerita pasal kahwin-kahwin secara terbuka dengan famili. Alasan, segan. Betul. Malulah.

Kakak saya bilang, sumbernya adalah dari adik saya. Ceyh, sukahati ja cakap begitu kat famili.


"Boleh ke kalau nak kahwin cuti nih?"
sungguh provokasikan soalanku?

"Eh, boleh jer. Tak kisah.."
Hah, sudah!Kakak menjawab sambil gelak-gelak. Ish.

Maka sambungku,
"Tapi masalahnya......" Tak sanggup nak sambung dialog seterusnya dengan kakak kat blog. Seganlah kat pembaca. [emoticon malu-malu kat ym]

Kesimpulan yang boleh saya buat, jodoh tidak akan datang bergolek. Usaha perlu ada, namun biarlah dengan cara yang betul. Sungguh saya pelik, kenapalah ada pasangan yang tak kahwin lagi, sungguh-sungguh berdoa semoga hubungan mereka diberkati. Seperti pencuri, sungguh-sungguh nak menderma hasil curian untuk disalurkan ke Tabung Amal Palestine.


Entah di mana silapnya, boleh pulak berdoa begini. Serius, kenapa ya?
Sekarang, saya masih mencari diri sendiri. Dan mungkin, saya belum mengenali diri saya sendiri dengan sepenuhnya. Dan saya tahu, Allah semestinya Maha Mengetahui, bilakah masanya saya mampu. Urusan teknikaliti, bila dan siapa sangat tidak membantu. Persoalannya sekarang, adakah layak saya menjadi hadiah teristimewa buat bakal mujahid saya dan dia.




Bermujahadahlah untuk menjadi hadiah teristimewa buat mereka untuk bekalan dunia dan yang abadi selamanya di sana. [terasa belum boleh menjadi istimewa]

FirmanNya,

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”

[al-Dzukhruf 43: 68-70]


Tetibe ada mood nak cerita pasal hal nih. Apsal la pulak nih? Semoga terselit sedikit peringatan buat semua..=)


Thursday, April 02, 2009

takde cara lain ker?

Malaysiakini | 2 April 2009

Gadis Seksi pancing undi BN??

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut..

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia “harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina.”

“Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

“Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

“Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

“Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya,” tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

“Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

“(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan,” katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

“Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

“Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.


Luahan empunya blog..

Korang tak sedih ker dengan keadaan begini??masyaALLAH..saya pon dah tak paham dah..apa yang saya boleh buat untuk bantu negara saya??saya tak gemarlah negara saya buat begini, lebih-lebih lagi pihak kerajaan yang melakukannya..terasa malu sendiri dengan negara lain..argghhhhh!!

nak tengok gambar sile cari sendiri..takde hati nak cemarkan blog saya nih dengan gambar tak best di malaysiakini..memang macam-macam..memang begitu ke budaya Cina??kalau ye pon tu budaya diorang, carilah budaya yang lebih sopan sedikit untuk diketengahkan..nak pancing undi, kan??

nak nanges pon ade baca berita nih..=(..semoga yang haq akan tertegak di muka bumi..muhasabah diri~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~saya tak marah, saya sedih jer~





yang sedih,
akma~

Wednesday, April 01, 2009

saja nak bercerita

semalam terponteng kelas Pure Maths Real Analysis..hajat nak kasi tau Dr Ian Todorov sebab tak hadir semalam tapi macam kelu pulak lidah ini untuk berkata-kata..maka, terpaksalah buat selamber je masuk kelas Pure Maths Linear Algebra petang tadi..kelas Pure saya ada 2 kali dalam seminggu..nasib baiklah cikgu ini best..kalau tak terseksa jugak batin menahan hati berada di kelas..huhu~

semalam bukan sesaje ponteng..inilah kali pertama dalam 2 semester ni saya tidak ke kelas..2 bank cardku termasuk ID card hilang entah ke mana..baru perasan tatkala bersiap-siap untuk ke kelas Pure Real Analysis petang semalam..entah bila lah kali terakhir ketiga-tiga kad tersebut dalam simpananku..rasanya, sabtu tu masih ada lagi kot..emm, entahlah..makanya, segeralah saya pergi berurusan dengan Ulster Bank (tempat kerja Farahin..hehe) dan Bank Of Ireland petang tu (ambik masa kelas..huhu)..tak lupa juga untuk ke Student Guidance Center untuk printkan ID baru..


ID baru 5 minit dah siap..tapi saya kena bayar GBP10 untuk itu..alhamdulillah masih ada GBP10 dalam uncang Turkiku ketika itu..terima kasih ALLAH kerana gerakkan hatiku tidak membeli ayam sebelum waktu kejadian (balik rumah je selepas kuliah, Tiqah cakap dah belikan ayam..alhamdulillah lagi)..hari isnin agak padat, maka terpaksa terus ambil masa kelas Pure pukul 2 ptg tu untuk settle kan semua benda..takut jugak kalau-kalau duit simpananku terlesap..alhamdulillah, jumlah duit masih sama..


sangat best berurusan dengan pekerja Bank Of Ireland (BOI) yang seorang ni..sangat peramah, baik, dan bersungguh-sungguh..dia syorkan saya untuk ambik Student Visa BOI terus memandangkan akaun saya aktif (sudahnye sponsor kasi duit)..macam-macam dia jelaskan, saya pun dengar dengan telitinya (alhamdulillah loghat dia tak sepelat Irish yang lain)..saya tanye dia macam-macam pasal servis Student Visa nih (walaupun English tak power tapi hentam jelah), yelah takut tertipu ke apa..

tergerak jugak nak explain kat readers ape itu Student Visa tapi macam malas pulak nak tulis panjang lebar pasal ini..orang Belfast cuba pergi tanye sendiri wanita kulit hitam yang baik hati kat BOI Student Union tu..trylah tanye, best giler die explain..pasni nak pergi lagilah BOI tu..saja datang borak-borak best jugak (macamlah makcik tu takde kerja nak layan saya..huhu)..syukur, semuanya selesai semalam..dan masih menunggu kemunculan kad-kad yang baru untuk sampai..harapnya sampai sebelum berangkat ke mainland..ameen~

petang tadi selepas kelas Pure saya ambik jalan jauh untuk balik ke rumah dengan melalui Botanic Garden..seronok tengok warga Irish bermain-main di Botanic..tak sabar nak buat Spring Circle kat Botanic..kami setia menunggu tetamu yang jauh (surprise!) untuk bertandang ke bumi Belfast minggu hadapan..kita buat circle kat tempat ni ye kak!!heheh~bukan setakat Botanic sahaja bertebaran manusia yang ada, di kawasan universiti pon diorang lepak-lepak di bawah sinaran mentari..kan sekarang nak masuk Spring, takdelah sejuk sangat macam dulu..


~kalau tengok sekeliling Botanic nih, adeyh memang ramai manusia~


~diorang sempat lagi main yang macam piring terbang tu..tak tahu main ape..sudahlah di hadapan admission centre..sabar jelah..sukahati diorang jer~

okey, sudah..