Wednesday, July 16, 2008

Aku Juga Wanita


salam buat semua..

Rakan-rakanku, tengok tak cerita ‘Aku Juga Wanita’ hari Sabtu hari tu??ala, cerekarama TV3 pukol 10malam tu..ish, saya memang tunggu2 sangat cerita ni sejak tengok iklan nya sebelum tu..yelah kan, sebelum ni pun saya ade post pasal ‘tak rela’ kan..jadi keinginan nak tengok cerita pasal poligami pun macam meronta-ronta..kah3~

Bagus drama ni sebab memang menggambarkan realiti sebenar seorang perempuan yang rela dalam sedih untuk bermadu..walaupun riak wajah sang pelakon tergambar keceriaan, tapi hati siapa tahu, bukan??sanggup diguriskan hati dengan kata-kata sendiri..kalau saya di tempat Zizie, tak tahulah nak buat macam mana..nak ajak gaduh, ish saya ni bukan kaki gaduh..kueh hong ann betol~

Yang bagus nye lagi, cerita ni bagi tips macam mane nak handle keadaan bila suami nak kahwin lagi..hahah!!kalau ade sesape yang tak tengok cerita ni, takpe~meh, saya share sikit tips2 apabila berdepan dengan situasi suami mahu kahwin lagi!!(berdasarkan cerita tersebutlah..hehe~)


Tips dari ibu Zizie:

BERSABAR..DON’T CHANGE!!

Betul, kat sini si isteri kena jangan cepat melatah jika terperasan perubahan suami..buat rutin macam biasa..istiqamah buat kerja rumah, sentiasa bercakap elok-elok dengan suami, sayangi anak macam biasa jugak..tak payah melepaskan geram dengan anak..tak elok marah anak, kan??sangat salute dengan apa yang Zizie buat..sabar aje die~


Tips dari Zizie sendiri:

Ajak suami berbincang dengan elok..tym ni kesabaran sangatla diperlukan sebab hal ini melibatkan hati dan perasaan..apa yang Zizie nak buat ialah, ajak ‘bakal madu’ bermalam di rumah sehari..ajak bermalam di rumah bukanlah untuk melihat siapa lagi hebat, bukan!!tapi inilah antara pelajaran secara praktikal untuk bakal madu memahami hati seorang wanita di mana diri bakal madu juga seorang wanita (memang pon..keh3~)

Di sinilah letaknya usaha Zizie untuk ‘menyedarkan’ bakal madu bagaimana tergurisnya hatinya..tapi apa yang beliau buat bukanlah melemparkan kata-kata nista pada bakal madu, tetapi melayannya dengan penuh hormat dan ramah..wanita yang lembut hatinya, akan mudah terusik dengan layanan sebegini..kalau yang tak lembut tu, aduih!!kita tunggu cerita poligami laen jelah nak??KIV jap..=)


Tips dari sudut laen:

Ketiga-tiga pihak iaitu suami, isteri, dan bakal madu tidak lupa untuk berdoa..mereka tahu dan sedar ada kuasa yang lebih berhak dalam menentukan segalanya..betol, kalau ALLAH dah jodohkan kita hidup bermadu, kita tidak dapat berbuat apa..sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya..




Namun, untuk rakan-rakanku (mostly belum kahwin lagi..saya tahu!!keh3~), berdoalah yang terbaik untuk jodohmu dan keturunanmu..dan berdoalah agar kebahagiaan yang dikecapi tidaklah hanya di dunia tapi di akhirat..dan yang penting sekali, biarlah dia dapat bersama-sama dirimu dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini..itulah yang terbaik..madu tak madu laen kira, asalkan jodoh baek punya~(yakin jer..haha!!)

Satu perasaan resah gelisah tiba-tiba menjelma..bukan apa, banyak sangat krisis rumahtangga saya dengar skang..tak senang dudok dibuatnya..walaupun tidak terjadi padaku, tapi bahangnya terasa dekat pulak..untuk yang belum baca ‘Aku Terima Nikahnya’ silelah bace before kahwin..insyaALLAH ada panduan di situ..sorry, jadi agen ATN jap..kursus kahwen jangan lupe ye!!ngeh3~okies, sudah!!

Hanya berkongsi apa yang perlu..ikhlas dari hati ‘Aku Juga Wanita’~wah, gitu!!bak kata Ustaz Hasrizal dalam buku ATNnya itu,

‘Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.’ [Aku Terima Nikahnya ms 223]

Mungkin duka bermadu dibalas dengan bahagianya syurga..siapa tahu, bukan?? =)

0 pEsAnAN: