Friday, March 19, 2010

Sukalah, saya tenang hari ni!

hehe, ada tag Iluvislam di situ. Mencuba untuk memohon. Manfaatkan untuk Islam, yuk!


Jumaat ialah hari yang paling saya gemar. Hanya satu kelas sahaja kena hadir. Seronok! Dan tambahan sekarang, musim bunga pun dah tiba. Jadi cuaca pon indah sangat. Tak panas, tak sejuk. Suka, suka, suka!

Tapi hari ini tak hantar homework Fluids Mechanics. Ish, jahat! Susahnya nak kiraaaaa! Jadi buat keputusan hantar Isnin ni. Haraplah sangat faham topik itu. Rasa diri macam tak berguna ja tak boleh faham banyak benda. Aish!

Selepas kelas pagi ini, saya mengambil jalan lain untuk balik ke rumah. Ronda-ronda Botanic Garden! Bahagia rasanya sebab sedikit sebanyak stress, beban, dapat diatasi dengan baik. Bila tengok budak-budak berlari-larian di Botanic, teringat sangat kat Nurina dan Amnan. Bila tengok makcik dan pakcik tua berjalan-jalan di Botanic, teringat kat nenek-nenek dan famili di Sarawak. Ai, bahagia rasanya bila tengok ragam orang yang bahagia.

Saya duduk sorang-sorang di suatu sudut sambil baca buku Sis Zabrina, Life is An Open Secret dan minum mochacinno. Buku ni saya beli sebelum terbang ke Belfast lagi, tapi tak habis-habis lagi baca. Mungkin sebab buku English jadi takde mood nak baca kot. Ish! Tapi English dia boleh faham what! Cakap ajelah malas, habis cerita. :P

Serius, saya perlu terapi ini hari-hari. Hidup tak boleh stress! Susah nak maju. Lain kali kena bawak Quran pergi Botanic, mesti bertambah-tambah hilang stress nya. Wow, macam menarik idea ni! Berazam nak buat. Yes! Saya tak boleh stress, hati susah nanti nak berzikir. Tarik dan hembus nafas ye dan buat secara berulang-ulang. :)

Hilang stress, hidup best!


0 pEsAnAN: