Friday, October 30, 2009

BANGKITLAH NEGERIKU

BANGKITLAH NEGERIKU, HARAPAN ITU MASIH ADA








Tatap tegaklah masa depan
Tersenyumlah tuk kehidupanAlign Center
Dengan cinta dan sejuta asa
Bersama membangun Indonesia

Pegang teguhlah kebenaran
Buang jauh nafsu angkara
Berkorban dengan jiwa dan raga
Untuk tegaknya keadilan

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Selama matahari bersinar
Selama kita terus berjuang
Selama kita satu berpadu
Jayalah negeriku jayalah!


Ya, jayalah negaraku jua..=)

Wednesday, October 28, 2009

Ujian

Setiap insan memang selayaknya diuji. Perjuangan tanpa ujian adalah sia-sia. Syurga ALLAH itu mahal, masakan dibiarkan diri berlalu tanpa ujian. Sabar dan sentiasa bergantung pada ALLAH adalah yang terbaik.

-NMS-




Tuesday, October 27, 2009

lalui sahaja



Anggaplah kesedihan itu seperti hujan,
Walau lebat atau lama sekalipun kan reda jua..


-anonymous-

Friday, October 16, 2009

Politik o Politik

~klik gambar untuk paparan lebih jelas~


Saya pun tidak pasti mengapa..tertarik sangat tertarik..hari ini tetiba terbuka hati untuk meninjau keadaan 'negeri' halaman, Sarawak..dan apa yang saya temui adalah keratan akhbar di atas..=)

Hai, takkan hanya kerana banner kecil di bawah ni terus takut kot??Maaf saya tak minat politik sangat tapi sekadar mengikuti dari jauh tu bolehlah..kalau kat rumah tu, abang ipar sayalah yang selalu sangat bercerita pasal politik..saya pon tak tahu dia sokong Parti mane..macam PAS ada jugaks..tapi entahlah..

Gambar beliau bersama Tuan Guru Haji Hadi ada terhias indah di bilik solat rumah..beliau pun pengikut setia perubatan tradisional anjuran Darrus Syifaa [eh tatau eja..]..hujung minggu tu memang tak lekat kat rumah lah sebab pergi belajaq ilmu perubatan tersebut..orang PAS ke??

Eh sebenarnya bukan nak cerita pasal abang ipar saya, tersasar pulak dah..Tinggalkan impak jugak ye perjuangan PAS ni??Ingatkan hanya suam-suam kuku jer..Yelah, sampai ke Sarawak dah ni..dulu orang Iban kat sana mana nak tahu PAS..after kes 'cawat-cawat' tu, kenal pulak dah orang Iban kat PAS..ceyh, PAS!!strategi ker??=P

okeylah..selamat berjuanglah orang PAS dan BN jugaks..



~hanya kerana banner ini ke mereka melatah?~

Wednesday, October 14, 2009

Segalanya MilikMu





Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan



Khas buat Mira dan diri saya sendiri..=)

p/s:Mira, akak faham apa yang kamu rasa..Rasa kehilangan tu tak boleh nak describe..Maka, hargailah setiap insan di sekeliling anda..Maksudnya, hargailah akak sebagai pendengar setia rintihanmu even Mira tak merintih pun..=P

Lagipula, kita ada ALLAH untuk mengadu segala cerita hati..SWEET, kan??=)..orang hina ke, kutok ke, or apa-apa ajelah serahkan sahaja pada ALLAH..dari situlah lahir segala kekuatan sebab kita tahu akan ada yang mendengar segala doa dan rintihan diri..Masakan kita lupa ALLAH sebaik-baik penghukum??

ALLAH akan jelaskan segala episod bahagia buat kita suatu hari nanti..Just you wait!! :D




-kak akma-

Monday, October 12, 2009

Saja nak bercerita

~hello!my name is amnan~



Saya kira ramai juga kawan-kawan sekohort KYUEM saya yang sudah kurang mengemaskini blog mereka..sibuk lah tu kot..yang kelihatan ceria blog mereka hanya para junior yang seronok bercerita tentang tempat baru masing-masing..alhamdulillah semuanya positif..masih mampu menjalani hidup dengan baik-baik sahaja..

