Mencari ilham menulis.
Baru sahaja habes exam semalam. Alhamdulillah. Emm, banyak betul daku lupa. Padahal sudah berkali-kali buat latihan. Takpelah, tawakal ja dengan apa yang sudah diusahakan. Janganlah sedih ye. InsyaALLAH. Allah nak kita bergantung sepenuhnya ni. Kalau yakin sangat bimbang kita rasa semua itu adalah datang dari usaha sendiri tanpa bantuan dari ALLAH. Naudzubillah. Tawakal, doa banyak-banyak. :)
Semalam sewaktu dalam dewan peperiksaan, terperasan gelagat classmateku yang seorang itu. macam tak menulis apa-apa pon? duduk, belek-belek kertas, tekan-tekan kalkulator, tengok-tengok jam, alih-alih 45 minit selepas exam bermula, dia keluar dah. Hah? Haih, ada jugak yang tak kisah rupanya pasal exam. sempat jugak usha tengok paper dia dari jauh, kosong tak bertulis. HUHU.
Saya akui saya tak ikut sangat cerita Gaza sekarang. Apa yang saya tahu, bantuan ke Gaza disekat dan Zionis Laknatullah itu sedang berjuang menghalang bantuan masuk ke Gaza. Nampaknya saya terlalu mementingkan ujian dunia sampaikan berita pon tak baca sangat. HUHU. Tapi apa yang lebih penting, ubah diri untuk membantu Islam di sekeliling.
Semalam sertai Kuliah Online di paltalk tentang Gaza Flotilla. Paltalk daku bermasalah sangat. payah sangat nak online guna paltalk ni. HUHU. Kejap je sertai kuliah online, tapi apa yang saya dapat dari kuliah tersebut, untuk menjadi Salahudin Al-Ayubi yang ke-2 kena ubah diri untuk menjadi lebih baik. Kalau jadi engineer jadi engineer untuk Islam, kalau jadi doktor jadi doktor untuk Islam dan seterusnya.
Perancangan Israel sekarang sangat terancang, Bak kata kalam hikmah Saidina Ali, Kebatilan yang terancang mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Mereka tahu Umat Islam semangat mereka bermusim. Semangat semasa orang kata. HUHU. Terasa juga sebab jarang doa untuk sahabat di Palestine. Jahat, kan? Tulah Israel masih mengganas tu.
Emm, orang kafir pon membuat rancangan. Umat Islam perlu juga tau! Kata penceramah dalam Kuliah Online tu, Umat Islam wajib berada dalam organisasi untuk merancang bersama dan menghapuskan kebatilan bersama. Tak dapat buat kerja sorang-sorang. HUHU. Logik ja. Takkan nak pergi perang dengan Zionis sorang-sorang. Memang tak patut. Mati katak kottt~
Banyak kerja tertangguh ni. Selepas ini nak mulakan misi ke bank untuk settlekan bank card yang hilang. Alhamdulillah, check online banking tadi, duit masih di tahap selamat. Semoga ALLAH permudahkan urusan semua. Jangan cuai lagi akma. HUHU.
Hikmah tetap ada untuk semuanya. Berdoa selalu ya. Owh rindu pula dengan library lepas ni. Nak pergi library lah. hehe.
0 pEsAnAN:
Post a Comment