Sunday, August 10, 2008

.:mode berlapis-lapis macam kek lapis:.


~canteq pulak horsefall square..hue3~


Assalamualaikum (tak jawab, maybe dosa)..

Semakin lambat mengupdate hari ni..malaslah..mood tak betol..ceyh, alasan!!hahaha..takdelah, tadi merayau di bandar, temankan kakak yang datang sekejap ke Kuching sebab ade kursus pendidikan khas..selaku guru pengiring, tugasnya kenalah jaga bebudak pendidikan khas berkursus itu..die sekarang mengajar kat SMK Kanowit, about 6 hours from Kuching..

Tapi, bukan temankan sangat pon..saya ni kalau bab jalan2 memang suke sangat jalan sorang2..tak best lah ikut jalan orang..sesedap hati melangkah lagi best..tapi biarlah di landasan yang benar..=)

Kat kuching ni tempat paling saya suke pergi Tebingan Kuching (lebih dikenali sebagai Waterfront), Main Bazaar (tempat jual kraftangan, pelancong selalu merayau di sini) dan sudah semestinya Indian Street..kazen2, family saya semua tahu saya memang gemar pergi sini..diorang gelak tau!!hairan tol..kenalah hargai kan tempat2 menarik di kuching ni..menarik ker??ngeeee~

Nak jugak cerita pasal BTN tapi macam takde idea pulak nak tulis ape..macam takde yang significant ja..tapi masa kursus tu memang lah otak kena basuh lah..kerajaan2!!lagipun takot pulak ape yang saya cube cakapkan nanti masok ISA pulak..fuh, taknak lah..hek3~

Esok kawan saya, Najib akan melangsungkan perkahwinan..tahniah buat Najib dan Naili..rasanya semua orang sudah tahu kot, kan??Najib headboy kitorang semasa di SAINSKU dahulu..satu batch dengan saya..ex-KMB..sekarang dua2 kat Southampton..Naili pulak ex-KYUEM dan ex-KISAS..ceyh, mungkin semua dah tahu..saje nak panjangkan entri..=)

Tahniah2 buat mereka..expecially buat Najib kerana orang pertama batch kami yang kahwin!!siapalah yang kedua ye??janganlah saya..banyak lagi cerita perjalanan hidupku ini..tapi kat tin jerit saya tu macam mendoakan aje saya kahwin awal..kata2 doa tau!!janganlah..huwaa3!!

Otak semakin serabut..lusa result dah nak keluar..kugapai harapan family, entahlah dapatkah untukku penuhi??ingat Akma, ape2 yang terjadi, itulah yang terbaek..sekarang tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain doa..

‘Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka kau cemerlangkan aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaan membuatku jauh dari perjuangan Islam, maka Kau lebih berhak menentukan yg selayaknya untukku kerana aku mengimani tiada apa yg Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yg belum tersingkap..’

~group BTN saya!!~


kita tunggu dan lihat dengan sabar ye..=)

0 pEsAnAN: