Monday, October 18, 2010

Hari Yang Indah :)


Hari ni tiba-tiba semangat nak memulakan minggu baru. Kalau tak tu, mesti memang malas sangat nak siap awal. Pukul 10 pagi start kelas, pukul 930pagi baru nak terhegeh-hegeh kemas apa yang patut. Perjalanan dari rumah ke kelas mengambil masa 20 minit kalau jalan sambil berangan. Kalau tak berangan kerana terlaluuu lambat, 10 minit pon boleh.hehe

Sebelum pukul 9pagi lagi saya dah kemas-kemas nak ke Botanical Garden sebelum masuk kelas pukul 10 pagi. Dari semalam lagi sebenarnya nak jalan-jalan ambil angin dan inilah masanya untuk bermuhasabah diri. Huhu tapi tak muhasabah sangat pon tadi. Dok berangan tengok pemandangan dan bunga-bunga cantik .:)

Habis kelas tadi pon seronok juga sebab dapat sembang dengan seorang classmate yang comel, Emma. Dari first year lagi saya kenal muka dia (muka je), tapi tak berkesempatan nak berkenalan. Dan barulah sekarang saya tahu nama geng-geng diorang. Emma, Jenny dan Caroline. Caroline sangat peramah. Tapi saya selalu segan nak cakap-cakap dengan dia. =='. Jenny pulak selalu jumpa dekat Jenz (cafe milkshake)

Hajat nak post panjang-panjang. Tapi ada 2 homework kena hantar esok. Tapi kesimpulan yang saya boleh utarakan di sini ialah, hari ni adalah hari yang tenang bagi saya sebab ada masa untuk menghiburkan diri melihat ciptaan Tuhan. :)


p/s: Mahu belajar teknik fotografi dengan baik. Hu Hu

0 pEsAnAN: