Tuesday, June 23, 2009

Ayat Ayat Cinta



~comel~

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati

Terkisah ku di antara cinta yang rumit


Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu


Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud


Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan




Cik Rina suka bangat lagu nih sejak kecil lagi..kalau nangis2 tu, bawak lagu nih, lantas terdiam dan seolah-olah menyanyi bersama..senang jugak nak pujuk dia kecik2 dulu..adeyh, kalau selawat tidak pulak..hedonisme, hedonisme..hehe~

sekarang umurnya sudah 2 tahun 2 bulan..sudah pandai bercakap, maka sudah pandailah menyanyi..pernah beberapa hari yang lepas, seawal keberadaan saya di bumi sarawak, ketika itu beliau sedang tidur di dalam kereta semasa perjalanan kami ke Santubong, tetiba terbangun ketika lagu Ayat-ayat Cinta ini berkumandang di radio..kalau terbangun sahaja tidaklah berapa hairan, ini tidak, terus menyanyi mengikut bait-bait lirik yang die tahu..Adeyh, masih minat ker??

Si Amnan pun sama..sudah terjangkit perangai dengan kakaknya ini..mulalah tersengih-sengih bila dengar lagu tersebut..apalah yang best sangat dengan lagu ini entah..saya tidaklah begitu meminati lagunya..novelnya pun saya tidak pernah membaca penuh..sehelai dua helai, dah buhsan..namun lain pula kebelakangan ini..alahai~

Tetiba perasaan nak memahami lagu ini memuncak..tetiba rasa nak membaca bukunya..namun filemnya, emm nanti kot..Emm, ada jugalah mesej disebalik lagu nih..Yup, tinggalkan cinta..simpan sesempurna yang boleh untuk yang layak..Amboi rina dan amnan pun tahu, kan??Takkanlah makcik die ni tak faham2 kot..penat anak sedara dok ulang lagu yang sama..=)

Oleh kerana tersembang perihal ini, baru-baru ini berbicara pasal jodoh dengan mak dan kakak..ala dah 22 tahun dah, make a movelah, kan??hehe..kakak saya 23 tahun dah kahwin dah..saya 22 tahun masih merangkak mencari ruang untuk berbicara perihal ini..diakui saya tidak biasa berbicara soal jodoh dengan famili..dan pada suatu malam yang hening..

Mak tanye.
"Ko ni nak kahwin orang Kelantan ker?" [panjang cerita kenapa timbul orang Kelantan nih..]

Kakak sambung.
"Kahwin lain-lain negeri nih susah, banyak prosedur.."

Ye ker??

Mak cakap lagi.
"Hati-hati kalau nak kahwin orang Kelantan. Kelantan ramai orang PAS.."

Hahahahahhahaa...saya dah tergelak!!

Kakak sambung sambil gelak2 jugak.
"Yelah, kita ni BN, mane boleh dengan PAS.."

Hairan.

Saya gelak lagi dan sambung perbualan dengan mereka..Saya cakap nak ke Kelantan jumpa Ajah pun disoal banyak..anti betul dengar Kelantan..adui!!Saya baru nak mula balik baca Ayat-ayat Cinta, orang lain dah selesai Bercinta Sampai Ke Syurga nya..wohoo, biar lambat asalkan selamat..kan, kan??



~macam nak ke turki lagi..best~


Orang PAS ke, orang BN ke, Orang DAP ke, Orang Keadilan ke, tak kisahlah mak..asalkan boleh Bercinta Sampai Ke Syurga..*wink*


5 pEsAnAN:

nova solehah said...

haha.sakit perut saya.

kawin ngn Partai Keadilan Sejahtera la kak akma!

Sya said...

Salam Kak Akma, dah kmk baca psl lesen ya.

huhu. sedeyh la camya. teringat kmk cta Laskar Pelangi~

btw, mok juak comment post di atas. hehe. xpat kmk imagine diskusi ktk ngan mak n kakak ktk. :D

nway, mun mena calon ktk org Kelantan, mok sik mok, kenak tunggu pas menang di sarawak lah. ;P

(^_^)

Anonymous said...

hahahahahahaha

kak hanie said...

salam..
ha! kak akma, mak dah kenen2 tu.. kak hanie ni dah lama benar la pulak tak makan nasi kenduri..em.. jom buat kenduri kat belfast.. hehhehe
apa2 pun jangan bangkang cakap orang tua, kalau tak setuju bagitau dgn cara elok kenapa tak setuju, kalau tak setuju tapi tak ada hujah.. senyum jer :) jagalah hati kedua ibubapa sebaik mungkin walau setinggi manapun kedudukkan kita..
Tahniah untuk exam..Alhamdulillah, balik belfast belanja kak hanie tau :)
adios, wassalam

Anonymous said...

Akma sebenarnya nak kawen ngan org Perak kan Akma? ;)