dah mention awal-awal dah saya takkan beli NOKIA..diorang pon tak kisah phone ape, asalkan boleh berMMS, kata kakak second saya..ala, nak MMS dengan siapalah jugak, suami kan dah ade..he3!!eh2, lepas bersuamilah baru boleh MMS semua ni..[silap penulis mendefinisikan 'membolehkan' ni..hehe]
saya dulu pun kurang jugak dalam memberi, apa salahnya saya berkorban sedikit sekarang..kakak tanya, ada duit ke nak belikan, kalau takde dia bayar kemudian..saya diamkan aje..biarlah diorang merasa apa yang saya dah rasa dahulu dari mereka..kakak saya ni pon selalu jugak berkorban..
malah laptop yang dalam jagaan dan milikan saya sekarang ini pon dia yang belikan..no worries, kakak!!(kat rumah tak panggil die kakak pon..hehhe)..tiket flight saya ke semenanjung kalau balik ke kolej-kuching tu dia pun selalu sumbangkan..='(
itulah kan..kalau seseorang insan tu ringan tangan nak memberi, orang yang menerima pon tak kisah nak memberi kepada yang pernah memberi kepadanya..hati akan rasa lain andai kita asyik memberi namun, orang yang diberi tu tak reti bahasa kata orang..gembira menerima aje, tapi memberi buat dunno..hehe!!memang keikhlasan si pemberi tu bakal tercalar sedikit, tapi insyaALLAH hati akan terus dipujuk bahawa pulangan memberi bukanlah dari manusia, namun dari ALLAH..
Tujuan kita dalam memberi pula bagaimana?? sering juga kita terlepas dengan point yang sangat basic ni..kita katakan kita memberi kerana ALLAH, namun tersasar dek motif tersendiri dan tersembunyi..mereka yang bertujuan sebegini, kadang-kadang akan dilanda kekecewaan sekiranya apa yang mereka mahukan tidak seperti yang diharapkan..maka, berkabunglah dan bermuram durjalah kerana motif sendiri..maka di sini, saya anjurkan lagi, muhasabah..teruskan bermuhasabah..=)
Andai tujuan kita tersasar kali ini, jangan diulang perkara yang sama..betulkan balik segala tujuan..membetulkan tujuan lantas terus membetulkan niat..insyaALLAH kekecewaan tidak akan hadir, malah akan terbit rasa puas dan gembira dalam memberi..bear in mind, tidak semua yang berpuas hati dalam memberi..sering diselitkan dengan keluhan, perasaan sedih ketika memberi..memang sukar untuk mencari insan yang benar-benar ikhlas memberi..anda mahu jadi salah seorang yang berpuas hati dan gembira??maka, hilangkan lekas-lekas segala motif yang tersembunyi..
~gambar comot ana dan rina..emm, rina nak apa yer??mak dia pulak yang berpesan souvenir dahulu..hehe!!~
beyond expectation through acception..
0 pEsAnAN:
Post a Comment