Seperti sedia maklum, cik rumah dah habes paper sabtu hari tu dah..dan hari ni merupakan hari ketiga rileks-rileks saya..adakah saya bergembira ketika ini??free sangatkah??meh2 saya cerita sikit ape yang saya buat sepanjang hari2 'rileks' ini..
kalau ikut majoriti jam, banyak jugak masa yang saya buang dengan perkara yang tak berfaedah..huhu!!seperti menonton sin chan, tengok youtube
Esok mungkin jadualku sangat penuh..he3!!pagi hingga petang berkemungkinan akan menjaga athirah..hah, sape athirah??tyra banks leeds tu ker??owh, tidak!!motif sangat menjaga adik yang dah besaq..hue3!!nantikan saja, itu pon kalau saya rajin post pasal athirah yang chumel ini..kami sama2 chumel tau..(erks??)
Malam esok plaks, kawan2 Kak Nik akan menumpang tidur di rumah ini..di sebabkan Kak Nik masih sibuk di hospital sekarang dan tidak berkesempatan balik ke rumahnya (housemate Kak Nik ni semua bakal doktor, maka bertinggallanlah mereka di hospital tym weekdays), beliau memohon bantuan saya (sebab habes exam) untuk melayan mereka sekejap..makanya, esok Tates ade tetamu!!senorok menerima tetamu kerana tetamu itu kan membawa berkat..insyaALLAH..
dan hari yang ditunggu2, 23hb Januari 2009..bakal berjaulah sekali lagi..dan destinasi kali ini adalah Galway..Jaulah bersama makcik2 Melrose dan 2 orang housemates saya, Wal dan Atiqah..Wan dan Che Nad tak pergi sebab maseh dalam exam..semangat nak pergi ni sebab ketua perjalanan begitu semangat sekali, tak gitu puan light??hehe..bakal balik pada 25hb dan insyaALLAH on 25hb tengah hari tu plan nak tengok persembahan nasyid di Galway..NISE (pertandingan Nasyid Uni di UK) kat Leeds tak dapat pergi, saya pergi yang Ireland punye ajelah..=)
tapi itu cerita teknikaliti saya..sebenarnya, hati saya pon bercerita jugak ni..dua tiga hari ni asyik tak senang hati kerana masih memikirkan kertas applied yang horror hari tu..masyaALLAH, adakah kurang konsep tawakal dalam diriku??naudzubillah..tetap dipujuk hati untuk tidak mengingati paper berkenaan..Ya Rabbi kurniakan aku keindahan rasa tawakal kepadaMU..yakinkan aku pertolonganMU~
teringat kat hadek-hadek di KYUEM sana yang bakal menerima keputusan AS-Level mereka esok..semoga baek-baek hendaknya ya!!'adik' akma di sini pon risau jugak dengan resultku ini..sama-samalah kita berdoa kepadaNya dengan sabar dan solat..nak sibuk tanye ke tak result kalian ye??tapi kalau hadek-hadek tak mahu share, tak mengapa..hehe~
yang risau jugak,
cik akma~
0 pEsAnAN:
Post a Comment