[Saujana : Nur Malam]
Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat
Iman, menyusutnya dikau..Apakah aku bingung dgn tahap imanku sekarang??ya, aku risau~
Adakah aku berusaha untuk meningkatkatnya??mengeluhku sendiri memikirkan..=(
Cuti ini telah melalaikanku..ah, bukan cuti yg salah..syaitan laknatullah ini yg salah!!berkejar-kejaran menghasutku..ceyt, itu memang kerja syaitan yg sgt istiqamah dlm menjalankan tanggungjawabnya!!tiada salah syaitan di situ..Jadi siapalah yang salah??hey, akma!!engkau sendiri yang salahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!itu memang benar, sangat benar~
Tahajjud kuhilang..Dhuhaku lompong.. Syurga yang dicari, aku bley plak nak lari..huwaaaaa3!! Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini..
Ish3!!x rasa aku ni jahat ke??kenapalah aku jahat??bile lagi nak jadi baek ni..huk3~Bersedia atau tidak, kita pasti akan mati..ingat tu, akma!!huhu~
Firman ALLAH:
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
[An Nisa’ 4:120]
wallahu'alam~
0 pEsAnAN:
Post a Comment