Saturday, December 04, 2010

Hello Weekend!



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. :)

Setelah beberapa minggu akhirnya ada juga masaku menulis sesuatu di dalam blog ini. Fuh, sedar tak sedar rupa-rupanya setiap kali weekend ja tak stay kat rumah pun sebelum ni. Ada ja merayap pergi ke tempat lain. Alhamdulillah minggu ini sedikit 'percuma'! :)))))

Alhamdulillah, dah 2 minggu meletakkan jawatan sebagai Ketua HELWA QMC. Lega teramat sebab dah boleh menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran. (Ye ker?) Hehe tapi kira boleh bernafas dah lah sekarang namun tanggungjawab lain masih ada ye. Selagi hidup di dunia selagi itu amanah tetap berada di bahu kita. :)

Alhamdulillah lagi sebab Kak Hajar dah selamat melahirkan baby mereka yang kedua Jumaat lepas. Masuk hari ni dah seminggu dah. Maka bolehlah umumkan nama si kecik ni. Haa, kepada yang tak tahu sunnah umumkan nama baby selepas 7 hari kelahiran. (saya pon baru belajar. hehe) Aqeelah Huda, achik letak pic Aqeelah dalam blog achik takpe kan? Hehe. *seronok tengok baby sampaikan tak sabar nak ada anak sendiri. urghh*


Sekarang dah masuk musim sejuk dah. Bila tiba musim ni, maka ramailah yang tak sihat termasuklah daku. Alhamdulillah dah kebah dah kalau tak, takde maknanya berusaha menulis blog. Hehe. 2 hari tak datang kelas sebab tak larat mengharungi sejuk. Huhu ke hasutan syaitan laknatullah je semua ni?? Walaupun 2 hari sakit, tapi 2 kelas ja yang berlangsung selama itu. takdelah rasa rugi sangat. Heh.

Jadual exam pon dah keluar dan alhamdulillah boleh menarik nafas lega bila tengok tarikh exam masing-masing. :)

Partial Differential Equation: 12 January 2010
Quantum Theory: 21 January 2010
Convergence: 25 January 2010

Maka, kenalah study sungguh-sungguh ye!Huhu dah masuk Januari kembali tak lama lagi. Maka meningkatlah lagi umurku dan semakin dekat diri meninggalkan dunia. Ish tak sangka dah setua ini. :)))

Umat Islam pon tak lama lagi nak sambut Tahun Baru 1432H, 2 hari lagi. Salam Maal Hijrah 1432H semua.




2 pEsAnAN:

Fairosza said...

salam kak akma..
entri ni macam hint ehem2 jer..sapa calon??
hehe gurau je..jgn marah..

aKmA said...

wslm fairosza. takda calon. lambat lagi ehem2(ape kejadah aku ehem juga), perjalanan masih jauh ye. =)