Tuesday, March 30, 2010

Risau..T_T

Saya tahu meluahkan segala kerisauan di hati ni kat blog bukan satu penyelesaian yang terbaik. Tapi mungkin boleh menjadi satu kenangan pada saya suatu hari kelak. :(

Risau sangat waktu menulis ni. Banyak sangat benda nak kena fikir. Pasal study, pasal kes saman, pasal urusan yang tak selesai-selesai lagi ni, dan banyak-banyak lagi. Kadang-kadang rasa macam nak lari pergi jauh. Nak hilangkan keserabutan otak yang menggunung!

Walau tengok saya ni happy ja memanjang, tapi tak siapa tahu otak saya dah serabut fikir banyak benda. Kesibukan yang tak sudah, keserabutan yang menjejaskan mood, mungkin boleh jadikan saya 'kurang siuman' kalau tak kawal betul-betul.

Mujur ALLAH berjanji akan bersama dengan orang-orang yang SABAR. Jadi akma, jangan sedih-sedih, kena sabar!Happy happy ok!:)

p/s:Kes saman ni lah yang buat saya makin tak keruan..T_T

Saturday, March 27, 2010

Sedih lagi!


Seminggu lebih dah memohon kepada IluvIslam tapi tiada maklum balas. Tak lepas lah kot ni.

T_T

Takpe, takpe. Tak boleh menyumbang untuk ILuvIslam, kita sumbangkan terus kepada Islam. Banyak lagi mediumnya. Kami dah mula cuti sekarang. Namun kerja-kerja tertunggak sangatlah banyak!

T_T


Thursday, March 25, 2010

Sedih Pula

how much I miss you, amnan!
alhamdulillah, besar dah..:)

Meronta nak balik!

Tragedi Tragis

Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..


Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya... s
etengah jam kemudian bila sy kesitu lg.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluarpun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dlm keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

kisah keempat:Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah .. hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu.. namun atas semangat pimpinan pembela rundingan terus berlangsung dan akhirnya pihak PTD memberi masa tiga hari utk berpindah.. walau tiga hari ianya cukup bermakna utk penduduk disitu mengimbau kenangan berpuluh tahun menghuni kaw tersebut..".. terimakasih kpd seluruh yg terlibat.. hanya sedikit kisah yg dpt digambarkan disini..

perjuangan perlukan pengorbanan..








p/s: Jumpa artikel ni dekat facebook, Khalim Sakib. Kredit untuk beliau. Betapa bila tengok gambar ini, semakin benci pada mereka yang berkuasa menindas penduduk yang miskin sesuka hati. Siaplah hangpa, terimalah akibatnya suatu hari nanti...!


Wednesday, March 24, 2010

Orang Kurang Siuman Buat Ni!





Kadang-kadang saya 'mencarut' jugak bila tengok gambar begini. Geram sangat-sangat pada siapa yang buang bayi-bayi ni. Geram sampai nak bunuh jugak orang yang buang bayi ni. Tak ada akal ke camne?

Moga Allah jauhkan kita serta kaum kerabat dan sahabat handai buat kerja bodoh ni. Zina, zina. Hebat sungguh rosakkan manusia.! Kalau bukan sebab zina pon, ibu bapa yang kurang tarbiyah baitul muslim ni yang buang anak.

Janganlah kita tergolong. Nak hampiri zina pon jangan. Sabar, sabar. Tak lari gunung dikejar. Jaga diri jangan biar tercemar sebelum kita sah jadi isteri atau suami orang. Peringatan buat diri. :)

Yuk, kumpul ilmu BM dan praktis! *Heh, kena mula!*

Tuesday, March 23, 2010

Muhammad Rasulullah (saw)

Your face is bright like the shining moon
Lighting up darkness of the night
We are here, we think of you
Oh Muhammad Rasulullah

The coming of you make the brightest day
Shining through along the way
You bring the love of Al-Islam
You are the symbol of unity

You bring the light to the entire world
You bring the hope into human lives

You lead us to the way of truth
Oh Muhammad
Oh Muhammad Rasulullah

Well my friends the time has come
To have some peace and serenity
From the love of Rasulullah
Oh Muhammad Rasulullah


Sunday, March 21, 2010

Saya



Saya di sini hanya mampu berdoa.
Kalaulah saya boleh cakap segalanya.
Tapi, maaf saya tak mampu.
Saya sesak dengan perasaan.






Friday, March 19, 2010

Sukalah, saya tenang hari ni!

hehe, ada tag Iluvislam di situ. Mencuba untuk memohon. Manfaatkan untuk Islam, yuk!


Jumaat ialah hari yang paling saya gemar. Hanya satu kelas sahaja kena hadir. Seronok! Dan tambahan sekarang, musim bunga pun dah tiba. Jadi cuaca pon indah sangat. Tak panas, tak sejuk. Suka, suka, suka!

Tapi hari ini tak hantar homework Fluids Mechanics. Ish, jahat! Susahnya nak kiraaaaa! Jadi buat keputusan hantar Isnin ni. Haraplah sangat faham topik itu. Rasa diri macam tak berguna ja tak boleh faham banyak benda. Aish!

Selepas kelas pagi ini, saya mengambil jalan lain untuk balik ke rumah. Ronda-ronda Botanic Garden! Bahagia rasanya sebab sedikit sebanyak stress, beban, dapat diatasi dengan baik. Bila tengok budak-budak berlari-larian di Botanic, teringat sangat kat Nurina dan Amnan. Bila tengok makcik dan pakcik tua berjalan-jalan di Botanic, teringat kat nenek-nenek dan famili di Sarawak. Ai, bahagia rasanya bila tengok ragam orang yang bahagia.

Saya duduk sorang-sorang di suatu sudut sambil baca buku Sis Zabrina, Life is An Open Secret dan minum mochacinno. Buku ni saya beli sebelum terbang ke Belfast lagi, tapi tak habis-habis lagi baca. Mungkin sebab buku English jadi takde mood nak baca kot. Ish! Tapi English dia boleh faham what! Cakap ajelah malas, habis cerita. :P

Serius, saya perlu terapi ini hari-hari. Hidup tak boleh stress! Susah nak maju. Lain kali kena bawak Quran pergi Botanic, mesti bertambah-tambah hilang stress nya. Wow, macam menarik idea ni! Berazam nak buat. Yes! Saya tak boleh stress, hati susah nanti nak berzikir. Tarik dan hembus nafas ye dan buat secara berulang-ulang. :)

Hilang stress, hidup best!


Jangan cakap kat siapa-siapa

marah ni, tak boleh 'main' air banjir..:P


kakak seronok ye main?cess..


Apabila kampung dilanda banjir Disember lepas. Ai, seronok pulak bila tengok gambar ni balik. Macam nak balik ja ni. Adoi!

Sabar ye, sabar!

[Kalu tak tukar link lagi, mesti kakak2 tahu betapa aku nak balik rumah..Haha, perlu rahsia!]

p/s: Malas nak cakap kat kawan-kawan tukar link blog. Biarlah. :P



Tuesday, March 16, 2010

Gila Poster


Berjaya menukar link blog atas sebab-sebab tertentu. Segan famili baca tu yang tukar link. Nanti diorang tahu apa yang merisaukan saya di sini (seperti selalu menulis dalam keadaan risau dan gundah gulana) melalui penulisanku. :P

Mulai detik ini, satu keputusan dalam hidup sudah diputuskan. Bimbang berlanjutan, saya tekad untuk hentikan. Bimbang diri jadi fitnah pada Islam, jadi saya mesti KUAT. Hanya ALLAH sahaja yang tahu. :)

Hari-hari dilalui dengan biasa, tiada yang istimewa. Diri meronta untuk balik Malaysia tapi tak boleh jugak. Kena jimat-jimat. Huhu. Setakat itu, jumpa lagi! Nikmatilah poster-poster istimewa dari saya. :)




untuk AJAH..:)


Hari Ukhuwah QMC yang bakal berlangsung


hah, yang ni tak tahu kenapa..:P


p/s: Akan membuat poster ketika bosan yang amat.

Friday, March 05, 2010

Bunga

bunga purple, ke pink?


bunga matahari


lagi bunga matahari


Musim Bunga hampir tiba,
Selayaknya hati terus berbunga,
Namun bisa layu,
Bisa dipetik jua.

Petikan itu penentu segalanya.
Tapi episod kisah bunga dan pemetik cerita lain.
Undur diri, off to Dublin esok!
:)



Tuesday, March 02, 2010

Jalan-jalan

Teringin nak berjaulah lagi. Tahun ni, memang tidak berkesempatan nak berjaulah kemana-mana dah. Waktu yang ada terasa terlalu padat dengan aktiviti dan komitmen. :(

Namun apa yang saya buat, saya berjalan-jalanlah di sekitar Belfast ini sahaja. Ke city, ke Asian Market, ke Botanical Garden dan lain-lain lagi untuk menghirup udara yang segarlah jugak. Seronok jalan sorang-sorang. Ringan kaki melangkah. Stress pun sedikit hilang.

Memang agak mencabar liku-liku hari yang dihadapi sekarang. Perlu seimbangkan diri, mental dan fizikal. Masalah pun, cubalah untuk hadapi dengan sebaik mungkin. Kalau faham, ujian tanda sayang ALLAH, saya tak akan pernah bersedih. :)

Jadi, melangkahlah diri selagi kau masih berada di bumi ALLAH. Larutkan dirimu dengan ketentuanNya. Doakan saya dalam doa kalian. :)

JZKK