Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
##simple but still hav a good msg..##
##dunia suatu hari aku musnah..##
##sentiasa bersyukur dgn apa yg telah kita nikmati di dunia..##
##jgn terlalu taksub mengejar perihal dunia..akhirat ditinggalkan..##
##sentiasa ingat bahawa matlamat kita sebagai muslim o muslimah adalah akhirat..##
##jgn leka wahai kawan2..aku mengingati diriku jugak..##
##mo pilih yg mana??dunia o akhirat??##
0 pEsAnAN:
Post a Comment