Tuesday, October 05, 2010

Stress tak?


Nak kata busy final year ni, takdelah mana.mungkin sebab tutorial pon tak start lagi, jadi homework pon tak banyak sangat.hah, tunggulah minggu ni bertimbun-timbun homework.siapkan diri dengan fizikal dan mental. *.*

Saya bersyukur sebab school tak wajibkan pelajar ambik projek untuk final year.Kalau diikutkan semua final year kena buat projek.Tapi alhamdulillah kami takde.Tapi mungkin lecturer akan lebih strict bagi markah untuk exam nanti.huhu gerun nye.

Jauh di lubuk hati saya, saya tak sabar nak lepaskan tanggungjawab yang saya pikul sekarang.Bukan mudah nak jadi pemimpin, banyak benda nak kena pikir elok-elok dan elok lagi.Kalau mengikut pengalaman sebelum ini, saya ni bukanlah sapa-sapa kat sekolah mahupun kolej.

Sekolah rendah dulu, paling tinggi jawatan saya adalah selaku pengawas dan penolong ketua kelas kot. Tapi saya masih ingat lagi, waktu darjah satu, Guru kelas saya pernah puji saya lebih-lebih dalam buku laporan. hehe. Waktu tu memanglah sukakan. Budak-budak mana yang tak suka dipuji, cakap-cakap! :P

Agak menjadi pelajar kegemaran jugalah dulu-dulu.Selalu dapat nombor 1.Cikgu selalu suruh saya buat kerja, hantar buku ke bilik gurulah, tolong cikgu itu ini lah. Kan, kalau kat sekolah rendah dulu, kalau cikgu mintak tolong kita macam-macam, dia memang sayang kat kita lebih sikit, kan?hah macam tulah apa yang terjadi pada saya.wink wink.

Sampai sekarang, cikgu sekolah rendah saya ingat saya oh.Pernah adik saya cerita, cikgu Aminah tanya khabar saya, cikgu Musliha, dan lain-lain lagi.Maklumlah selepas tu saya dah masuk sekolah berasrama penuh, tak jumpa dah cikgu-cikgu sekolah rendah.

Tapi lain jadinya semasa sekolah menengah.Saya bukanlah pelajar kegemaran.Memang ramai sangat budak-budak cerdik, cemerlang, aktif kat sekolah tu.Maka saya pon hanyalah tergolong sebagai pelajar biasa-biasa sahaja.Tapi study adalah prioriti saya, namun saya tak pernah dapat masuk kelas pertama(Alfa), mesti kelas kedua sahaja(Beta).Result pun tak gempak, setakat dapat ranking 20+ ke bawah tu, jangan mimpi nak masuk first class.Huhu.

Walaupun saya memang kuat belajar masa kat sekolah menengah, tapi tak menghalang saya untuk aktif dalam bidang-bidang lain.Hah, cuba teka bidang apa?Kalau ingat balik, saya memang boleh gelak sorang-sorang.Adakah benar aku seorang pen**ir, pen***ak, pe***nyi dan pe**ri suatu ketika dahulu?Uh, memang tak dapat terima akal.Kenapalah saya suka benda-benda macam tu dulu.Memang pengaruh rakan sebaya.Cikgu siap letak kebolehan saya dalam sijil berhenti sekolah kot.arghh, apelah cikgu ni!

Kalau zaman kolej matrikulasi dan KYUEM, saya lebih suka menjadi orang yang biasa-biasa sahaja.Malas menonjolkan diri.Suka jadi follower.Kalau dari segi belajar pon, saya bukanlah sepulun orang lain.Semakin pemalas kalau nak dibandingkan zaman sekolah rendah dan menengah.Entahlah apa nak jadi masa tu.

Rezeki dari Allah, saya ditempatkan di bumi asing ini yang mana saya tak pernah mimpi pun nak belajar sejauh ini.Kalau diikutkan dahulu, saya pernah berazam kalaulah saya dapat result yang baik untuk A Level, saya nak merayu pada sponsor untuk tak nak fly.Saya dah tak tahan dah masa tu sebab selalu duduk jauh dengan famili.

Mula-mula, masuk sekolah menengah berasrama yang jarang-jarang nak balik.
Selepas itu, 3 bulan di PLKN (tak suka!)
Lepas PLKN, ke Matrikulasi selama setahun, dan juga jarang balik(tiket balik mahal oh!)
Lepas tu, Masuk KYUEM pula (yang juga jarang balik!)

Kadang-kadang boleh stress juga berjauhan ni, kan?

Erk, apa kaitan dengan sejarah hidupku dengan ketidaksabaran melepaskan jawatan ni?Oh, mungkin persamaannya adalah stress.hehe.yang cerita-cerita lain adalah salah satu cara untuk hilang strees.takdelah stress mana pun, tapi kalau diikutkan hati, saya nak duduk dalam rumah selama bertahun akhir ini,hidup sorang-sorang.Urgh, tapi perempuan memang tak mampu buat macam tu.Kalau lelaki saya percaya.Tak percaya, silalah baca buku John Gray tu, Men are from Mars, Women are from Venus. :P


kakak dan adik sedang mendaki bukit di belakang rumah.hehe





0 pEsAnAN: