Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah buku tu..best2..yang ni hanya 'sinopsis' yang saya buat untuk tatapan sendiri..
Intro
Perjanjian Rasulullah dan kaum musyrikin
Menolak politik dalam Islam:Syirik
Ibadah haji dan pengiklanan Baraah
Malaysia dan Politiknya
Intro
- Surah At-Taubah atau Surah "Bara'ah" dianggap surah pengenalan politik atau siasah Islam.
- Bab Satu membincangkan surah At-Taubah dari ayat 1-4.
- Taubah diambil dari kata dasar "Taba Yatubu" atau "Raja' Yarji'u" yang bermaksud kembali atau undur semula setelah seseorang itu melepasi batas sempadan yang ditetapkan oleh ALLAH.
- Dunia milik ALLAH, dan manusia sebagai khalifah di bumi harus menjalankan kuasa yang diamanahkan untuk mentadbir diri, keluarga, masyarakat, dan negaranya mengikut batas kuasa yang dihadkan oleh ALLAH. Tidak boleh ditadbir sesuka hati kerana dunia hanya pinjaman dari ALLAH. Wajib berusaha untuk melaksanakan hudud ALLAH di muka bumi.
- Surah ini tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim atas sebab penegasan Islam terhadap golongan musyrikin.
- Juga memperjelaskan prinsip Islam dalam menghadapi sesuatu perjanjian dan sentiasa adil dalam keadaan apa pun.
Perjanjian Rasulullah dan kaum musyrikin
- Surah ini merupakan deklarasi ALLAH dan Rasul terhadap orang kafir musyrikin yang berada di kota Mekah/tanah haram.
- Ayat 1-2: Menjelaskan kedudukan perjanjian Rasulullah saw dan kaum musyrikin Madinah. Sekiranya ada perjanjian yang tiada had waktu tertentu, maka kaum musyrikin dibenarkan menetap di Makkah selama 4 bulan sahaja. Setelah itu, sekiranya masih tidak mahu beriman kepada ALLAH dan Rasul maka mereka digesa untuk keluar dari Makkah kerana Islam telah berkuasa ke atas Makkah dan tidak boleh sekali-kalinya penduduk Makkah tidak memiliki akidah islamiyyah. Rasulullah juga memberi pilihan kepada mereka sama ada selepas tempoh itu mereka akan berperang dengan kaum muslimin atau pergi sahaja meninggalkan Kota Makkah.
- Bagi perjanjian yang punya had waktu tertentu, ianya akan tamat dengan sendirinya pada waktu-waktu yang dipersetujui bersama dan perjanjian tersebut tidak akan diperbaharui. Inilah ayat yang menggambarkan kepimpinan Rasulullah dalam mentadbir negara dan berurusan dengan orang-orang kafir musyrikin.
Menolak politik dalam Islam:Syirik
- Politik tidak harus dipisahkan/diasingkan dalam Islam. Islam tidak dapat bergerak dan sentiasa terancam dengan segala keburukan dalam negara. Politik Islam memainkan peranan penting untuk menjalankan hudud ALLAH bagi keamanan sejagat.
- Persoalan politik adalah dalam cabang-cabang Islam. Orang-orang yang mengasingkan politik dari Islam bererti mereka telah syirik pada ALLAH. Pemisahan ini tidak sewajarnya ada dalam diri umat Islam kerana hal itu adalah fahaman sekular.
- Ingat, tiada istilah ibadah lain, politik lain!
Ibadah haji dan pengiklanan Baraah
- Kaum Arab Jahiliyyah masih terus melakukan ibadat haji di Mekah tetapi mengikut cara jahiliyyah mereka iaitu berbogel/bertelanjang [lelaki dan perempuan asing ketika tawaf] semasa melakukan haji. Oleh kerana hal ini, Rasulullah mengutuskan ahlul baitnya, Saidina Ali bin Abi Talib untuk mengiklankan pengisytiharaan Baraah. Peingisytiharaan berkisarkan arahan kepada orang kafir agar tidak lagi melakukan haji dengan cara jahiliyyah/kafir.
Malaysia dan Politiknya
- Ramai yang tak ambil peduli akan keadaan politik di tanah air. Tidak mahu terlibat untuk menjernihkan suasana politik.Politik kotor, maka kotorlah. who cares??
- Dakwah kena diteruskan untuk membawa Islam ke dalam politik, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain lagi.
Perumpamaan yang dibawa oleh TGNA
- Jika sebuah kampung penduduknya terhidu bau busuk kerana terdapat bangkai yang reput, maka bau busuk itu tidak akan berkesudahan jika penduduknya hanya menutup tingkap dan pintu rumah masing-masing, dengan harapan supaya bau busuk tidak memasuki rumahnya, dan mereka tidak akan terhidu lagi. Sampai bila penduduk kampung itu hendak berkurung dalam rumah masing-masing? Sebaiknya anggota masyarakat yang berfikiran waras mestilah bertindak bijak menghadapai bau busuk itu. Apa yang mesti dialkukan ialah mengajak ahli masyarakat suapaya mengambil langkah bersama menanam bangkai tersebut. Dengan demikian hilanglah bauy busuk yang mencemar udara kampung.
emm, entahlah TGNA..saya selesa dengan hidup saya sekarang..duit, famili, harta semua ada..selamat berusaha TGNA dan yang lain..!!i'm excluded ok..=)
[harap bukan inilah yang ada pada kita..IA~]
0 pEsAnAN:
Post a Comment