Beberapa cubaan sudah dilakukan untuk mengemaskinikan blog ini. Oh momentum menulis sudah hilang nampaknya. Sedikit sebanyak perkongsian untuk FUiYo 2010.
Setelah dua kali menghadiri PUISI iaitu pada tahun 2008 dan 2009, kali ini saya nekad untuk ke FUiYO walaupun kontinjen ke FUiYO tahun ini adalah sebanyak 2 orang sahaja dari Belfast. Pada asalnya 'tertekan' juga dengan info tempat yang agak lambat (memandangkan saya kena beli tiket untuk ke mainland), maka hati kadang-kadang mahu ke PUISI 2010(lebih dekat dan tak perlu risaukan tiket). Namun saya perlu menemani adik junior yang merupakan salah seorang AJK Dapur FUiYO kali ini. Maka hasrat untuk ke PUISI bersama kontinjen besar Belfast terpaksa dipadamkan. Kesian kat adikku yang seorang ini. =)
Maka sebelum tempat FUiYO diumumkan kami telahpun membeli tiket untuk ke Liverpool, menemani beliau menemui sahabat akrabnya yang lama tidak bertemu. Dan dipendekkan cerita, pada tarikh penerbangan tersebut, flight kami telah dibatalkan pada malam 18hb Disember tersebut dan terpaksa mencari tarikh lain untuk terbang ke Liverpool. Alhamdulillah bertemu juga dua hati yang terpisah itu keesokkan harinya. Niat di hati akan membatalkan penyertaan ke FUiYO sekiranya penerbangan dibatalkan sekali lagi. Namun, Allah menentukan segalanya. =)
Dan pada 22hb Disember, FUiYO pun bermula. Dan saya bertindak selaku fasi kumpulan 13 untuk Yuhanis, Qistina, Arah, Adibah dan Khalida Husna.
Then you STAND!
Untuk menghuraikan satu persatu semua slot ceramah dan LDK di FUiYO tidaklah kumampu. Pengsan pengsan. Tapi apa yang paling terkesan ialah penglibatan peserta dalam menghadam modul yang ingin disampaikan. Siapa sangka 'Butterfly Effect' telah menjadi zikir kedua para peserta.
Tema FUiYO kali ini ialah Metamorphosis. Sejujurnya walaupun sudah lama menerima lamaran untuk menjadi fasi, saya sendiri pon tidak tahu mengapa tema ini diambil. =)
Tapi, kena juga hadam sebelum menyampaikannya kepada adik-adik mengapa metamorphosis diambil sebagai tema FUiYO kali ini. Samalah macam kita sendiri kena ada ilmu baru kita boleh berkongsi.
Metamorphosis dari sudut bahasa yang mudah difahami ialah transformasi. Ulat beluncas sebelum menjadi rama-rama yang cantik perlu melalui proses yang dinamakan metamorphosis. Ketika proses ini berlangsung, ulat beluncas berkenaan perlu berada di suatu tempat yang dinamakan kepompong. Ketika di dalam kepompong inilah ulat beluncas mendapat nutrien untuk membesar menjadi rama-rama.
[kenape rasa tiba-tiba penulisan saya ini terlalu berilmiah walaupun cerita pasal ulat beluncas jaa..?]
Group saya bersama fasi angkat, Kak Dayang. =P
Haa maca mana nak kaitkan Metamorphosis ni dengan manusia?Perubahan atau transformasi itu sangatlah perlu bagi setiap individu.Tidak sepatutnya seorang individu yang mahukan redha Allah melakukan suatu kitaran yang sama seumur hidupnya.Bangun pagi, makan, tidur, sekolah etc setiap hari.Agak-agaknya semurah itukah syurga Allah?
Maka setelah melalui transformasi tersebut, keluarlah dari kepompong keselesaan itu, dan berhijrahlah.Semasa proses penghijrahan inilah, rama-rama tersebut boleh terbang dan melihat keadaan sekeliling yang sangat cantik untuk dilawati berbanding dengan keadaan dulu yang hidupnya mungkin hanya pada sebatang pokok dan sekadar menikmati daun pada pokok yang sama setiap hari.
Maka disinilah timbulnya 'Butterfly Effect'.Kalau ikut wikipedia butterfly effect bermaksud, 'a small change at one place in a complex system can have large effect elsewhere' (panjang lagiii maksudnya). Untuk penerangan yang lebih mudah, sekecil-kecil perkara boleh menyebabkan sebesar-besar kesan (oh bolehlah diterima..).
Untuk mengulas selanjutnya, saya serahkan kepada Andy Andrews untuk menjawab. Saya rasa tengok video beliau lebih difahami dari penulisanku yang 'caca merba'. =P
Haa begitulah ceritanya. Hehe malas dah nak taip ni. Lagipun tiba-tiba blog transform jadi blog ilmiah padahal sebelum ini blog ini adalah sekadar blog-bila-suka-baru-tulis.Wah metamorphosis sekejap..!
Hi, my name is Umar Ziyad. (the young soldier of Naili and Najib )
Untuk keseluruhan LDK, alhamdulillah saya pon enjoy sama-sama dengan ahli kumpulan kecil mahupun besar. Menjadi watak fasi yang jahat dalam satu slot LDK FUiYO(Go More FUiYO Go More) tidak dapat kulupakan. Saya ni bukan terer sangat berlakon. Fail. Tapi darah orang seni tu ada juga dalam diri. erk.
Dan LDK paling saya enjoy sekali sebagai salah seorang fasi kali ini ialah LDK Treasure Hunt. Mengapa? Haa biasalah Treasure Hunt, lari-lari, jawab soalan, kalut-kalut. Seronok tengok mereka lari-lari, jawab soalan, dan kalut-kalut. Tapi Treasure Hunt ini sangat lain, tahniah kepada Ketua Fasi yang sangat kreatif. Di akhir treasure hunt, tiada siapapun yang menjadi pemenang sebab semua perlu bersatu untuk menang. Satu konklusi treasure hunt yang menarik bagi saya.
Sungai beku Clitheroe. Ada yang boleh berdiri di atas sungai yang beku ini. Tahniah!
Sampai itu sahaja. Berhijrahlah rama-rama yang cantik untuk memberi sesuatu kepada masyarakat sekeliling walaupun sekecil-kecil pemberian kerana dari situlah akan terlahirnya sebesar-besar kesan.
Syurga Allah tak murah, kan kan?
Ultimate end:Redha Allah.
Sudah tiba masanya untuk saya tumpu pada study. Lama tak jenguk library bila bercuti ni. Esok insyaALLAH. =)
0 pEsAnAN:
Post a Comment