Thursday, March 20, 2008

.::perdagangan::.

Alhamdulillah..hari ni kita berpeluang untuk menyambut Maulidur Rasul sempena dengan kelahiran Rasulullah s.a.w yang mana negara kita masih lagi kekal hidup dalam keadaan aman…maka semua dan aku sendiri seharusnya bersyukur diberi keamanan ini kerana inilah nikmat yang ALLAH kurniakan di mana masih ada lagi negara di luar sana yang belum kecapi..namun begitu, nikmat ini bila2 masa sahaja boleh ditarik balik andai kata Dia mahu…


AL-BAQARAH AYAT 117

‘ALLAH pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!”Maka jadilah sesuatu itu..




Sayangilah Rasulullah s.a.w seperti mana Baginda mengasihi kita sehingga di kala ajalnya pon masih bingung memikirkan kebajikan umat-umatnya..Jika dikenang balik cerita Baginda pasti ada yang menitiskan air mata..sungguh, kekasih ALLAH inilah pemimpin teragung hingga akhir zaman..




Tahukah kalian, ALLAH ada menawarkan satu bentuk perdagangan pada kita??Emm, mungkin x ramai yang perasan tapi untuk yang suka berbisnes di luar sana tu cubalah bisnes ini..kalau yang tak berminat pon korang try la dulu bace syarat2nye..Hadiahnya fullamak sangatla lumayan..tak mungkin kita dapat di dunia..serius!!lebih bernilai dari duit, rumah, kereta, emas, permata atau ape2 pon kat dunia ni korang rase bernilai..



ALLAH TIMBULKAN SATU TAWARAN

‘Wahai orang-orang beriman!Mahukah kamu AKU tunjukkan suatu PERDAGANGAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?’
-SURAH AS-SAFF AYAT 10-




ALLAH TERANGKAN SYARAT-SYARATNYA

‘Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RASUL-NYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.’
-SURAH AS-SAFF AYAT 11-

Dua syarat je ALLAH letak!!kalau bisnes manusia banyak giler syaratnye ye dak??




ALLAH JELASKAN GANJARANNYA

‘Nescaya ALLAH mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung..’
-SURAH AS-SAFF AYAT 12-


Sungguh hadiah ALLAH ni langsung tiada di dunia..Syurga!!



ALLAH TAMBAH LAGI GANJARANNYA

‘Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin..’
-SURAH AS-SAFF AYAT 13-


Syurga sudah cukup agung namun ALLAH bagi lagi hadiah yang lain!!Tidakkah ini satu bisnes yang sangat lumayan??




Satu lagi bestnye bisnes ini adalah kita x perlu menghadapi kemungkinan penuh orang tipu kita!!Hadiah pon x perlu risau wujud ke tak!!Hebatnya bisnes ini..Maka sebar-sebarkanlah pada yang lain..

0 pEsAnAN: