Monday, May 24, 2010

Kisah WOW

WOW! tahniah farahsuke hijou atas poster ini. WOW!


Classical paper tadi sedikit membingungkan. tak WOW pon. Rajin cikgu buat soalan baru. Dahlah semua topik pula tu. Langsung tak sama dengan past papers. Nota pon macam tak ada baca pon apa yang cikgu soalkan dalam paper tu. owh mungkin ada cuma saya payah nak berfikir di luar kotak.

Khamis ini Analysis pula. Emm, subjek terawal dibelajar. WOW kan? Tapi macam banyak dah tak ingat. T_T. Saya bab hafal ni memang lemah. Owh analysis ni bukan kira-kira. Sekadar analysis. Heh. Macam banyak proof, lemma, theorem bagai yang perlu dihafal. (dejavu, macam pernah cakap sebelum ini).

Selepas exam tadi, melangkah longlai keluar dari dewan peperiksaan. Mencongak-congak soalan mana yang boleh dapat markah simpati. Owh macam perlu markah simpati! Moga ALLAH lapangkan hati pemeriksa dan dimurahkan hatinya untuk memberi markah yang baik pada paper saya. Sambil menadah tangan. \../ <<---ada macam orang menadah tangan tak ni? WOW!


Dah malas nak WOW banyak-banyak. Masih tak start lagi revise next paper waktu menulis ini. Tak WOW, tak WOW!