semalam ingatkan dah boleh mula dengan kursus belajar kereta, tapi atas sebab-sebab yang tak munasabah kelas tersebut terpaksa dibatalkan. Bakal diceritakan selepas ini.
Sebelum pukul 10 pagi, saya dan kakak sudah berada di tempat kejadian. Maka saya teruslah pergi mendaftar. Sudah, saya tertinggal kad pengenalan saya di rumah semasa mem'fotostat' nya. Maka terpaksa korbankan RM20 untuk kad sementara sebagai pelajar kursus. Semasa mendaftar pakcik berbangsa Cina ni kestau lah yang sekiranya tidak cukup 10 orang untuk berkursus 5 jam tersebut, beliau akan tangguhkan kursus ke minggu hadapan.
Sudah mula bibit2 kerisauan di situ. Kawasan tempat tinggal saya ni, bukannya ramai sangat pun yang teruja nak belajar, kalau di Kuching tu lain ceritanya. Kebarangkalian tak cukup 10orang itu sangat tinggi. Kelihatan pakcik berusia, kakak2 remaja, dan beberapa orang pemuda sudah menampakkan diri. Rata-rata ke tempat tersebut menaiki van tambang, motosikal, saudara hantar dan lain-lain lagi. Dan ade jugak yang dah lama tunggu berbanding saya. Dalam hati saya berbisik, kalau tangguh ni, kesian lah pada mereka. Sempat saya memberikan hujah kepada kakak bahawa tindakan menangguhkan kelas hanya sebab tak cukup orang, sangat tak patut.
~saya suke frame ini~
Puas menunggu, cuma 9 orang sahaja yang tiba. Hanya perlu seorang lagi. Maka, pakcik berbangsa Cina itu pun bersuara, "Kelas cancel..!!" Aduhai, lepas sesi soal jawab dengan gadis kaunter pasal proses macam mane nak cepat dapat lesen, saya dan kakak terus berlalu pergi. Sekali lagi, saya kasihan pada mereka yang datang. Terpaksalah mereka naik van tambang semula untuk meneruskan kembara ke rumah barangkali. Untuk saya sendiri, tidaklah berapa kisah sebab kakak yang hantar saya ke sekolah memandu tersebut. Sedikit bertuah berbanding yang lain. Kelas akan bermula minggu hadapan pula. Heh, kalau makin sedikit macam mane?? Pelik.
Dalam kereta saya membebel dan didengari dengan tabah oleh kakak. Mengapa mereka tak hargai 9 orang insan yang datang hanya kerana mahu memenuhi kuota 10 orang?? Bagi mereka mungkin buang masa untuk mengajar. Tapi mungkin ada antara mereka yang terpaksa membatalkan hal-hal penting semata-mata untuk menghadiri kelas semalam. Mungkin pakcik yang berusia tersebut boleh terus dengan perniagaannya, kebunnya atau apa-apa sekalipun dari membuang masa juga menanti peserta kursus ke-10. Dan pelbagai lagi kemungkinan.
Teringat tutor2 saya di Belfast sana. Wajah inilah yang selalu bersendirian di kelas. Tiada pelajar lain yang hadir ke tutorial. Tapi tutor2 tidak pernah sekalipun membatalkan kelas dek kerana hanya saya seorang sahaja yang hadir. Tetap juga terus mengajar saya. Pernah juga guru Applied Maths saya cakap, kalau tak pergi tutorial, bukan guru yang rugi, tapi pelajar itu sendiri. Berbeza sungguh dengan situasi yang saya alami di sekolah memandu tersebut. Guru pula merasa rugi kerana seorang lagi pelajar tidak hadir. Memang pelik.
Biarlah apa pun, semoga saya beroleh manfaat dari situasi yang saya alami. Mungkin kerana ini saya lebih menghargai usaha insan lain.
Sekian.
0 pEsAnAN:
Post a Comment