Saturday, April 04, 2009

hadiah teristimewa

"Kita bagi laluan pada yang lebih tua dahulu.."

Ish ish..asyik cakap gini ja, tapi kalau diikutkan orang yang berkata begini ni advance lagi dari saya tau kalau masuk "topik" nih..malaslah nak habaq siapa..
hehe!!paham dak topik apa??Buat-buat pahamlah yer..Seganlah nak kestau..fuh~

Petang semalam terseronok pulak sembang-sembang dengan famili sebab line clear, bak kata kakak saya..tujuannya nak tanyalah, nak belikan ape untuk minah kecik kat rumah tu, Rina..tapi soalan yang tak boleh saya lupa sampai sekarang (adeyh, baru berlaku 12 jam yang lepas dari saat menulis nih) ialah:

[conversation adalah dalam bahasa sarawak ya!]


"Betul ke ko nak kahwin cuti nih??" selamber je kakak saya tanye..

Saya kaget.

"Eh, bila pulak aku cakap aku nak kahwin??" seingat saya, saya memang langsung tak pernah cerita pasal kahwin-kahwin secara terbuka dengan famili. Alasan, segan. Betul. Malulah.

Kakak saya bilang, sumbernya adalah dari adik saya. Ceyh, sukahati ja cakap begitu kat famili.


"Boleh ke kalau nak kahwin cuti nih?"
sungguh provokasikan soalanku?

"Eh, boleh jer. Tak kisah.."
Hah, sudah!Kakak menjawab sambil gelak-gelak. Ish.

Maka sambungku,
"Tapi masalahnya......" Tak sanggup nak sambung dialog seterusnya dengan kakak kat blog. Seganlah kat pembaca. [emoticon malu-malu kat ym]

Kesimpulan yang boleh saya buat, jodoh tidak akan datang bergolek. Usaha perlu ada, namun biarlah dengan cara yang betul. Sungguh saya pelik, kenapalah ada pasangan yang tak kahwin lagi, sungguh-sungguh berdoa semoga hubungan mereka diberkati. Seperti pencuri, sungguh-sungguh nak menderma hasil curian untuk disalurkan ke Tabung Amal Palestine.


Entah di mana silapnya, boleh pulak berdoa begini. Serius, kenapa ya?
Sekarang, saya masih mencari diri sendiri. Dan mungkin, saya belum mengenali diri saya sendiri dengan sepenuhnya. Dan saya tahu, Allah semestinya Maha Mengetahui, bilakah masanya saya mampu. Urusan teknikaliti, bila dan siapa sangat tidak membantu. Persoalannya sekarang, adakah layak saya menjadi hadiah teristimewa buat bakal mujahid saya dan dia.




Bermujahadahlah untuk menjadi hadiah teristimewa buat mereka untuk bekalan dunia dan yang abadi selamanya di sana. [terasa belum boleh menjadi istimewa]

FirmanNya,

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”

[al-Dzukhruf 43: 68-70]


Tetibe ada mood nak cerita pasal hal nih. Apsal la pulak nih? Semoga terselit sedikit peringatan buat semua..=)


4 pEsAnAN:

Shafiqah said...

hehe.. benda baik elok disegerakan..
boleh sy rasa nasik minyak srwk pnye... hehe

zaf said...

Maha Suci Allah

Saat penantian adalah pencarian diri

=)

aKmA said...

to shafiqah

adui, nak segera apelah jugak dik oi..takdak calon daa..malaz aih nak pikiaq..nanti-nantilah..haha!!sedang menanti putera raja turun dari kayangan..=)


to kak zaf

amboi kak zaf..apa-apa pun, saya dahulukan yang lebih tua dulu..he3!!harap summer ni dapat berita baek dari akak..hik3~

Anonymous said...

itu quote sape?

(kenape la sy lmbt baca post ni? mahu serang kak akma pasni. hehe)