Wednesday, July 23, 2008

Rindu pulak dekat kolej..


Salam sejahtera..

Entah apa mimpi saya semalam..terbelek-belek mesej-mesej dahulu kala..start bulan 4 kurang delete pulak mesej-mesej di inbox handphoneku..sejak handphone jenis ber’memory card’ ni memang jarang nak delete sebab jarang inbox full..=)

Dari cerita pasal choki-choki (entah sejak bila kami suka makan choki-choki ni), pensel, basikal Sony Ericson, Further Maths, makan sama-sama, top up, pasal Al-Quran, bookmark, usrah, Tunas Harapan, musolla, semuanya ada..sampai ada jugak mesej yang nak membeli Maggi..entah siapa yang send mesej pelik ni!!siapa termakan cili, dialah yang terasa pedasnya..=)

Tiadalah saya salahkan dirinya kerana menghantar mesej sebegitu..mengundang gelak lagi ada..terbaca lagi semalam, gelak lagi!!haha~tidaklah disangka, saya ni seorang businesswoman jugak di kolej dahulu..’macam-macam’ jugak benda dijual..dari serbuk kari sampai ke rempah kunyit pon saya jual (menurut seorang guru),jadi mungkin kerana situasi ini, saudari tadi meng’order’ Maggi dariku..maaflah, dik!!saya tak jual Maggi..heeeeee~

Rindu pulak dengan suasana di kolej..




“Nak makan pukul berapa??”
Takda ringtone sebab handphone selalu silent dulu..vibrate ja ni..

Sering jugak menerima mesej2 ini dahulu..sender yang kerap menge’send’ mesej ini pada perkiraanku macam Miss Atikah ja..hehehe~

Namun mesej-mesej sebegitu tiadalah lagi diterima sejak keluar dari kolej ni..rindu pulak nak terima mesej begini..tak mungkin kuterima lagi..huhu~makanya, hargailah masa-masa kalian bagi yang masih berada di kolej sekarang..jika menerima mesej begini, syukurlah ye!!

Pastu kalau tengok jam pukul 6 pagi, pasti teringat, waktu-waktu begini kalau kat kolej saya sedang bersiap2 nak pegi Subuh di Musolla..hish, rindu yang amat!!dengar tazkirah dari adik-adik kat bawah tu (saya 21 tau!!jadi semua budak2 kat situ pangkat adik-adik ja..hehe~)..pastu buat halaqah kecik dengan sahabat-sahabat..tepat 7.15 am, masa yang ditunggu2 jugak oleh kami2 masa tu..nak breakfast!!lebih-lebih lagi kalau hari Rabu..wah, saya mahu melalui detik-detik ini lagi!!

Pukul 10.20 am pon saya suka..ni masa break..kalau tak lepak kat Musolla pergi RC..tak kat RC pergi bilik maen internet..ceyh, rindu pulak dengan wireless kolej yang tak lembab tu (taktau la, okey ja connection kat bilik..hehe)..Puan Kim, saya rindula nak bergelak dengan puan!!asyik lawak online ja sekarang..haha!!pukul 12.30 pm pon suka sebab ni waktu lunch..selalu takda kelas yang last sampai 1255 pm, jadi kerap makan awal..free blocks yg banyak~

Sudahla..kalau nak recall suma memang tak lalu makan (rabunkan pandangan pembaca..)..saya update awal ni sebab hari ni saya nak pergi bersiar-siar kat pasar nak ambil spectacles yang baru buat!!hehe..jangan terkejut dengan penampilan baru saya nanti tau..saya nak constant pakai cermin mata sebab kesian la kat mak kalau hilang lagi..tak mahu hilang lagi!!jadi, dengan pengorbananku (mengubah imej mahu bercermin mata..), harap semua orang menyokong..kah3~




Sepohon pokok daunnya rimbun..

lebat buahnya serta lampunya..

walaupun hidup 2 tahun kat kolej..

kalau tak rindu apa gunanya..

(lagu Tok Guru)


0 pEsAnAN: