Comelnya buat tazkirah sama-sama. :D
Terima kasih kepada penganjur ceramah munakahat ini. MasyaALLAH, ramainya bilangan pendengar ceramah, Kahwin Sekarang atau Karang anjuran warga Warwick ini. Semangat semuanya! Mungkin sebab tajuk ceramah sedikit unik lantas boleh menarik ramai manusia yang mahu sertai. Kahwin atau belum pendengarnya, lain cerita ya!
Memang saya tahu kahwin atau nikah itu adalah ibadah. Namun saya jarang untuk memperhalusinya. Adakah kita kahwin kerana teringin, kemahuan, tengok sahabat kahwin lantas mahu juga, ataupun melihat perkahwinan itu sesuatu yang boleh dibanggakan (aku sudah, kasihan engkau tak kahwin lagi.). Moga bukan ini tujuannya.
Apa yang saya dapat? Sedikit sebanyak perlu dikongsi.
Fitrah
Islam agama fitrah. Semua manusia memiliki fitrah untuk makan dan minum. Namun cantiknya Islam, Islam ajar agar orang Muslim makan dan minum yang halal sahaja. Begitulah juga cinta. Cinta yang halal hanyalah nikah. Kalau tidak mahu nikah lagi, Abang Johari (penceramah) anjurkan untuk berkhitbah (melamar). Sudah ada calon? Pergilah melamar, carilah orang tengah, nanti terlepas susah pula. Arahan kepada pembaca lelaki sebab perempuan malu-malu untuk melamar. Perempuan, saya faham perasaanmu. (Konklusi sendiri).
Baitul Muslim
Pernikahan yang baik bakal memperhebatkan lagi suasana dakwah. Tidak hairanlah peranan Baitul Muslim itu sangatlah penting dalam sesebuah organisasi Islam. Dari sinilah, titik tolak dalam memastikan generasi seterusnya adalah terdiri daripada mujahid-mujahid kecil yang bersedia memperjuangkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Tertegaknya Islam di dunia ini bukanlah memerlukan masa 2-3 tahun, malah berapa lamakah masanya pun kita belum pasti selagi masih ada umat Islam yang tertindas. Ingat, kita hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga. Maka, perlulah kita memastikan generasi seterusnya adalah mereka yang berJIWA BESAR untuk kelangsungan dakwah. Besar impak Baitul Muslim!
Memilih pasangan
Penting buat diri untuk memilih pasangan yang baik. Namun, bertepuk sebelah tangan akan tiada hasilnya. Maka, dirimu yang memilih kena MENJADI apa yang kau mahu. Mungkin ada yang berpendapat 'melengkapi antara satu sama lain' menjadi titik penyelesaian untuk kurang berusaha untuk MENJADI, namun sejauh mana kita tahu pasangan kita itu melengkapi apa-apa yang tidak lengkap pada diri sendiri? Katakanlah kau MENJADI kerana ALLAH, bukan penamat niatnya adalah ingin mencari jodoh yang baik sahaja. Engkau berusahalah, pasti ALLAH berikan yang terbaik. Andai berusaha untuk malas, redhalah atas 'usaha' malasmu. Terimalah pasanganmu yang malas!
“Say, ‘My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.’” (6:162)
Dakwah
Mereka yang membawa dan berusaha untuk memartabatkan Islam tidak ramai, hanya sedikit sahaja. Yang istiqamah juga sedikit bilangannya. Ada yang letih, penat, mahu full-time bersama keluarga selepas nikah, dan banyak lagi alasan. Penulis ini pun tidak pasti bila masanya ALLAH tarik nikmat semangat yang ada di dalam hati. Naudzubillah min zalik, Ya Rabb. Maka sahabat, ingatkan saya andai satu hari nanti saya futur, ajaklah saya kembali! Ingatkan saya untuk apa saya penat-penat buat kerja dakwah! Tolong ya. Serius ni. Nanti saya takut saya mati sia-sia. Biarlah saya mati ketika saya masih bersemangat dan terus istiqamah.
Oleh yang demikian, untuk memastikan diri terus dalam medan dakwah, antaranya perlu ada kefahaman, kahwin itu ibadah. Peranan pasangan adalah memberi nasihat dan sokongan, bukan penghalang usaha!
JANGAN KAHWIN SUKA-SUKA! Amat rugilah andai isu perkahwinan ini dipermain-mainkan. Kita bukan artis,orang popular yang sesuka hati kahwin-cerai-kahwin-cerai. Tidak suka, cerai! Ini bukan misi dan visi seorang da'i. Yang membawa Islam kena luar biasa. Luar biasa dari segi misi dan visi untuk meraih redha ALLAH. Kitalah yang berperanan untuk memastikan fikrah mujahid-mujahid kecil nanti adalah untuk Islam. Andai kahwinmu tiada misi dan visi yang benar, moga Allah tunjukkan jalan untuk anak-anakmu dan generasimu kepada Islam.
Saya menulis ini lebih kepada menasihati diri sendiri. Usaha pun masih Grade D. Maka, perlu lagi saya naikkan kecemerlangannya. Konklusinya, saya perlu mencapai sekurang-kurang Grade C+ untuk bersedia menjalani ibadah yang satu ini. Kerana hidup ini satu perjalanan yang belum tahu bila penghujungnya, saya doakan semoga usaha saya ke grade yang lebih tinggi dibantu oleh seseorang yang turut berusaha juga. Ameen. (Tolong berhenti membaca sekejap untuk ameenkan doa saya.)
Saya dengan rendah hatinya tumpang seronok dan bahagia atas perkhabaran indah dari kakak-kakak dan abang-abang yang bakal dan sudah melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat Kak Maizatul dan Hazman Hadi, serta yang ditunggu-tunggu, Kak Zaffan dan bakal suaminya untuk ibadah bulan Mac ini. Semoga berjalan dengan penuh rahmat dan kasih sayang. (Tolong berhenti membaca sekejap untuk ameenkan doa saya.). Dan ramai lagi mereka di luar sana yang mendirikan baitul muslim dengan misi dan visi yang jelas. Moga dakwah kalian terus kencang. Doakan kami untuk sama-sama menyahut seruan ini dengan sebaiknya. :)
Allahumma Ameen.
4 pEsAnAN:
Ye saya berhenti membaca dan doakan.
dan akan sentiasa doakan kak Akma.
Ameen..InsyaAllah. (^,^)y
MasyaALLAH.
Thanks bro!
The same goes for you.
Ameen..InsyaALLAH.
Kak pun doakan yg terbaik utk akma.
Utk bro pun.Sape bro ni tatau.
Ok akma.
papai
Baguslah k.reym ni. Tak kenal pon nak doakan gaks. (kalau saya, tak teringat pon nak doa orang tak dikenali, just random by using kata ganti kami. hehe)
Allahumma ameen, allahumma ameen..moga ALLAH perkenankan doa. Usaha jua, k reym!
Post a Comment