Thursday, February 11, 2010

Ujian Nikmat, Nikmat Ujian

Menjelaskan cerita hati dalam bentuk perkataan sebenarnya terlalu sukar. Jelas, kehidupan ini bukanlah semuanya boleh diceritakan namun dirasai. Merasai kepahitan, merasai kemanisan, merasai kepayahan segalanya adalah tanggungjawab hati. Kawal hati, kawal perasaan, itu yang seringkali dididik oleh diri saya kepada hati saya sendiri. Namun, bukanlah semuanya berjaya ketika dalam proses mendidik hati.

Saya faham, hati perlu dijaga, perlu ditarbiyyah, tazkiyatun nafs itu yang paling penting untuk mendapat hati yang segar dengan iman. Sebagai seorang hamba ALLAH yang tidak dapat lari dari kesilapan, hati ini dirasakan payah sekali dijaga. Mengunci apa yang lahir dari hati bukanlah tarbiyah yang baik. Hidup ini realiti. Maka proses mendidik hati, perlukan tarbiyah yang realiti!

Apa yang saya maksudkan dengan tarbiyah yang realiti? Sebagai contoh, kita bersemangat amat dalam menasihati sahabat yang berhadapan dengan ujian kehidupan. Nasihat-nasihat biasa:

Sabarlah, ALLAH ada.
Berusaha lagi, insyaALLAH boleh tu!
Tabahkan hati, doakan yang terbaik buat arwah.
dan lain-lain lagi.

Memang, kita senang bermain dengan teori. Senang sangat! Tapi bila diri diuji, sejauh mana nasihat yang kita berikan berguna buat diri sendiri? Sejauh mana? Yang tidak mengalami masalah yang boleh meruntun masalah di hati, bisa saja mengeluarkan segala nasihat, segala teori dan lain-lain. Penat, penat berhujah itu dan ini.

Memandang masalah adalah satu nikmat pada hati adalah lebih indah jika memandang masalah itu sebagai satu bebanan yang boleh memberi hati kecewa. Allah menguji tanda sayang. Berhadapan dengan ujian ALLAH adalah satu tarbiyah yang REALITI! Nikmat yang tidak semua orang perolehi.

Memandang nikmat dari ALLAH sebagai satu ujian itu juga perlu. Nikmat kesenangan, nikmat makan, nikmat harta, itu segalanya ujian. Kadang-kadang manusia tiada sedar diri diuji dengan nikmat. Kita lupa bersyukur, lupa bermuhasabah mengapa kita diturunkan pelbagai nikmat di dunia. Lihat jarimu sekarang, pernah melafazkan tahmid kerana adanya ia?

Bersikap positiflah dengan ujian ALLAH. Kesenangan akan datang selepas kesulitan. Allah, semoga aku mampu mendidik diri dan hati dengan ujian yang REALITI ini. Nikmat itu ujian, ujian itu nikmat!

Perasaanmu diuji! Pandai-pandai jaga ya!



Berbungalah hati walau dirimu dilanda petir yang hebat!



Akma, 11 Februari 2010

2 pEsAnAN:

Anonymous said...

You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view

Anonymous said...

You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view