Ada orang nak masuk meminang ke? Hehe. apa entah aku merepek ni. Mungkin ada orang nak masuk meminang kakak kot tu yang teruja tak sudah-sudah. Ameen.
(mira ingat ada orang nak meminang saya ek?hehe, mira je yang akan baca blog saya, jadi saya rasa saya sedang bercakap dengan kamu. hehe)
Bayangkan lepas je keluar dari exam hall, saya dah berlari masuk perut bas. Memang jenis manusia yang kurang kesabaran dalam hidup, kan? Dengan ucapan,
saya keluar dari dewan dan saya berserah pada Illahi. InsyaALLAH 7 September nanti keluarlah resultku. Ya Allah, hanya kepadamu kusandarkan segala harapan. Ameen.
Selepas exam hari tu juga, saya terasa macam orang kurang siuman sebentar, senyum sorang-sorang dalam bas, berjalan pun senyum-senyum. Angau kot. Hehe. Sekarang pun, hari-hari saya kemas beg saya. Lalalala.. :P
Memang di setiap kepayahan akan hadir kebahagiaan. Teruskan tekad, bulatkan keazamanan. Yosh, pengajaran untuk final year nanti ialah, jangan study last minute dan prepare sehabis baik untuk kebahagiaan akan datang dan akhirat kelak. Allah suka orang yang berusaha. :)
Lagu ni saya tujukan buat diri saya. First time dengar kat blog orang, tapi lepas tu masuk balik blog beliau dah tukar lagu lain. Alaaa, sudahlah tak ingat tajuk lagu, dan memang nak dengar lagi lagu tersebut masa tu. At last rayau-rayau youtube hari ni, jumpa lagu-lagu Mestica, tadaaa I found it! :D
Mimpi Yang Indah Mestica
Telah kulalui jalan berduri
Sejuta harapan terusku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impin
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya uintuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
*
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati
Azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernah kau cuba untuk mengerti?
All in all, Thanks to ALLAH atas segala nikmat yang diberi. Tak sabar nak tengok episod SyurgaMu Ramadhan yang seterusnya. *tibe-tibe kan?*
1 pEsAnAN:
hahaha..
xla, kita rse, mmg ade org meminang akk skali kot..cmne??
wajib kasi tau!!! share la kak...
hehehehhe...
Post a Comment