Petang tadi selepas habis kelas statistics yang agak tak dapat saya terima kehadirannya itu [tak berapa minat statistics..huhu], saya terus merayau ke Botanic Garden dan bercadang untuk ke Asian Market..kalau berjalan ke Asian Market dalam 10minit sampailah dari Botanic Garden tu..seronok jalan sorang-sorang..boleh layan blues

Saya tak borong banyak pon..takut tak larat nak bawak balik ke rumah..2minggu dah menetap di 6 Dunluce ini..alhamdulillah semuanya baik-baik jugaks..walaupun begitu, saya rindu anak-anak saya..InsyaALLAH panjang umur, saya akan balik winter ni..hajat hati nak balik pada musim bunga jugak tapi takut bajet lari dan dekat sangat dengan exam..ah, biarlah rindu ini bermaharajalela..=(

Tahun Kedua ni sangat mencabar..modul semakin susah..tapi memang tak logiklah kalau makin senang, kan??memang standard lah begitu..agak banyak yang saya tak boleh terima..namun syukur saya punya senior Matematik yang baik hati di Belfast ini..kesian Hajar dan Kak Ros yang terpaksa melayan karenah saya bertanyakan itu dan ini pasal Matematik terutamanya Statistics..huhu

Kehadiran junior-junior ke Belfast semakin menceriakan suasana kawasan ini..Selamat Datang ke Belfast Darul Ceria (sukahati ja!)..Ada masa lawatlah kami berempat di Teratak 6 Dunluce ini..hehehe..daaa!


~ni housemate saya:wan, tykah, saya dan farahin~


Monday, October 05, 2009

hai anak-anak

~apalah budak nih buat waktu-waktu begini..huhu~




~sekarang dia dah botak..dulu tak botak..=P~



Yup, I miss you..I miss them..


Thursday, October 01, 2009

Ceritera Kepulangan

~bersiap-siap untuk ke Kuching, ziarah kubur di pagi raya~



Sepertinya Part 2 sebagai sambungan entri di bawah ini tidak menyusul dalam jangkamasa yang agak lama..kapankah sambungannya pon tidaklah saya ketahui kerana kemalasan yang amat untuk mengemaskinikan blog..redho je lah..=)

Alhamdulillah dah selamat kembali ke Belfast semula..walaupun begitu rumah kami masih belum menjadi sebuah rumah yang sesuai untuk dikunjungi lagi dek banyak benda nak kena buat dengan rumah baru tersebut..pinggan mangkuk, periuk belanga, dan macam-macam lagi masih dalam proses untuk pembelian..jadi takdalah rumah terbuka dalam waktu terdekat dari pihak kami..tapi tulah kan, syawal sebulan, kalau sempat dan tergerak hati nak buat InsyaALLAH..boleh kemukakan usul kepada bos rumah..=P


~amnan baru bangun tidur masa nih..saya 'tolong' bangunkan..ade plak die tidur pagi raya, jadi saya kejutkan ajelah..haha~

Terima kasih buat wal dan nad dan juga Kak Ulfah yang masih belum balik kerana sudi tumpangkan kami berempat menyinggah tidur makan mandi di rumah kalian selama 4 hari ini..ala-ala ziarah raya lah kitorang nih tapi lame 'sikit' lah..boleh tak gitu??hehe~

Dah balik ke Belfast nih rindu pulaks dengan Nurina dan Amnan..ade gaks try kol rumah tapi biasalah budak kecik, gerenti tidur punya walaupun tengah hari..kesian Nurina takdak kawan nak temankan dia bermain..tulah pasal bosan lantas selalu tidur..huhu..rindu nak dengar dia panggil saya 'tanter'..=P..kalau Amnan tu takdak kawan bermain pon bukannya paham lagi..lagi pula, dia tak bolehlah didukung oleh orang lain kecuali mak dan ibunya sendiri..haish~

Semoga tahun depan boleh beraya lagi di Malaysia dengan amannya..ayuh belajar elok-elok!!=)