Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (62:8)
Jauhkan kami dari bersifat riak dengan amalan kami, Ya ALLAH. Sedarkan kami dengan kehebatanmu yang Maha Luas dan Kau lah yang berhak memiliki sifat tersebut.
Kemalangan ngeri Bas Delima 101010 baru-baru ini menyingkap kenangan ramadhanku yang lalu. Saya hampir melanggar tiang lampu di bahu jalan kerana membelok dengan laju. Kadang-kadang berita begini membuatkan saya trauma untuk naik bas dan memandu lagi. Tapi kita pastinya tidak boleh lari dari kematian. Semoga matinya kita dalam golongan syuhada(walaupun terasa jauhhhh sangat) dan husnul khatimah.
p/s: Setiap yang berlaku adalah nasihat dari Allah. Ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan.
0 pEsAnAN:
Post a Comment