Sunday, March 22, 2009

Yang binasa bisa berganti?

Saya cuba-cuba search pasal Akademi Fantasia setelah mendapat berita AF kembali lagi dari seorang rakan. Maka setelah beberapa hari mengetahui akan berita ini, saya masuklah youtube untuk melihatnya. Adeyh, peserta sarawak pon ade?

Pasti keluargaku tidak akan berganjak dari menonton AF neyh tambah-tambah lagi ade peserta dari negeri sendiri..(mengikut pengalaman peribadi ketika sarat dengan jahiliyyah dalam diri dahulu, namun sekarang masih ada lagi sisa-sisa jahiliyyah ni..huhu!!). Pengalaman terakhir saya dan AF adalah AF5 kot. Saya ikuti penuh dua AF sahaja, AF4 dan AF5 dan kupohon AF5 adalah yang terakhir.
(no turning back dear!)

Apalah objektif Astro meletakkan program ini lagi di mata masyarakat. Ish, ish, ish sedih!! Dan apalagi Malaysiaku? Dengan isu PPSMI yang tak kebah-kebah (masih berusaha memahami isu ini), AF7 memunculkan lagi dirinya untuk mencari bakat-bakat baru dalam industri hiburan. Untuk apa lah jugak bakat ini pada negara? Malah sudah berlaku lambakan artis sekarang ni. Ramainya rakyat yang mahu menjadi artis. Boleh kaya, prinsip mereka lah kot.

Kalau dilihat dengan akal dan mata hati, Malaysia sudah tidak aman lagi. Banyak sangat dah anasir-anasir liar yang masuk menyelinap ke dalam hati Malaysians, tidak kiralah pemimpinnya, Exco-exco nya, orang-orang kuatnya, rakyatnya dan boleh dikatakan semua lapisanlah. Malaysia tak aman, lah!! Percayalah.

Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang ni? Untuk hapuskan, tak pun kurangkan pun sudah memadai. Andai kita katakan diri kita dai'e, kita nak buat apa untuk handle perkara ni? Emm, kita ikut wonderpets lah nak?


Apa yang penting?
KERJASAMA!!

semacam nak tambah pulak

Apa yang penting?

KERJASAMA islah dan dakwah!!


~owh ini ke wonderpets??hehe~


Sebenarnya, penulisan saya ini sangat tersirat dan berlapik. Tahniah kalau-kalau ada yang faham. Kalau tak faham pun, tak usah dikenang-kenang sampai masuk mimpi ka apa ka. Untuk saya, saya boleh anjurkan diri bermuhasabah (walaupun kadang-kadang terkandas jua). Untuk pembaca, saya anjurkan jua muhasabah Cinta buat kalian.


Dari FirmanNya:
"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH; dan ALLAH dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji. Jika dia mengkehendaki, nescaya Dia akan membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sulit bagi ALLAH.."
[Al-Fatir 35:15-17]

Allah boleh binasakan saya, dan gantikan yang lebih baik dari saya sekiranya Dia mahu. Kunfayakun!

nota kaki
Kerjasama:
orang lain buat, kita doa pon boleh masuk dalam kategori kerjasama tau!hehe..


yang baru tahu wajah wonderpets,
cik akma~

3 pEsAnAN:

Anonymous said...

orang2 kami bangga dengan pidacil. hehe.

lepas ni kak akma bukak youtube tengok pidacil la eh?

si ustaz juri ade yg sampai nangis (saya ta tipu ~) dengar ceramah anak2 kecil.wahah.

banyak anak kecil hebat, berbakat besar jd daie yg lantang sebenarnya.

cuma kita, asyik terasa hiburan itu sama ada lenggok punggung atau lenggok suara cuma.

ayyo.bebel kat sini mcm ade yg dengar je. kak akma, gi la masuk industri hiburan tanah air.

niesa.imana said...

salam wbt..

pernah menonton pildacil, memang menakjubkan..

inilah antara tanda2 kalo orang dewasa macam kita xnak pegang kerja dakwah, DIA boleh bila2 masa gantikan kita dengan budak2..

bekerjasama dengan budak2 je la.. +)

aKmA said...

to nova

thanx perkenalkan saya dengan pildacil..pernah gak tgok cumenye tak tahu name program Tv tu pildacil..heheh..


thanx jua sebab setia mendengar resah di hati..=)



to kak dayang

jom kak day, kita bekerjasama ngan nembiak jaklah owh best..boring juak keja ngan org besar tok..kadang2 susah juak nak paham..='(