Friday, May 14, 2010

Random random

hiasan di dinding ketika bosan-bosan tengok bilik kosong semester lepas.
maka terhasillah hiasan ini.


Baru 3 hari tak menulis, rasa macam dah lama tak singgah blog sendiri. :P. Nak kata sibuk tak jugak sebab layan ja tengok adamaya tiap-tiap hari. fuh, nasiblah adamaya habis dah, kalau tak memang terkorban lagi masa studyku. eh ye ker?

Seminggu lagi exam akan tiba. Persediaan masih ala kadar. Emm, apa nak jadi? Sesungguhnya matematik kat sini bukanlah mengira tapi menghafal dan memerlukan kefahaman yang sangat mantap. saya dah terhuyung hayang nak menghafal semua theorem, proof, lemma dan segala bagai. jeles jugak tengok orang lain boleh buat study group tapi saya sendiri study no group. heh.

Owh, owh..sesuatu yang sangat saya suka minggu ini ialah cubaan membuat tiramisu!Alhamdulillah berjaya jugak rasanya, macam sedap setanding dengan tiramisu farahin, wan dan atykah. haha. saya je dalam rumah ini tak pernah nak buat makanan-makanan pelik (pelik ke?) macam ni. Jadi tengah cikgu dok ngajar kat depan tetiba teringin nak buat. Ini kes mengelamun semasa cikgu ajar. Cubaan seterusnya selepas exam ialah cheesecake. Yosh!


tiramisu pertama di Tahun Kedua. :)


Bermula dari Ogos nanti, kami akan pindah ke rumah baru. Farahin akan stay dengan adik-adik second year medic. Huhu. Tinggallah kami bertiga nanti sebab farahin belum final year lagi, kami bertiga dah final dah. Jadi inilah yang terbaik. Cewah. Tapi rumah baru sangat cantik (owh mungkin) tapi kecik sikit lah. Tapi oklah sebab 3 orang sahaja penghuninya. Sangat macam duduk dalam rumah. (apekah?)

Sepatutnya hari ini saya boleh sahaja menghadirkan diri ke kelas. Tapi macam 'termalas' sebab cikgu cakap tak wajib. Siapa nak mintak khidmat nasihat dan tunjuk ajar boleh datang. Mungkin saya sangat memerlukan khidmat tunjuk ajar tapi tak tergerak-gerak nak bersiap pagi tadi. Masih menatap nota Pure yang perlu diulang-ulang pembacaan. Hati kotor ni, tu pasal susah nak hafal. :(

Teringat pula dengan surah hafanku. Hutang surah hafazan saya dah banyak dah sekarang. Ada 5 surah, Al-Muzammil, An-Nuh, Al-Buruj, An-Naba', dan As-Saff. Adeyh, bila nak revise balik ni? T_T



ketika kelas masih kosong, saya sempat ambil gambar kelas untuk kenangan. hoho


ok bye.

0 pEsAnAN: