Tuesday, July 15, 2008

Kerana Aku Adalah Wanita


Salam semua..

Berita gembira!!setelah berhempas pulas memujuk tok guru untuk memberi link blog nya..maka dengan itu saya mengumumkan saya sudah dapat!!hahahaha..terima kasih tok guru..jom ziarah blog die jom!!sempena jubli emas katanya..hahahahha...

Tok Guru Kim(haha, salah link..kim x suroh promot plak..keh3..jgn klik tau!!)

Awal pagi mengepost entry ini..ish, kalau compare di KY sana dan di KUCHING sekarang ni umpama pukol 7.30 AM lagaknya..sudah terang benderang..emm, apakhabar subuh di KY??terima message dari adik-adikku menambah kerinduan lagi..ish, korang ni..dah2, jangan nak buat saya sedih2 lagi tau...huwaaa3!!takpelah, mari kuteruskan dengan post sebenar untuk hari ini..luahan rasa seorang yang bergelar wanita..


Wanita..canteqkan nama ni??namanya seindah ciptaannya...itu sudah pasti..wanita seringkali dikaitkan dengan tangisan..mengapakah??emosi sungguh para wanita..tidak maluka dilihat oleh lelaki??kalau ada lelaki yang melihatlah…huhu~

Berpisah dengan rakan-rakan, tangisanlah yang mengiringi perpisahan..ingat lagi ketika majlis wida’ di musolla dahulu..wanitalah yang paling beremosi..yang jarang menangis pun tetibe keluar jugak airmatanya..saya??jangan ditanya..memang menangis jugakla..tapi entah, sekejap jer..pastu buat muka selamba makan terus..nyum2, teringat roti nan..huhu~

Tidak habis dengan itu, teringat peristiwa di khemah semasa ingin menjamu selera selepas Award’s Day itu..menangis lagi saya kala si m*** menyapa dan mengatakan dia perlu pulang segera kerana makcik sudah tunggu..tapi dalam tangis, ada jugak gelaknya..mahu disembunyikan mungkin..tapi, airmata jelas keluarlah..ish3, mana boleh berselindung!!

Apabila berhadapan dengan masalah, wanita jugak terlebih emosi..saya salah seorang darinya..kadang-kadang terkongsi juga masalah peribadi yang melanda diri..kadang-kadang buat tak tahu sahaja..kadang-kadang simpan terus sampai hati menjadi sakit dan parah (yang ini selalu saya buat sampai sekarang~)..mungkin perkara-perkara begini juga berlaku pada kalian, kan3??huhu~

Tetapi dahulu, saya bukanlah yang ‘beremosi’..betol!!teringat lagi ketika mendengar sajak pasal ibu semasa PLKN dahulu..modul yang last tu, tak ingat dah modul ape tajuknya..kami diminta mendengar sajak itu sambil memejamkan mata..punyalah saya berusaha untuk menangis sebab kawan-kawan di sebelah saya menangis teresak-esak..mahu juga ‘ikut’ diorang menangis..tapi misi gagal, tetap tiada keluar airmata..

Banyak juga ‘bukti-bukti’ yang menunjukkan saya kebal dahulu..rakan-rakan pun sudah tahu saya ni tidaklah senang untuk mengeluarkan airmata..bangga la jugak sebab tidak beremosi seperti mereka..hahah!!Tapi, semakin berusia ni, laen pulak jadinya..hmm, memang begitu ka fitrah wanita??

Persoalannya sekarang, adakah ini keistimewaan para wanita atau pun kelemahan kami??bende kecik pon nak nangis, begitulah yang selalu saya dengar..bukan macam lelaki, boleh lagi menahan airmatanya..tak gitu, lelaki??saya contohnya, kadang-kadang terasa tidak bertempat..air mata kehidupan barangkali~

Tangisan mungkin kerana naluri hati wanita yang terlalu lembut..macam sponge..kerana lembutnya ia maka senang untuk diperah, dan keluarlah airnya dengan mudah..ish, menarik juga analogiku..hahah!!sebagai wanita pon saya kurang pasti lagi, kenapa kami senang mengalirkan airmata..kenapa ya??mungkin juga ada yang tidak mudah mengalirkan airmata, tapi hakikatnya seringkali tiada..



Kerana wanita ingin dimengerti..
itu kata Ada Band..
Rossa pulak..
Aku wanita, yang punya cinta di hati..

Kata kalian??emm~

0 pEsAnAN: