Wednesday, April 01, 2009

saja nak bercerita

semalam terponteng kelas Pure Maths Real Analysis..hajat nak kasi tau Dr Ian Todorov sebab tak hadir semalam tapi macam kelu pulak lidah ini untuk berkata-kata..maka, terpaksalah buat selamber je masuk kelas Pure Maths Linear Algebra petang tadi..kelas Pure saya ada 2 kali dalam seminggu..nasib baiklah cikgu ini best..kalau tak terseksa jugak batin menahan hati berada di kelas..huhu~

semalam bukan sesaje ponteng..inilah kali pertama dalam 2 semester ni saya tidak ke kelas..2 bank cardku termasuk ID card hilang entah ke mana..baru perasan tatkala bersiap-siap untuk ke kelas Pure Real Analysis petang semalam..entah bila lah kali terakhir ketiga-tiga kad tersebut dalam simpananku..rasanya, sabtu tu masih ada lagi kot..emm, entahlah..makanya, segeralah saya pergi berurusan dengan Ulster Bank (tempat kerja Farahin..hehe) dan Bank Of Ireland petang tu (ambik masa kelas..huhu)..tak lupa juga untuk ke Student Guidance Center untuk printkan ID baru..


ID baru 5 minit dah siap..tapi saya kena bayar GBP10 untuk itu..alhamdulillah masih ada GBP10 dalam uncang Turkiku ketika itu..terima kasih ALLAH kerana gerakkan hatiku tidak membeli ayam sebelum waktu kejadian (balik rumah je selepas kuliah, Tiqah cakap dah belikan ayam..alhamdulillah lagi)..hari isnin agak padat, maka terpaksa terus ambil masa kelas Pure pukul 2 ptg tu untuk settle kan semua benda..takut jugak kalau-kalau duit simpananku terlesap..alhamdulillah, jumlah duit masih sama..


sangat best berurusan dengan pekerja Bank Of Ireland (BOI) yang seorang ni..sangat peramah, baik, dan bersungguh-sungguh..dia syorkan saya untuk ambik Student Visa BOI terus memandangkan akaun saya aktif (sudahnye sponsor kasi duit)..macam-macam dia jelaskan, saya pun dengar dengan telitinya (alhamdulillah loghat dia tak sepelat Irish yang lain)..saya tanye dia macam-macam pasal servis Student Visa nih (walaupun English tak power tapi hentam jelah), yelah takut tertipu ke apa..

tergerak jugak nak explain kat readers ape itu Student Visa tapi macam malas pulak nak tulis panjang lebar pasal ini..orang Belfast cuba pergi tanye sendiri wanita kulit hitam yang baik hati kat BOI Student Union tu..trylah tanye, best giler die explain..pasni nak pergi lagilah BOI tu..saja datang borak-borak best jugak (macamlah makcik tu takde kerja nak layan saya..huhu)..syukur, semuanya selesai semalam..dan masih menunggu kemunculan kad-kad yang baru untuk sampai..harapnya sampai sebelum berangkat ke mainland..ameen~

petang tadi selepas kelas Pure saya ambik jalan jauh untuk balik ke rumah dengan melalui Botanic Garden..seronok tengok warga Irish bermain-main di Botanic..tak sabar nak buat Spring Circle kat Botanic..kami setia menunggu tetamu yang jauh (surprise!) untuk bertandang ke bumi Belfast minggu hadapan..kita buat circle kat tempat ni ye kak!!heheh~bukan setakat Botanic sahaja bertebaran manusia yang ada, di kawasan universiti pon diorang lepak-lepak di bawah sinaran mentari..kan sekarang nak masuk Spring, takdelah sejuk sangat macam dulu..


~kalau tengok sekeliling Botanic nih, adeyh memang ramai manusia~


~diorang sempat lagi main yang macam piring terbang tu..tak tahu main ape..sudahlah di hadapan admission centre..sabar jelah..sukahati diorang jer~

okey, sudah..


1 pEsAnAN:

Shafiqah said...

haha.. tak anonymous eh. huhu.
cambest err dok sna.. huhuy.
piring terbang. haha. adik saya, pembaris pun dia jadikan mcm piring terbang.. haihh.. =D