Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Saya tahu lirik lagu nih dari seorang kenalan..Sesuai dengan naluri saya 2-3 hari nih..Isnin lepas result para junior saya di KYUEM sudah pun diketahui..tahniah saya ucapkan pada adik-adik yang berjaya…pada yang merasakan dirinya kurang bernasib baik,percayalah ALLAH sedang menunjukkan jalan yang lagi cun dan cantik buat hidup anda selepas ini..walaupun pahit sekarang namun tetap jua perlu ditelan..
Saya bukan seorang penasihat yang baik, tapi sekiranya ingin menjadikan saya seorang pendengar yang setia dan sekadar memberi sedikit kata-kata peransang insyaALLAH saya mampu..saya faham apa yang sedang kalian lalui kerana saya sudah berada di zaman tersebut suatu ketika dahulu..memang sukar untuk menerima kenyataan yang pahit tapi disitulah proses belajar yang sebenar..hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah..
0 pEsAnAN:
Post a Comment