Sunday, August 29, 2010

Beraya di Kampung!

Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang kutunggu-tunggu. Ya ALLAH kau permudahkanlah perjalanan ini. Moga ada keberkatan perjalananku di sisimu. Ameen.

Walaupun berkali-kali packing dan melihat tiket flight, saya masih juga kalut kalau-kalau ada benda yang saya terlupa nak bawak/siapkan. Sekarang dah pukul 1130pagi waktu UK. Bekalan makanan perlu dibawa untuk berbuka nanti. Kalau nak alas perut guna coklat/snacks adeyh tak best rasanya. =)

Sudahlah sorang-sorang bermalam di airport nanti. waduh takot sebab banyak sangat barang. takut jugak tak dan nak jaga. T_T. Semoga takde lah jadi pape nanti. Ameen.


tak sabar nak naik royal brunei esok. :)


Selamat Hari Raya dan maaf atas segala salah silap selama ini. Mungkin bakal jarang online selepas ini.


p/s: Peluang untuk berdoa sebaiknya!Doa seorang musafir..Ya ALLAH, perkenankanlah..=)


Friday, August 27, 2010

Mimpi Yang Indah

Pejam celik, pejam celik dah nak balik ahad ni. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bahagianya saya nak balik kali ini. Entah kenapalah sangat teruja, tak sabar-sabar, berkobar-kobar.

Ada orang nak masuk meminang ke? Hehe. apa entah aku merepek ni. Mungkin ada orang nak masuk meminang kakak kot tu yang teruja tak sudah-sudah. Ameen.
(mira ingat ada orang nak meminang saya ek?hehe, mira je yang akan baca blog saya, jadi saya rasa saya sedang bercakap dengan kamu. hehe)

Bayangkan lepas je keluar dari exam hall, saya dah berlari masuk perut bas. Memang jenis manusia yang kurang kesabaran dalam hidup, kan? Dengan ucapan,


saya keluar dari dewan dan saya berserah pada Illahi. InsyaALLAH 7 September nanti keluarlah resultku. Ya Allah, hanya kepadamu kusandarkan segala harapan. Ameen.

Selepas exam hari tu juga, saya terasa macam orang kurang siuman sebentar, senyum sorang-sorang dalam bas, berjalan pun senyum-senyum. Angau kot. Hehe. Sekarang pun, hari-hari saya kemas beg saya. Lalalala.. :P

Memang di setiap kepayahan akan hadir kebahagiaan. Teruskan tekad, bulatkan keazamanan. Yosh, pengajaran untuk final year nanti ialah, jangan study last minute dan prepare sehabis baik untuk kebahagiaan akan datang dan akhirat kelak. Allah suka orang yang berusaha. :)

Lagu ni saya tujukan buat diri saya. First time dengar kat blog orang, tapi lepas tu masuk balik blog beliau dah tukar lagu lain. Alaaa, sudahlah tak ingat tajuk lagu, dan memang nak dengar lagi lagu tersebut masa tu. At last rayau-rayau youtube hari ni, jumpa lagu-lagu Mestica, tadaaa I found it! :D


Mimpi Yang Indah Mestica

Telah kulalui jalan berduri
Sejuta harapan terusku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impin

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya uintuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

*
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati
Azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernah kau cuba untuk mengerti?


All in all, Thanks to ALLAH atas segala nikmat yang diberi. Tak sabar nak tengok episod SyurgaMu Ramadhan yang seterusnya. *tibe-tibe kan?*






Wednesday, August 25, 2010

Ketika Cinta Bertasbih



KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]
Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

“Therefore remember Me, I will remember you… “

Al Baqarah 152.


Syukur Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya. Selesai sudah peperiksaan Statistik hari ni. 30 mins sebelum peperiksaan saya try call mak untuk mendapatkan restu.Aduh, syahdu sekali bila dengar suara famili..T_T


"Ye, mak selalu doakan. Tiap-tiap hari mak berdoa semoga berjaya exam.."


Tiada yang lain kuharap selain doa seorang ibu. Tak sampai 5 minit daku terus end call sebab takut nangis. :P

Dan alhamdulillah, berkat doa semuanya, saya menarik lafaz lega selega-leganya..Terima kasih Allah.. ^_^

Masa untuk PACKING! :D

Monday, August 23, 2010

Sikit saje lagi........




Masuk hari ni genaplah 2 hari lagi untuk persiapan menempuh peperiksaan yang kutunggu-tunggu dari dulu..owh saya dah tak larat dah nak study benda sama selama 2 bulan ni..saya bersyukur banyak masa yang ALLAH kasik untuk saya study tapi memandangkan daku juga manusia, jemu itu tetap ada..:)

Kalau sebelum ni, sebulan sebelum exam baru nak prepare betul-betul untuk 3 paper, tapi yang satu ni 2 bulan untuk satu paper, momentum pun awal dulu saja yang tinggi sikit, sekarang dah makin menurun..aish, ni memang normal kan, kan?takut macam tak bersyukur pula..huhu

Takpelah, akan ku touch up touch up sikit persiapan ni..takut menyesal tak sudah di kemudian hari..Ya Allah, kau permudahkanlah..:)

Kalau diikutkan jasad saya sahaja ada kat Belfast ni, kalau hati memang dah tercampak lama kat rumahku di Serian sana..beg pon dah packing 50%..saya memang dah tak sabar-sabar dah nak balik..T_T

Sikit saje lagi.....:P

Sunday, August 22, 2010

Thank You


OF ALL THE WORDS, I'LL JUST USE TWO,
FOR ALL THE THINGS YOU'VE DONE,
THANK YOU.


Saturday, August 21, 2010

special


SOME PEOPLE MAKE THE WORLD MORE SPECIAL JUST BY BEING IN IT

Thanks for being so special!
:)

Friday, August 20, 2010

Sebak dadaku



Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.

Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian.

Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Ya Allah apalah salah dan dosa di ibu sampai sanggup diperlakukan sebegini!!!
Orang ramai yang menyaksikan drama anak derhaka berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook.

Ia bertajuk Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial

Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. Sepatutnya jika ibu itu takut, maka kitalah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti ibu akan tenang kembali.
Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Si anak dan menantu ini memang berlagak belum pakai BMW atau Mercedes MayBach dah hidung tinggi mendongak langit.

Hati aku ini sangat sayu dan sungguh sebak. bila melihat badan dan tangan ibu tua ini menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil).

Ya Tuhan, engkau berkatilah ibu dan ayah aku. Jauhkanlah aku dari sifat derhaka seperti ini.
Dan kita pula, tidak payahlah hendak memaki hamun anak derhaka ini. Kalau kita makin hamun, kita sama seperti mereka berdua. Yang penting, kita jaga ibu masing-masing itu lebih baik.

p/s:Huhu, asa nak peluk makcik tuu..huhu..Ya Allah, lindungilah ibu bapaku dan jauhkan diriku dan adik beradikku dari sifat derhaka kepada kedua orang tua kami..T_T

Monday, August 16, 2010

Ramadhan

Tragedi Ribut dekat Bazar Ramdhan Jasin Sabtu lepas, sangat menakutkan aku. Teringat mak ayah dan semua famili kat Sarawak. Semoga Allah jauhkan bala bencana dari kaum kerabatku.

Ya ALLAH tak sabar nak balik!

Bulan Ramadhan ni peluang untuk berdoa sehabis baik!Semoga ALLAH perkenankan doa hamba-hambanya ini.

Ya ALLAH permudahkan urusan kami untuk peperiksaan yang akan datang ini.

:)

Wednesday, August 11, 2010

The events


EXAM!
BALIK!

Ramadhan

SERENITY

O you who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqûn..
[Al Baqarah: 183]

Happy Fasting..May you have a blessed Ramadhan..:)


Sunday, August 08, 2010

TAQWA

Menyambut Ramadhan..:)

Kim was here in Belfast, 6-8 August 2010

The Giant's Causeway, Bushmills


Rope Bridge...Kim was there!!
[dah jalan dah Rope Bridge ni, jadi macam malas nak lalu lagi..kim sorang2 ke seberang dan daku menunggu sahaja di sini tempat daku mengambil gambar..:P]



Carrick-a-Rede
[Suka gambar ni..paduan hijau dan biru..:)]


Saturday, August 07, 2010

Yes!

Yang diimpikan selama ini. (ticked)
Balik. (Tak dapat ticked lagi)
Exam. (Belum dapat ticked lagi)
Nak bagi surat kat kawan. (haih asyik tangguh!Tak ticked ticked.)
Kahwin. (Owh tatau nak ticked bila)

Apalah yang diimpikan tu ye?hehe. maka tunggu post-post mendatang. InsyaALLAH blog akan berseri-berseri selepas ini.Cewah. [cuba teka.hehe]

Bye bye. Ana nak ke Giant's Causeway today with @Nurhakimah Jamel. yeay!


p/s: Serius entri ni macam budak-budak. Untuk 4 tahun akan datang mesti gelak kalau baca balik. Macam selalu kugelak baca entri lama-lama dahulu. hehe

Sunday, August 01, 2010

Goodbye Dunluce

Time passes, people change, but the memories will always remain in my heart. Always.

Statistical Inferences: 25th August 2010.
Make du'a, my firends.

Flying home: 30th August 2010.
Owh Malaysia, I miss you!

Moving to a new house, new environment.
10 Mount Prospect Park, a new journey in my life.


12 months to go............Malaysia for good!